Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.bah] | اوبه

Definisi : kelainan (dgn yg lain), beza, lain; tak ~ sama benar dgn, tidak ada bezanya; berubah 1. berbeza (drpd keadaan dsb yg asal atau yg semula jadi), menjadi lain: dia telah ~ drpd seorang yg gembira menjadi se-orang yg pendiam; penghidupan di kampung sudah banyak ~ sejak merdeka; 2. tidak tetap (keadaannya), setiap waktu lain, bertukar-tukar: suhu badannya tidak ~ walaupun hawa di kelilingnya tidak tetap; 3. tidak spt biasa atau sebelumnya, bertukar (warna, rupa, dll): ~ air mukanya apabila dia mendengar per-tanyaanku itu; 4. = ~ menjadi = ~ jadi = ~ kpd bertukar menjadi (sesuatu yg) lain: kertas akhbar yg lama ~ menjadi kuning; 5. Pr beralih (tempat dll), berpindah (dr yg dahulu), bertukar (arah dll): ~ dr sini kamu, Mat Som; ~ akal = ~ fikiran = ~ ingatan menjadi gila; ~ hatinya (pendapatnya, niatnya) tidak spt biasa atau spt dahulu lagi hatinya (pendapatnya, niatnya); ~ muka bertukar air muka(nya); berubah-ubah sentiasa atau sering kali berubah (bertukar), tidak tetap (keadaannya dll): cerita itu ~ dan bertokok tambah juga akhirnya mengikut kemahuan si pencerita-nya; mengubah 1. berubah, menjadi lain: cara hidupnya telah ~ drpd cara hidup nenek moyangnya; 2. menjadikan berlainan atau berbeza drpd yg asal (semula jadi atau sebelumnya), menukar kpd yg lain: kejadian itu telah ~ sikapnya terhadap wanita; Chomsky sendiri telah beberapa kali ~ pendiriannya tentang aspek-aspek tertentu; 3. menjadikan lebih baik (drpd yg semula jadi, yg asal, atau sebelumnya), memperbaiki (keadaan yg kurang baik dll): Tuhan tidak akan ~ seseorang itu jika dia sendiri tidak berusaha ~ dirinya; kanak-kanak yg baru bersekolah akan terpaksa ~ kebiasaan mereka dgn tiba-tiba; 4. menyusun semula (cerita, karangan, dll), mengolah kembali; 5. tidak menepati (janji, sumpah, dll), tidak mematuhi (peraturan, adat, dll), melanggar (adat dll), menyalahi: sekalian adat dan pekerjaan ini semuanya drpd adat purba-kala, jikalau barang siapa ~ atau memecah-kan itu, nescaya ditimpa daulat marhum yg tua-tua; 6. bp memindahkan ke tempat lain (benih semaian dll), mengalihkan: benih padi disemai dlm bulan Jun atau Julai supaya kerja ~ boleh dilakukan dlm bulan Ogos; 7. mengalih (arah dll) dr yg asal atau semula, menukar arah dsb: pandangan itu kemudian-nya diubah ke muka bapanya; ~ janji memungkiri janji; ~ langkah ki menukar cara hidup; ~ setia mengalih kesetiaan kpd orang lain; mengubahkan menjadikan (menyebabkan) berubah, menjadikan berlainan atau berbeza (drpd yg asal atau sebelumnya), menukarkan: hendaklah kamu berdua jangan ~ setia kamu kpd anakku berdua; memperubahkan menjadikan berlainan, mem-perbezakan, memperlainkan; terubah sudah (dapat) diubah; ubahan (sesuatu) yg sudah diubah atau ber-ubah, (sesuatu) yg berlainan drpd yg asal atau semula; ketakberubahan keadaan yg tidak berubah; perubahan perihal berubah, peralihan, per-tukaran: dlm jangka waktu enam bulan ini, banyak ~ yg telah berlaku; pengubahan perihal mengubah (mengubah-kan), pengalihan, penukaran (kpd sesuatu yg lain): begitulah cara ~ politik dilakukan melalui tindakan yg negatif; pengubah orang dll yg mengubah (mengubahkan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.bah] | اوبه

Definisi : ; ~ paya = kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), pokok kerenam, Glochidion arbo­res­­cens; ~ putih sj tumbuhan (pokok), gedari rawang, hujan panas putih, pokok mancung, Glochidion glomerulatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.bah] | اوبه

