Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ji] | اوجي

Definisi : percubaan utk menentukan buruk baiknya (betul tidaknya, murni tidaknya, dll); bahan ~ bahan kimia yg digunakan utk meng-uji; batu ~ sj batu yg digunakan utk mengetahui mutu emas; tabung ~ sj alat atau bekas drpd kaca yg digunakan dlm makmal (utk melaku-kan percubaan kimia dll); tahan ~ (akan) terbukti atau ternyata keasliannya (kebaikan-nya dll kalau dicuba atau diperiksa), terjamin; beruji mengadakan percubaan utk menentu-kan mana yg lebih baik (handal, kuat, dll), mengadu kekuatan (kepandaian dll); menguji 1. memeriksa mutu emas dgn meng-gunakan batu uji; 2. memeriksa sesuatu utk mengetahui keadaannya yg sebenar (kekuatan-nya, kebaikannya, dll): dia mengambil la­ding pusaka itu serta ~-uji ketajaman matanya dgn belakang kuku; dia benar-benar hendak ~ cakap saya; 3. menduga kepandaian (ke-cekapan, kecerdasan, dll), memeriksa (supaya mengetahui sesuatu), menduga (perasaan sese-orang dll): memberi­kan markah itu hanya berguna kalau guru hendak ~ kanak-kanak dlm sesuatu perkara; akhbar-akhbar ini banyak ~ perasaan para pembaca melalui liputan yg agak berani; diuji sama merah, ditahil (dikati) sama berat prb sudah sepadan benar (suami isteri); teruji (telah) diuji utk mengetahui kemampu-annya dsb: pemain-pemain muda yg belum begitu ~; ujian 1. pemeriksaan utk mengetahui buruk baiknya (keasliannya dll); 2. percubaan utk memeriksa (mengetahui, memastikan, dsb) sesuatu hal dll (dlm bidang sains dll): membuat suatu ~ supaya gas dapat dilihat; 3. peme-riksaan utk mengetahui kebijakan (kecerdikan dll), peperiksaan: apabila dia lulus dlm ~ yg berat itu, barulah dia boleh mengharapkan apa yg dikehendakinya; 4. sesuatu yg dilaku-kan utk mencuba atau menduga kesungguhan (kebenaran, kesetiaan, dll), cubaan: ~ kesetiaan; 5. yg digunakan utk atau ketika menguji; bahan ~ Id soalan utk peperiksaan; batu ~ batu uji; keujian 1. Mn telah diketahui (kejahatannya dll), kelihatan, ketahuan; sekali lancung ~, seumur hidup orang tak percaya prb sekali ketahuan perangai yg tidak baik, selama-lama-nya orang tidak percaya; 2. sl gagal dlm sesuatu ujian, mendapat kekalahan dlm pertandingan dll: maka sangatlah sukacita baginda men­dengarkan serta memuji-muji kepandaian dan kebijaksanaan ahli nujum Pak Belalang itu, belum pernah ~ lagi, yakni tiada mendapat malu olehnya; pengujian perihal menguji, pemeriksaan; penguji 1. orang yg menguji, pemeriksa; 2. alat utk menguji; 3. sesuatu yg menguji: hijrah adalah ~ iman yg sebenar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ji] | اوجي

Definisi : ; menguji 1 menduga kecerdasan (kepandaian, kecekapan dll) seseorang; memeriksa: Beliau telah ~ kepandaian murid-murid dlm Matematik. 2 menyelidik atau memeriksa sesuatu utk mengetahui keadaan sebenarnya: Ia ~ kereta itu dahulu sebelum membelinya. 3 memeriksa mutu emas dgn menggunakan batu uji. 4 menduga kecekalan hati dsb: Bencana ini seolah-olah ~ ketabahan hati kita. ujian 1 peperiksaan yg diadakan utk mengetahui kebijakan (kecerdikan dll) seseorang: Dlm ~ itu, banyak juga murid yg gagal. 2 percubaan utk mengetahui sesuatu hal (dlm bidang sains): ~ makmal. 3 pemeriksaan utk mengetahui baik buruknya (tulen tidaknya dll) sesuatu. 4 sesuatu yg dialami utk menguji; dugaan; cubaan. ~ darah analisis sampel darah utk mengetahui atau mengenal pasti sesuatu jenis penyakit: ~ darah terpaksa dilakukan terhadap pesakit itu. pengujian perbuatan (hal, cara dsb) menguji. penguji 1 orang yg menguji. 2 alat utk menguji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
uji
Kata Terbitan : menguji, teruji, ujian, pengujian, penguji,

Peribahasa

Laksana barang yang disadur.

