Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kata-kata yg disampaikan sbg mendoakan supaya selamat (utk menyatakan tahniah); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ucap (kata nama)
Bersinonim dengan ujar, bunyi, lafaz, kata, sebutan;,
Kata Terbitan : berucap, mengucapkan, ucapan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cadangan terjemahan untuk ungkapan "Cheers!" semasa minum beramai-ramai/ucap selamat?Untuk makluman, perkataan  "Cheers" tidak terdapat dalam data DBP.  Sehubungan dengan itu, tidak ada padanan terjemahan yang dapat diberikan. Penyemakan dan penterjemahan05.10.2015
Antara "hari raya Aidilfitri" (h dan r huruf kecil) dengan "Hari Raya Aidilfitri" (h dan r huruf besar), yang mana tepat?Dalam ayat biasa frasa hari raya Aidilfitri adalah betul, tetapi dalam penulisan tajuk atau ucap selamat frasa Hari Raya Aidilfitri adalah betul.Ejaan28.08.2011
Selamat pagi, saya ingin mengajukan soalan kepada ahli DBP yang sangat dihormati. kenapa para bijak pandai, pejuang, dan golongan pakar bahasa Melayu tidak menggunakan saja istilah "sejahtera" untuk "kata sapaan" dalam bahasa Melayu yang memberi maksud "helo","hai","hei","halo","selamat datang","salam","assalamualaikum" dan "selamat tinggal" selain memberi maksud "selamat","aman","damai","sentosa","makmur"dan "sihat". Sepertimana yang dilakukan oleh pencinta Bahasa Ibunda yang lain di Asia, seperti Negara yang tak pernah dijajah iaitu negara Thailand, "helo" dan "hai" dalam bahasa Thai ialah "สวัสดี" yang juga membawa maksud "selamat","kebagusan", "kesejahteraan","sejahtera","keselamatan","aman","keamanan","makmur","kemakmuran","sifat baik","kemajuan","maju" dan sebagainya.

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang dinamik yang menawarkan pelbagai kata ucap selamat mengikut konteks penggunaannya; iaitu sama ada rasmi atau tidak rasmi.

Ucap selamat untuk situasi rasmi, salam sejahtera memang digunakan secara meluas.

Istilah22.08.2014
Selamat malam, Saya ingin bertanya mengenai tatacara pengucapan awam yang digunakan didalam sebuah majlis. saya seringkali mendengar pengerusi majlis membuat ucapan alu-aluan meraikan kehadiran tetamu mengikut tehap sosial . ucapan itu memberikan penghargaan emosi kepada tetamu yang hadir. Selepas ucapan alu-aluan pengerusi majlis selalunya akan tiba ucapan tetamu khas seperti dif2 kehormat yang telah dietapkan, dalam hal ini saya berasa muskil mengapa jemputan yang dipanggil berucap mesti menyebut mengulangi semula nama- nama kehormat mengikut susuan sosial.. sehingga ucap utama pun mengulangi semula ..saya nampak ini membosankan hadirin..bukankah lebih baik hanya pengerusi majlis sahaja yang menyebut kehadiran dif2 kehormat dan para pengucap terus kepada isi dan perasmian jika perlu.tqDalam pengucapan awam, kata alu-aluan lazimnya akan diungkapkan dalam sesebuah majlis, sama ada formal atau tidak formal. Seseorang yang berucap akan memulakan ucapan dengan kata alu-aluan, iaitu menyapa tetamu kehormat dan para hadirin.


Sistem panggilan hormat yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Melayu merujuk kepada sistem sapaan dan panggilan yang tertentu. Dalam majlis rasmi, tetamu kehormat sentaisadiberi keutmaan dan disapa dengan sebutan-sebutan khas bagi menunjukkan keistimewaan dan ketinggian darjat mereka.
Lain-lain01.12.2013

Kembali ke atas