Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.tur] | توتور

Definisi : apa yg diucapkan, kata, perkataan, ucapan; ~ bahasa = ~ cakap = ~ kata bahasa per-cakapan; ~ dan kata ucapan dan kata; ~ nista kata-kata yg menista (mencemuh dll); ~ sepatah kata sepatah; bahasa ~ bahasa percakapan; buah ~ apa yg diperkatakan, buah mulut, bahan percakapan; bertutur bercakap, berbicara, berkata: calon-calon hendaklah boleh ~ dlm bahasa kebang-saan dgn fasih; bertutur-tutur bercakap-cakap, berkata-kata: setelah ~ sececah, ia pun mohon diri akan pulang; menuturkan 1. mengeluarkan kata-kata, me­­la­­­faz­kan, mengatakan, mengucapkan; 2. mengucapkan (nama dll), menyebutkan: ada­pun pendeta-pendeta ~ keesaan Tuhan yg ada itu dgn pelbagai nama yg berlainan; 3. = mem­pertuturkan mengisahkan, men-ceritakan: ada antara tukang cerita ini yg masih ~ beberapa cerita dlm majlis per-kahwinan di kampung; pertuturan 1. cara atau gaya menuturkan sesuatu, lafaz, sebutan, ucapan: kata kita jangan, katanya jangang, kata kita bulan, katanya bulang, tetapi ~nya sahaja demi-kian; 2. apa yg dituturkan, percakapan: perkataan yg dipinjam ini bukan hanya ter-simpan dlm kamus tetapi digunakan dlm ~ sehari-hari oleh orang ramai; penuturan perihal menuturkan, pembi­cara-an, percakapan: cerita-cerita ini diabadi­kan melalui ~ sahaja walaupun pd adatnya cerita-cerita itu berubah-ubah dan bertokok tambah; penutur orang (kaum dsb) yg menuturkan sesuatu bahasa, orang (kumpulan orang) yg menggunakan sesuatu bahasa (sbg kelaziman): ~ bahasa Melayu tentulah berasa perlu mengungkapkan segala yg baru ini dlm bahasa Melayu; ~ asli penutur sesuatu bahasa yg sudah menjadi bahasa ibundanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.tur] | توتور

Definisi : ; tuturan; ~ atap cucuran atap; penuturan 1. tuturan: ~ atap; 2. = petuturan sl keturunan: akan Hang Nadim itu sedia asal anak Melaka, menantu kpd Laksamana ~ keluarga kpd Bendahara Seri Maharaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.tur] | توتور

Definisi : apa-apa yg diucapkan; perkataan; ucapan: ~ bahasa (kata) perkataan yg diucapkan. bertutur bercakap; berbicara: Ia ~ dlm bahasa Melayu dgn fasihnya. menuturkan 1 meng­ucapkan (kata-kata); melafazkan. 2 mengisahkan; menceritakan. per­tuturan 1 cara atau gaya bertutur; sebutan: ~ budak itu masih pelat. 2 apa-apa yg dituturkan; percakapan: Dlm ~ sehari-hari, kita tidak menggunakan bahasa surat. penuturan perbuatan atau hal menuturkan; pembicaraan. penutur orang yg bertutur atau menuturkan: ~ asli bahasa Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tutur
Kata Terbitan : bertutur, menuturkan, mempertuturkan, pertuturan,

Puisi
 

Sayang buah pulang ke laut,
     Khabar berita saya turut;
Bunga hadiah saya menyambut,
     Tutur belia saya menurut.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Dengarkan cerita burung,
     anak dipangku dilepaskan.

Bermaksud :

Kerana mendengarkan manis tutur kata orang, pekerjaan sendiri disia-siakan.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cued speechtutur kiuSains KesihatanTiadaKaedah untuk mengenal pasti fonem dengan menggunakan isyarat tangan pada kedudukan yang berbeza, seperti di mulut, di dagu dan di leher.
distorted speechtutur sumbangSains KesihatanTiadaPertuturan yang tidak jelas disebabkan kecacatan organ pertuturan.
aural-oral approachpendekatan dengar-tuturPendidikanTiadaTiada
speech development therapistterapi perkembangan tuturPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
mannerismadabKesusasteraanTiadaTutur kata atau tingkah laku watak yang khusus dalam drama.
courtesyadabPentadbiran PerniagaanTiadaTingkah laku serta tutur kata yang halus dan bersopan.
anti-heroantiheroKomunikasiTiadaTingkah laku atau tutur kata watak yang bertentangan dengan sifat-sifat hero, dengan menonjolkan watak yang tidak tampan atau tidak kemas.
action filmfilem aksiKomunikasiTiadaFilem yang memaparkan tingkah laku atau tutur kata yang ganas dan tangkas.
accompagnato (It)iringan lengkapKesenianSeni Muzik

Muzik latar yang lengkap untuk nyanyian gaya tutur.

oralitykelisananKesusasteraanTiadaSituasi budaya yang memperlihatkan kebergantungan masyarakatnya kepada ujaran lisan. Dua jenis keadaan kelisanan ialah kelisanan primer dan sekunder. Kelisanan primer wujud dalam masyarakat pratulisan, iaitu seluruh komunikasi dikendalikan secara pendekatan dengan tutur, manakala kelisanan sekunder berlangsung dalam masyarakat tulisan, tetapi masih memanfaatkan komunikasi secara lisan. Contohnya, dalam media elektronik seperti telefon atau televisyen. Lihat juga sastera lisan.

Kembali ke atas