Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata udang batu

Puisi
 

Buang batu timbul kelapa,
     Banyak udang di Pasir Mayang;
Buang satu tidak mengapa,
     Banyak orang kasih dan sayang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Berlurah di balik pendakian.

Bermaksud :

Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada udang [= berudang] di balik batu).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berudangada udang, terdapat udang; ~ di balik batu prb ada sesuatu yg tersembunyi drpd yg dilahirkan dgn mulut atau dgn perbuatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
udang Isj binatang yg hidup di air (berkulit keras, berkaki sepuluh, dan berekor); jenis-jenisnya: ~ galah, ~ geragau, ~ kara, ~ karang, ~ kertas, ~ laut, ~ laut lebar, ~ lubuk, ~ siar, dll; ~ kering udang yg dikeringkan; bongkok ~ melengkung badannya spt udang; kepala ~ ki bodoh benar; keropok ~ keropok yg dibuat drpd udang; pulut ~ sj makanan drpd pulut yg berintikan udang yg bercampur dgn kelapa yg diparut; ~ hendak mengata(i) ikan prb kesalahan orang lain tampak tetapi kesalahan sendiri tidak disedari; ~ merentak dlm tangguk prb orang yg tidak tetap laku dan kedudukannya; ~ tak tahu dibongkoknya prb orang yg tidak insaf dgn kekurangan diri sendiri; bagai ~ dlm tangguk prb a) menggeletek-geletek kerana kesukaan; b) dlm kesukaran; bagai ~ tahi di kepala prb banyak hutangnya; banyak ~ banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya prb kegemaran (kemahuan, fikiran, dll) tiap-tiap orang itu tidak sama; berudang ada udang, terdapat udang; ~ di balik batu prb ada sesuatu yg tersembunyi drpd yg dilahirkan dgn mulut atau dgn perbuatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
otak I1. organ di bahagian atas kepala, yg me­ngawal pemikiran (perasaan), benak; 2. alat berfikir, fikiran: terlintas di ~ku keja­dian-kejadian ngeri itu; ~ ayam bodoh; ~ minyak pandai; ~ telur bodoh; ~ udang bodoh; kepala ~ bk sj ma­kian; kerja ~ kerja yg menggunakan fikiran; picik ~ sempit fikiran; ~ batu kepala sl kepala (dlm percakapan dgn raja dll); ~ telur, bukan ~ minyak prb perihal seorang yg bodoh; berotak 1. mempunyai fikiran, berakal, ber­fikiran: ia seorang yg ~; tidak ~ tidak ber­fikiran (berakal); 2. mempunyai otak: ~ geli­ga; ~ udang.Kamus Dewan Edisi Keempat
rotan I1. sj tumbuhan (palma yg memanjat dan digunakan utk kerusi, tikar, raga, dll): kerusi ~; simpai ~; gelang ~ lingkaran yg di­­­­buat drpd rotan utk permainan anak sekolah; 2. sebat (pukulan) dgn rotan sbg hukuman: hukumannya ialah setahun penjara dan disebat enam ~; ~ air = ~ bakau = ~ batu = ~ tawar sj rotan, Calamus aquatilis; ~ air = ~ cernang (jernang) = ~ cicih landak sj rotan, Daemonorhops hygrophilus; ~ batu = ~ seni sj rotan, Calamus insignis; ~ beras = ~ ledas = ~ putih = ~ sinduk = ~ sini sj rotan, Calamus javensis; ~ bini = ~ dini = ~ tikus sj rotan, Flagellaria indica; ~ kerai hitam, sj rotan, Calamus diepenhorstii; ~ bukit = ~ kolam sj rotan, Calamus diepenhorstii; ~ bulan = ~ gajah = ~ kertung = ~ raja sj rotan, Plectocomiposis scortechinii; ~ cici = ~ cicit = ~ pahit sj rotan, Calamus densiflorus; ~ cincang = ~ raja = ~ semambu sj