Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.rus] | توروس

Definisi : 1. tiang drpd kayu dll (utk mengukuhkan pagar, belat, dll), tonggak: dicabutnya ~ pagar yg terpacak itu; 2. kayu atau buluh yg digunakan utk penjalaran kacang (sirih dll), junjungan; 3. = ~ negeri sl pembesar negeri (penghulu dll), pasak negeri: betapa peri aku memecat Pateh Aria Gajah Mada ini? Suatu pun tiada salahnya kpd aku, lagi ia penaka ~ bumi Majapahit; ketua ~ pegawai yg tertinggi dlm tentera (angkatan darat, angkatan laut, angkatan udara); pegawai ~ kumpulan pegawai kanan (dlm tentera) yg membantu pegawai pemerintahnya; ~ belat tiang atau tonggak yg menahan belat; ~ dayung kayu yg dipasang tegak tempat meletakkan dayung (pd perahu dll); ~ empang tiang yg menahan empang (supaya jangan runtuh); menurus tegak spt turus; menuruskan sl mengikatkan seseorang pd turus (sbg hukuman). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.rus] | توروس

Definisi : 1 tiang drpd kayu dll utk mengu­kuhkan sesuatu. 2 kayu atau buluh tempat kacang, sirih dll melilit; junjung. 3 pegawai-pegawai kanan tentera yg mengurus hal-hal perancangan dsb: ketua ~ pegawai yg tertinggi dlm tentera (angkatan darat, angkatan laut, angkatan udara); pegawai ~ pegawai tentera yg membantu pegawai peme­rintahnya. ~ belat tiang atau tonggak yg menahan belat. ~ empang tiang yg menahan empang supaya kukuh. ~ tulang belakang rentetan tulang belakang yg menyangga badan dan di dlmnya terdapat saraf tunjang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
turus (kata nama)
1. Bersinonim dengan tiang: tonggak, turas,

2. Bersinonim dengan turus negeri, pembesar negeri, pasak negeri.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
column chartcarta turusTeknologi MaklumatTiadaCarta berbentuk tiang menegak dengan setiap turus membandingkan nilai sesuatu data dengan kategori. Variasi carta turus adalah carta-carta turus bergugusan, turus bertindan dan turus bertindan 100%. Turusnya boleh dalam bentuk 2D atau 3D. Banding carta palang. Contoh carta turus 3D adalah seperti berikut:
total dynamic headturus dinamik keseluruhanKejuruteraanKejuruteraan KimiaTenaga pengepaman yang diperlukan bagi sesuatu proses yang ditakrifkan sebagai TDH = hL + h� + hv, dengan TDH = turus dinamik keseluruhan, hL = turus statik, hv = turus halaju, h� = turus geseran.
columnlajur; ruang; turus, tiang, lajur kolumPerubatanTiada1. Sebarang struktur seperti turus, contohnya turus spina.
turusturusKesenianTiadaBinaan tegak pada bakul.
panorama head (pan head)turus panorama (turus pan)Komunikasi MassaTiadaTiada
velocity headturus halajuKejuruteraanKejuruteraan KimiaTenaga kinetik aliran sesuatu bendalir yang ditukarkan kepada unit turus dengan membahagikannya dengan rg. oleh itu, turus halaju ialah dengan hk = turus halaju (m), u = halaju purata (m/s), g = pecutan graviti (9.81 m/s2).
fluidized bed dryerpengering turus terbendalirKejuruteraanKejuruteraan KimiaPengering dengan bahan yang dikeringkan diapung oleh gas pengering di dalam satu turus. Bahan lembap disuapkan di bahagian atas turus dan dikeluarkan di bahagian bawah. Gas pengering disuapkan di bahagian bawah turus dan dikeluarkan bersama wap air yang tersejat daripada bahan di bahagian atas turus. Purata masa mastautin unit ini ialah 30 � 60 saat. Unit ini sesuai untuk proses pengeringan yang sekata.
gravitational headturus gravitiKejuruteraanKejuruteraan KimiaTenaga keupayaan sesuatu pengaliran yang ditukarkan kepada unit turus dengan membahagikannya dengan rg (r = ketumpatan, g = pecutan graviti). Turus graviti diungkapkan sebagai hg = z, dengan hg = turus graviti (m), z = ketinggian (m).
weir headturus empang dasar/turus empang limpahKejuruteraanTiadaTiada
pressure headturus tekananKejuruteraanKejuruteraan KimiaKejatuhan tekanan sesuatu pengaliran bendalir yang dijelaskan dalam unit ketinggian atau turus dengan membahagikannya dengan rg. Dengan itu, turus tekanan ialah hp = DP/rg. dengan hp = turus tekanan (Pa m 2s 2/kg atau m), r = ketumpatan (kg/m3), g = pecutan graviti (9.81 m/s2), DP = kejatuhan tekanan (Pa).
12345678910...

Kembali ke atas