Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata udang batu

Puisi
 

Buang batu timbul kelapa,
     Banyak udang di Pasir Mayang;
Buang satu tidak mengapa,
     Banyak orang kasih dan sayang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Berlurah di balik pendakian.

Bermaksud :

Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada udang [= berudang] di balik batu).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
M. GHAZALI

M. GHAZALI (1930-1982), penyair. Dia lahir pada 22 Jun 1930 di Kampung Paya Rumput, Sungai Udang, Melaka. Nama sebenarnya ialah Mohd. Ghazali bin Abdul Samad. M. Ghazali juga memakai nama pena A.S. Maghza. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tangga Batu, Melaka dan Sekolah Arab al-Junid, Singapura dari tahun 1945 hingga 1951 dan lulus Darjah Tujuh. Selepas itu, dia belajar di Makkah.

SASTERATokoh

Kembali ke atas