Definisi : ; berubah 1 bertukar drpd keadaan semula: Sejak dia berkahwin, perangainya sudah ~. 2 berbeza drpd rupa atau warna yg asal; bertukar (perasaan dll): Warna kain ini sudah ~ menjadi pucat. Mendengar sindiran itu, ~ air mukanya. 2 berganti atau beralih menjadi lain: Ulat itu ~ menjadi rama-rama. berubah-ubah tidak tetap keadaannya (rupanya, rasanya dll); sentiasa berubah. mengubah 1 menjadikan berbeza drpd yg semula; menukar: Sejak hari itu, ia telah ~ cara hidupnya. 2 menyusun semula sesuatu cerita, karangan dll sehingga menjadi berlainan drpd yg asal; mengolah kembali: Ia ~ jalan cerita itu sehingga menjadi cerita jenaka. 3 tidak menepati janji, sumpah dll; menyalahi yg biasa: Mereka tidak mahu ~ adat resam yg telah dipusakai dr nenek moyang mereka. 4 memindahkan atau mengalih sesuatu dr tempat asalnya ke tempat lain (spt benih dr tapak semaian ke sawah). 5 menukar atau mengalih arah sesuatu (spt pandangan, haluan): ~ pandangan. perubahan hal berubah; pertukaran; peralihan: Sejak negara kita merdeka, banyak ~ yg berlaku dlm berbagai-bagai bidang. pengubahan perbuatan (proses, cara dsb) mengubah. perubah sesuatu yg berubah-ubah. pengubah orang yg mengubah atau mengalih sesuatu; pengalih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ubah
Kata Terbitan : berubah, berubah-ubah, mengubah, memperubahkan, perubahan,

Peribahasa

Lidah bercabang.

Bermaksud :

Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dynamic variablepemboleh ubah dinamikTeknologi MaklumatPerisianDalam pengaturcaraan, pemboleh ubah dinamik merupakan sejenis pemboleh ubah yang alamat pemboleh ubah pada ingatan utamanya ditentukan ketika atur cara tersebut dilaksanakan. Keadaan ini berbeza bagi pemboleh ubah statik yang disediakan ingatan untuknya semasa pengkompilan.
dependent variablepemboleh ubah bersandarPsikologiPsikologi UmumTindak balas subjek terhadap sesuatu rangsangan yang dimanipulasikan dalam sesuatu kajian. Pemboleh ubah ini adalah pemboleh ubah yang diukur atau yang akan berubah mengikut keadaan eksperimen atau akibat daripada manipulasi satu pemboleh ubah lain yang dikenali sebagai pemboleh ubah bebas (eksperimental). Contohnya, dalam eksperimen yang mengukur kesan masa tidur terhadap daya tumpuan, pemboleh ubah bersandarnya ialah daya tumpuan.
independent variablepemboleh ubah bebasPsikologiPsikologi UmumPemboleh ubah yang dimanipulasi atau dipelbagaikan supaya kesannya dapat diperoleh melalui perubahan skor pemboleh ubah terikat yang diukur. Pemboleh ubah bebas dianggap sebagai punca berlakunya perubahan ke atas pemboleh ubah terikat yang ditumpukan dalam sesuatu kajian terutamanya kajian eksperimental. Contohnya, dalam kajian tentang kemalangan jalan raya, faktor-faktor seperti keadaan kenderaan, keadaan pemandu, kelajuan pemanduan, jenis dan keadaan jalan adalah antara pemboleh ubah bebas yang dipercayai boleh meningkatkan kadar kemalangan.
dual variablespemboleh ubah dual/pemboleh ubah duaanPentadbiranTiadaPemboleh ubah dalam masalah dual yang berkaitan dengan kekangan bagi masalah primal.
variablepemboleh ubahTeknologi MaklumatPerisianSimbol atau nama yang mewakili satu nilai. Setiap pemboleh ubah mempunyai nama dan jenis data. Nilai pemboleh ubah boleh terdiri daripada angka, aksara, rentetan aksara atau alamat ingatan. Pemboleh ubah penting dalam pengaturcaraan kerana penggunaannya memberikan kefleksibelan dalam menulis sesuatu atur cara. Pemboleh ubah lebih wajar digunakan berbanding nilai tetap yang dimasukkan ke dalam atur cara. Apabila atur cara dilaksanakan, pemboleh ubah ini akan digantikan dengan data yang sebenar. Hal ini memungkinkan atur cara yang sama memproses set data yang berbeza. Contohnya, ungkapan x+y mempunyai dua pemboleh ubah x dan y yang mempunyai nilai tertentu.
integrating circuitlitar kamiranKejuruteraanTiadaLitar yang menghasilkan keluaran berkadar terus dengan kamiran satu pemboleh ubah atau sejumlah pemboleh ubah terhadap pemboleh ubah yang lain, lazimnya masa.
normalized random variablepemboleh ubah rawak ternormalMatematikTiadaTransformasi yang menukarkan pemboleh ubah rawak X kepada pemboleh ubah rawak tertabur normal atau yang hampir sedemikian adalah transformasi penormal dan pemboleh ubah rawak baru digelar pemboleh ubah rawak ternormal.
causal methodkaedah bersebabPentadbiranTiadaKaedah peramalan yang cuba mencari pertalian di antara pemboleh ubah yang diramal dengan satu atau lebih pemboleh ubah-pemboleh ubah lain.
multivariate analysisanalisis multivariatGeologiTiadaKajian tentang pemboleh ubah-pemboleh ubah rawak yang berbilang dimensi.
angle variablepemboleh ubah sudutFizikMekanik1 Pemboleh ubah yang menentukan nilai sesuatu sudut. 2 Pemboleh ubah dinamik sesuatu sudut w, yang berkonjugat dengan pemboleh ubah tindakan, J, khusus untuk gerakan berkala.
12345678910...

Kembali ke atas