rotan, Calamus scipionum; ~ cincin = ~ duduk = ~ gelang = ~ jelutung = ~ kemunting = ~ kerai = ~ perupuh = ~ segera = ~ tunggal sj rotan, Daemonorhops geniculatus; ~ cincin = ~ kertung = ~ semang sj rotan, Dae-monorhops grandis; ~ cucur = ~ atap cucur sj rotan, Calamus castaneus; ~ dahan sj rotan, Korthalsia wallichiifolia; ~ dalam buku = ~ manau sj rotan, Calamus conioastris; ~ gunung = ~ paku sj rotan, Calamus exilis; ~ kembung = ~ macad = ~ macap = ~ manau keleceki = ~ manau kelesek = ~ manuh = ~ mantang = ~ sega badak sj rotan, Calamus ornatus; ~ kerai = ~ perut ayam sj rotan, Calamus luridus; ~ kikir sj rotan Calamus radulosus (scab­ridulus): ~ kipas sj rotan, Calamus lobbianus; ~ manana sj rotan, Calamus lobbianus; ~ manau = ~ manau telur sj rotan, Calamus manan; ~ perut ayam = ~ senik = ~ telur sj rotan, Ceratolabus laevigatus; ~ relang sj rotan, Plectocomiopsis geminisflorus; ~ sega perak sj rotan, Calamus caesuis; ~ semiang sj rotan, Calamus curtissi; ~ semut sj rotan, Korthalsia scahigera; ~ udang sj rotan, Korthalsia echinometra; ada ~ ada duri prb ada kesenangan tentu ada kesusahannya; bagai ~, asal berinsang di­cucuk sahaja prb perihal orang yg tidak me-milih pekerjaannya (perbuatannya); kerat ~ patah arang prb putus pertalian (per­hu­bungan) yg tidak dapat disambung (di­damai­kan) lagi; tiada ~ akar pun berguna (jadi) prb kalau tidak ada yg baik sekali, yg kurang baik pun berguna juga; merotan 1. = berotan mencari (mengambil) rotan: jikalau ada sekiranya orang sesat berdamar atau sesat berotan pun, tiadalah ayahanda hendak membinasakan; 2. me­mukul atau menyebat dgn rotan (sbg satu hukuman): ibunya pun mengugut hendak ~; perotan orang yg bekerja mencari rotan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pantang1. = pantangan sesuatu yg dilarang melakukannya (menurut adat atau keper­cayaan), larangan: bagi ibu-ibu yg sihat tiadalah apa-apa ~ atau larangan yg dikenakan tentang apa-apa makanan; ~ di hutan (di laut) sesuatu yg tidak boleh disebut atau dibuat sewaktu di hutan (di laut); 2. = pantangan makanan (minuman) yg ditegah (terlarang) utk sesuatu penyakit dll: penyakit gatal ini ~nya ialah udang; daging lembu ialah ~ bagi orang yg beragama Hindu; 3. keadaan tidak boleh melakukan atau me­makan sesuatu (bkn perempuan sewaktu 44 hari selepas bersalin dll): keadaan Minah selama dlm ~, tidur baring di atas penyalai; memang laki-laki ~ surut; dlm ~ dlm keadaan tidak boleh berbuat sesuatu yg terlarang selama 44 hari (bkn perempuan yg baru bersalin), dlm hari; makan ~ makan dgn tidak boleh memakan makanan tertentu; 4. tidak mahu (suka): Lahuma tersangat ~ padinya dikacau musuh; dia kepala batu, ~ menyerah; 5. tidak dapat (boleh): orang sini ~ tengok orang yg belum berkahwin; musuh ~ dicari musuh tidak boleh (jangan) dicari; 6. = kepantangan sesuatu yg tidak disukai (dibenci, dikutuki); ~ gelanggang perbuatan yg dilarang me­lakukannya sewaktu menyabung ayam; ~ larang = ~ pemali bermacam-macam pantang atau larangan; ~ kutu dicukur, ~ manusia dihina prb berhati­-hati bercakap supaya jangan sampai menghina orang yg dilawan bercakap; ~ lang dgn ayam lambat-laun disambar juga prb a) lelaki kalau berdekatan (bergaul) dgn perempuan akhirnya jadi tidak baik jua; b) pencuri tidak boleh melihat harta orang, lambat-laun dicurinya jua; ~ mati sebelum ajal prb tidak akan mati sebelum waktunya; ~ si tegang dibawa mengetul prb orang keras kepala tiada dapat men­dengar kata (nasihat) orang; berpantang 1. mempunyai pantang (tidak boleh makan dll sesuatu, tidak mahu atau tidak suka, tidak dapat atau tidak boleh): ~ ayam dan daging; 2. ada larangannya, tidak bebas: maka Hang Tuah pun keluar masuk tiada ~ lagi; jenaka Amerika timbulnya secara meluap-luap dan spontan, berbanding dgn jenaka Inggeris yg berpantang-pantang; memantang 1. sengaja tidak mahu me­makan dll sesuatu; ~ kopi tidak mahu me­minum kopi; 2. menolak, menampek; tiada ~ lawan tiada menolak lawan; memantangkan menjadikan pantang, me­larang memakan (melakukan dll) sesuatu: makanan-makanan ini tidak dipantangkan kpd semua orang; tiada ~ barang sesuatu pekerjaan apa-apa pekerjaan pun dikerjakan; pantangan pantang, larangan, makanan (mi­numan) yg terlarang; kepantangan pantang, yg tidak disukai: bergambar bertiga itu ~ orang tua-tua; bagai memegang buah ~ beruk, ditelan mati emak diluahkan mati bapa prb serba salah; pejatian awak ~ orang prb berbeza (berten­tangan) pendapat dgn orang ramai; perpantangan bkn pantang: barang ~; pemantangan perihal atau perbuatan me­mantang atau memantangkan: kehamilan yg kerap dan ~ makanan yg berulang kali tidak memberi peluang kpd ibu yg bersalin utk kembali pulih kpd keadaan kesihatan yg asal.Kamus Dewan Edisi Keempat
kepala I1. bahagian tubuh (manusia atau bi­natang) drpd leher ke atas atau ke hadapan (tempat terdapatnya mata, mulut, telinga, dll), hulu; sakit ~ sakit pd kepala (menyebabkan kepala berasa pening); 2. bahagian sesuatu yg di sebelah atas (hadapan atau hulu) sekali: ~ paku (skru, jarum peniti, dll); ~ perarakan; ~ surat; 3. ketua (pejabat, perkumpulan, per­tubuhan, dll), pemimpin (negara dll), penghulu (kampung dll): lagaknya macam seorang ~ samseng yg ganas; banyak ~ negara yg dijangka akan datang memberi penghormatan kpd Churchill; 4. otak, akal, fikiran: nasihat itu tidak masuk di ~ budak itu; 5. orang (digunakan dlm perhitungan atau perkiraan): fitrah bagi tahun ini telah ditetapkan seringgit tiap-tiap satu ~; ~ air permulaan atau penghabisan air bah, lidah air; ~ angin a) angin yg mendahului angin ribut; b) (orang yg) mudah berubah perangainya (ada kalanya baik dan ada kalanya meradang); c) bp tidak berfikiran (berakal), bodoh; ~ arwah hidangan istimewa (utama) dlm kenduri arwah; ~ bahagian ketua bahagian pejabat dll; ~ bahu bahagian bahu yg menonjol dan bertemu dgn pangkal tangan; ~ batu keras hati (tidak mahu menurut kata, nasihat atau tunjuk ajar orang); ~ berat = berat ~ tidak tajam akalnya, tidak lekas memahami sesuatu; ~ berita kata-kata ter­penting sbg tajuk berita (yg secara ringkas membayangkan kandungan atau butiran berita); ~ busung Id kepala membesar kerana rongga-rongga otak dimasuki benda cair; ~ daerah (desa, kampung, kuria, marga) orang (pegawai) yg mengetuai daerah (desa, kam­pung, kuria, marga); ~ dingin = dingin ~ penyabar (tenang, tidak lekas marah); ~ dua (orang yg) menyebelahi dua atau beberapa pihak (tidak menyokong atau setia kpd satu pihak sahaja); ~ gigi bahagian gigi sebelah atas (yg tidak tertanam di dalam daging); ~ kain (sarung) bahagian kain (sarung) yg coraknya berlainan drpd bahagian terbesar kain itu; ~ karangan tajuk karangan; ~ keluarga orang yg mengetuai sesuatu keluarga; ~ kereta api bahagian hadapan kereta api yg menarik gerabak-gerabaknya, loko­motif; ~ kodi a) = ~ perkodian kain (sarung) sbg contoh (diletakkan di atas susunan kain); b) ketua kumpulan orang jahat atau budak nakal; ~ kongsi ketua gerombolan jahat; ~ lakon pelakon terpenting dlm sesuatu lakonan atau cerita; ~ mayat Kl bahagian harta pusaka yg diterima oleh balu si mati; ~ negara ketua negara (spt raja atau presiden); ~ negeri a) ark ibu negeri, ibu kota; b) ketua negara (spt presiden dll); ~ paip bahagian paip air tempat air memancur keluar (boleh dibuka dan ditutup); ~ payung puncak payung (bahagian payung yg di atas sekali); ~ pasukan (perang) pemimpin pasukan (perang); ~ pengat Tr ketua sesuatu kumpulan (samseng, penjahat, dll); ~ pintu bahagian betul-betul di sebelah atas pintu; ~ pulau bahagian pulau yg tertinggi; ~ raja ark setem (tanda penjelasan bayaran pos dll); ~ regu pemimpin (ketua) regu; ~ ribut a) angin yg mula-mula bertiup (sebelum berlakunya ribut yg sebenar); b) Kl orang yg menimbulkan (memulakan) kekacauan; ~ santan santan (kelapa) yg pekat (diperoleh drpd perahan yg terawal); ~ sekolah guru besar (ketua guru-guru); ~ stasiun Id ketua stesen; ~ surat pendahuluan atau permulaan surat; ~ susu bahagian air susu yg kental (pekat); ~ tahun awal tahun; ~ tangga pangkal ibu tangga; ~ tiang bahagian atas tiang; ~ tingkap bahagian dinding betul-betul di sebelah atas tingkap; ~ tongkat hulu tongkat; ~ udang ki sangat bodoh; ~ sama berbulu (hitam), pendapat (hati) berlain-lain prb manusia berlain-lainan pendapat; diberi (di) bahu hendak (ke) ~ prb diturutkan sekali sahaja kemahuannya, ia te­rus meminta lagi (bkn seseorang yg di­manjakan); sakit ~ panjang rambut, patah selera banyak makan prb pd lahirnya tidak suka tetapi sebenarnya suka sekali; silap mata pecah ~ prb jika tidak hati-hati tentu akan mendapat bencana; tidak tentu ~ ekor prb a) tidak tentu hujung pangkalnya; b) sangat gemuk atau tambun; berkepala mempunyai atau memakai kepala (dlm berbagai-bagai erti): maka dilihat Seri Rama seorang raksasa itu tiada ~ dan tiada bertangan; cerita tiada ~ cerita tidak berjudul (bertajuk); pasukan tidak ~ pasukan tidak berketua; ~ batu keras hati, sangat degil; mengepala berlaku atau memainkan pera­nan sbg kepala (pemimpin dll); mengepalai menjadi kepala (penghulu, ketua, pemimpin, dll) kpd, memimpin, mengetuai: lembaga yg baru ditubuhkan itu dikepalai oleh seorang ahli Parlimen; mengepalakan 1. mengangkat menjadi kepala (pemimpin dll), menjadikan kepala (ketua dsb); 2. sl mengenderai (menunggang) serta mengendalikan (gajah dll), menaiki dan memandu (kereta dll): maka Raja Kasim naik gajah yg bernama Juara Demang, Seri Nara Diraja ~ gajah; ~ pedati; 3. menanduk (bola): senaman yg memberikan kecekapan dlm menangkap, membuang, menendang dan ~ bola; pengepala orang yg mengepalai.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas