Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahan yg spt krim, biasanya berwarna putih yg digunakan semasa menggosok gigi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ubat (kata nama)
Kata Terbitan : berubat, mengubat, mengubati, terubat, ubatan, pengubatan, pengubat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah penjodoh bilangan untuk ubat gigi yang telah dikeluarkan dari kotak tapi masih berada di dalam bekasnya? contoh ayat: 1. sebatang ubat gigi. (adakah penjodoh bilangan ini betul)Untuk makluman, bukan semua perkataan boleh diberikan penjodoh bilangan, antaranya ubat gigi.Lain-lain11.09.2017
Bolehkah "Bajet-K" atau "Bajett-K" dipakai sebagai nama produk untuk ubat gigi?Untuk makluman sdr, perkataan bajet membawa maksud belanjawan. Sehubungan  dengan itu, perkataan bajet tidak menggambarkan tentang produk ubat gigi. Walau bagaimanapun, sdr akan mendapat nama-nama yang tepat dan indah  serta bersesuaian dengan produk sdr  sekiranya sdr  membaca buku Garis Panduan Menanami Syarikat, kawasan, tempat dan Jalan terbitan DBP.Makna28.04.2009
Apakah terjemahan TOOTHPASTE dalam bahasa malaysia? Terima kasih atas bantuan.Ubat GigiMakna12.07.2019
Terma untuk brand recall dalam bidang pengiklanan yang sebenar.adakah ianya sama dengan brand to retrieveUngkapan brand recall mengikut karyawan dalam bidang pengiklanan  bermaksud mengaitkan sesuatu barang dengan sesuatu jenama. Contohnya ubat gigi dengan Colgate, racun makhluk perosak dengan shieldtox. Ungkapan ini juga disebut brand to retrieve. Walau bagaimanapun untuk maklumat lanjut sila hubungi Persatuan Pengiklan Malaysia(4As) no. telefon 03-76608535. Istilah31.10.2008
Kita perlu memilih berus gigi dan pes gigi yang sesuai. Adakah toothpaste boleh diterjemahkan kepada pes gigi ? Terima kasih.Pes gigi tidak boleh digunakan untuk "toothpaste". Padanan bahasa Melayu yang betul ialah ubat gigi.Istilah23.03.2016
Apakah maksud perkataan diinvaginasikan. terima kasihPerkataan "invaginasi" mempunyai dua maksud mengikut bidang seperti berikut:

(1) Lipatan ke dalam satu bahagian dengan satu bahagian lain suatu stuktur. (UBAT, GIGI)

(2) Penyusupan satu bahagian usus ke dalam satu sama lain, menyebabkan berlaku penyekatan pada usus. (UBAT)

 

Makna16.12.2009
Terima kasih atas nasihat tentang "Bajet-K" yang soalan dikemukakan pada 28 Apr. Apa yang saya ingin tahu ialah adakah "Bajet-K" boleh dipakai sebagai nama product untuk di jual commercial.Pada pendapat kami nama Bajet-K tidak sesuai untuk dijadikan sebagai nama produk (ubat gigi seperti yang saudara maklumkan dalam pertanyaan yang lepas) kerana tidak menggambarkan kebudayaan Malaysia dan perkataan Bajet iti sendiri biasanya digunakan dalam situasi tidak rasmi (bahasa lisan).Lain-lain30.04.2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 1. Apa yang membezakan penggunaan 'tiub' dan juga 'tabung'? Adakah kedua-duanya padanan kepada 'tube'? 2. Adakah 'badan', 'tubuh' atau 'tubuh badan' mempunyai makna yang sinonim? Mana yang paling tepat sebagai padanan kepada 'body' dalam bidang sains perubatan? 3. 'Tanah-tanih' merupakan istilah yang termasuk dalam hukum kekecualian iaitu perlu diletakkan tanda sempang sekalipun 'tanah' dan 'tanih' boleh berdiri sendiri dengan makna tersendiri. Adakah terdapat senarai lengkap istilah yang termasuk dalam hukum kekecualian ini? Terima kasih.

1. Tiub ialah 1. benda yang bulat panjang dan berlubang di tengahnya, torak: ~ kaca (getah); 2. sejenis bekas daripada plastik dll yang digunakan untuk mengisi cecair yang likat dsb: ~ ubat gigi; 3. bahagian dalam tayar basikal.

Manakala tabung ialah 1. bekas ruas daripada buluh dll (untuk menyimpan sesuatu), bumbung: ~ air; 2. bekas yang berbentuk silinder: ~ gas oksigen; 3. peti atau kotak (utk surat dll); 4. tempat menyimpan wang (daripada buluh dll), celengan; 5. sesuatu yang berbentuk bulat torak (dlm enjin dll), silinder; 6. wang yang dikumpulkan (dengan mengutip derma dll) untuk maksud tertentu, dana.

Dalam data kami, padanan istilah tube dalam bahasa Melayu ialah tiub, tabung dan salur.

2. Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, tubuh badan bermaksud keseluruhan jasad. Istilah yang sesuai digunakan dalam bidang perubatan ialah badan.

3. Tanah-tanih merupakan kata ganda yang bermaksud segala macam tanah.

Tatabahasa06.10.2013

Kembali ke atas