Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ban] | اوبن

Definisi : rambut yg sudah putih (atau mulai menjadi putih): orangnya sudah tua juga, ada ~ sedikit di kepalanya; ~ tahi harimau rambut uban yg berbelak-belak hitam; beruban 1. mempunyai uban (rambut putih), menjadi putih (bkn rambut seseorang): lama-lama besok engkau ~ dan rabun sebab mem-baca buku saja; 2. ki sudah lanjut umurnya, sudah tua (sehingga terdapat uban pd rambut): dr muda sampai ~ pun masih belum berubah perangai engkau; 3. ki sudah lama dlm sesuatu pekerjaan, sudah lama memegang sesuatu jawatan; sudah ~ baru berguam prb perihal orang tua yg tingkah lakunya spt orang muda; menguban 1. menjadi uban, memutih (rambut); 2. menyerupai uban; 3. = mengubani men-cabut uban; 4. sudah usang (pakaian dll); ubanan Jk 1. ada ubannya, beruban; 2. dlm kesusahan, kesempitan; pengubanan proses terbitnya uban, proses (rambut) menjadi uban: bahan itu boleh me- ngelakkan ~ sebelum matang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ban] | اوبن

Definisi : ; ~ kayu sj tumbuhan (rumpai), Cardio-spermum halicacabum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ban] | اوبن

Definisi : rambut yg sudah menjadi putih atau yg mula menjadi putih. beruban 1 sudah ada uban di kepala atau sudah mempunyai uban: Belum tua lagi, dia sudah ~. 2 sudah tua; sudah lama hidup: Aku ini sudah ~ tetapi belum juga berasa senang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
uban (kata nama)
Bersinonim dengan rambut putih;
Kata Terbitan : beruban, menguban, mengubani,

Puisi
 

Burung tuli mandi berhujan,
     Bolehlah mandi sekali lagi;
Orang tua menjunjung uban,
     Boleh masuk ke medan lagi.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
UbanZahari HasibMingguan Malaysia19.03.1987
UbanHilmi RinduBerita Minggu22.02.2004
Sehelai Uban Di Tengah RambutM. Jusoff TaibUtusan Zaman11.01.1970
Sehelai Uban di Tengah RambutM. Jusoff TaibUtusan Zaman11.01.1970
Sehelai Uban Di Tengah RambutM. Jusoff TaibUtusan Zaman01.01.1970
Diakan Lebih Uban?Wan Ahmad Tajuddin Wan AbdullahBerita Minggu30.01.1994
Malam Balada hilang peta di Batu UbanTiadaBerita Harian05.10.1995
Seminar boria dua hari di Batu UbanJamelahUtusan Malaysia17.04.1974

Kembali ke atas