Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.tur] | توتور

Definisi : apa yg diucapkan, kata, perkataan, ucapan; ~ bahasa = ~ cakap = ~ kata bahasa per-cakapan; ~ dan kata ucapan dan kata; ~ nista kata-kata yg menista (mencemuh dll); ~ sepatah kata sepatah; bahasa ~ bahasa percakapan; buah ~ apa yg diperkatakan, buah mulut, bahan percakapan; bertutur bercakap, berbicara, berkata: calon-calon hendaklah boleh ~ dlm bahasa kebang-saan dgn fasih; bertutur-tutur bercakap-cakap, berkata-kata: setelah ~ sececah, ia pun mohon diri akan pulang; menuturkan 1. mengeluarkan kata-kata, me­­la­­­faz­kan, mengatakan, mengucapkan; 2. mengucapkan (nama dll), menyebutkan: ada­pun pendeta-pendeta ~ keesaan Tuhan yg ada itu dgn pelbagai nama yg berlainan; 3. = mem­pertuturkan mengisahkan, men-ceritakan: ada antara tukang cerita ini yg masih ~ beberapa cerita dlm majlis per-kahwinan di kampung; pertuturan 1. cara atau gaya menuturkan sesuatu, lafaz, sebutan, ucapan: kata kita jangan, katanya jangang, kata kita bulan, katanya bulang, tetapi ~nya sahaja demi-kian; 2. apa yg dituturkan, percakapan: perkataan yg dipinjam ini bukan hanya ter-simpan dlm kamus tetapi digunakan dlm ~ sehari-hari oleh orang ramai; penuturan perihal menuturkan, pembi­cara-an, percakapan: cerita-cerita ini diabadi­kan melalui ~ sahaja walaupun pd adatnya cerita-cerita itu berubah-ubah dan bertokok tambah; penutur orang (kaum dsb) yg menuturkan sesuatu bahasa, orang (kumpulan orang) yg menggunakan sesuatu bahasa (sbg kelaziman): ~ bahasa Melayu tentulah berasa perlu mengungkapkan segala yg baru ini dlm bahasa Melayu; ~ asli penutur sesuatu bahasa yg sudah menjadi bahasa ibundanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.tur] | توتور

Definisi : ; tuturan; ~ atap cucuran atap; penuturan 1. tuturan: ~ atap; 2. = petuturan sl keturunan: akan Hang Nadim itu sedia asal anak Melaka, menantu kpd Laksamana ~ keluarga kpd Bendahara Seri Maharaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.tur] | توتور

Definisi : apa-apa yg diucapkan; perkataan; ucapan: ~ bahasa (kata) perkataan yg diucapkan. bertutur bercakap; berbicara: Ia ~ dlm bahasa Melayu dgn fasihnya. menuturkan 1 meng­ucapkan (kata-kata); melafazkan. 2 mengisahkan; menceritakan. per­tuturan 1 cara atau gaya bertutur; sebutan: ~ budak itu masih pelat. 2 apa-apa yg dituturkan; percakapan: Dlm ~ sehari-hari, kita tidak menggunakan bahasa surat. penuturan perbuatan atau hal menuturkan; pembicaraan. penutur orang yg bertutur atau menuturkan: ~ asli bahasa Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tutur
Kata Terbitan : bertutur, menuturkan, mempertuturkan, pertuturan,

Puisi
 

Sayang buah pulang ke laut,
     Khabar berita saya turut;
Bunga hadiah saya menyambut,
     Tutur belia saya menurut.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Dengarkan cerita burung,
     anak dipangku dilepaskan.

Bermaksud :

Kerana mendengarkan manis tutur kata orang, pekerjaan sendiri disia-siakan.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
perlu log masuk dalam domain untuk memperoleh capaian kepada sumber yang terdapat pada beberapa pelayan yang berlainan. domain frekuensi mengarau percakapan (Ig. speech scrambling frequency domain; Br. domain kekerapan pencampuradukan tutur; Id. ranah frekuensi pengacakan wicara) digit pengawal domain frekuensi mengarau percakapan Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 30 6/6/11 4:01:35 PM 31 domain keselamatan dongel Kaedah menyulitkan keselamatan yang dimilikinya. Contohnya, pengguna yang mempunyai aras keselamatan ‘PENTADBIR’ mempunyai hak untuk menambah dan membatalkan pengguna. domain masa mengarau percakapan (Ig. speech scrambling time domain; Br. domain waktu pencampuradukan tutur; Id. ranah waktu pengacakan wicara) Kaedah menyulitkan suara dengan menjalankan proses penyusunan terhadap gelombang suara dalam segmen masa yang tertentu. Kaedah ini menyebabkan bentuk suara akhir tidak dapat difahami tanpa

Kembali ke atas