Bermaksud :

Tak tahan uji. sadur = lapis tipis pada logam yang lain, sepuh.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa perbezaan uji cuba, uji nilai dan proof of concept?Uji cuba” bermaksud penyelidikan dan usaha untuk mengetahui, memastikan atau mendapatkan sesuatu.


Uji nilai” pula bermaksud usaha atau perbuatan untuk menentukan nilai, kualiti dan lain-lain. Kedua-dua ujian ini saling berkaitan, bergantung pada tujuan dan keperluan sesuatu bidang.


Kami mencadangkan “proof of concept” diterjemahkan sebagai “pembuktian konsep” atau “bukti konsep”. 


Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh merujuk laman web https://prpm.dbp.gov.my
Lain-lain12.08.2021
uji cuba/ujicubauji cubaEjaan13.05.2013
1. mutiara kata atau kata mutiara kata 2. pendingin hawa atau penghawa dingin 3. uji pandu atau pandu uji

1. mutiara kata

2. Istilah yang betul ialah penyaman udara bukan pendingin hawa.

3. pandu uji 

Istilah12.05.2011
Tuan , Ayat: Sesiapa yang ingin menjadi penyanyi dan pelakon bolehlah datang ke pusat membeli belah itu untuk sesi.................... jawapan pilihan : uji bakat atau uji suara jawapan manakah betul ?Sesiapa yang ingin menjadi penyanyi dan pelakon bolehlah datang ke pusat beli-belah untuk sesi uji bakat. Tatabahasa13.10.2011
test123uji cubaLain-lain15.06.2021
Istilah double-blind trial dalam perubatan. Uji kaji dubel-sulih?Istilah double-blind trial dalam perubatan ialah uji kaji dubel-buta.


Istilah04.11.2020
Salam sejahtera, Adakah "needle test probes" sesuai diterjemahkan kepada "kuar uji jarum"? Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan. Mohon pendapat dan bantuan pihak DBP. Terima kasih.Dalam data kami kami, kuar uji ialah jarum logam daripada bahan pengalir yang hujungnya bermata tajam atau bercangkuk yang digunakan untuk memeriksa litar dengan menyentuhkan mata kuar tersebut pada litar. Hujung kuar pula disambungkan pada peralatan pengukuran. Jika needle test probes ialah alat kami merasakan terjemahan yang lebih sesuai ialah jarum kuar uji.Penyemakan dan penterjemahan21.11.2018
Adakah ayat berikut ini betul, 'membelanjakan atau membelanja' ? Uji kepantasan anda dalam membelanjakan RM1,000,000. Apakah perbezaan penggunaan perkataan tersebut, -kan atau tiada perkataan -kan?Ayat yang betul ialah Uji kepantasan anda dalam membelanjakan RM1,000,000. Perkataan "membelanjakan" ialah kata kerja transitif, oleh itu perlu diberi imbuhan "-kan". Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, tajuk akhiran kata kerja,  halaman 183.Tatabahasa02.06.2009
Apa beza soal siasat, uji kaji, temu duga dan soal jawab?Soal siasat ialah kaedah formal menyoal pesalah, saksi, pengintip, dll untuk mendapatkan mak­lumat; menyoal siasat menyoal dalam usaha menyia­sat sesuatu; penyoal siasat orang yang menyoal siasat.

Uji kaji ialah ujian atau penyelidikan untuk mengetahui atau memastikan sesuatu percubaan, eksperimen: ~ sains.

Temu duga ialah soal jawab antara majikan dengan orang yang memohon kerja dll. 2 soal jawab antara pemberita surat khabar dengan orang kenamaan, seperti tokoh politik; temu bual; wawancara. 

Soal jawab pula ialah pertanyaan dan jawaban mengenai sesuatu atau berbagai-bagai perkara (biasanya disiarkan dalam akhbar, majalah, dsb);
Makna22.09.2013
Salam sejahtera, Tuan / Puan Sila nyatakan perkataan / istilah sasaran sains dalam BM yang betul: Glowing wood splint 1) Dalam Istilah Sains Sekolah2 Malaysia, dinyatakan sebagai "Kayu uji membara" 2) Dalam enjin carian DBP, dinyatakan sebagai "Kayu uji berbara" Antara 1) and 2) di atas, yang manakah yang betul? Sekian, Terima kasih.

Untuk makluman, Daftar Istilah Sains Sekolah-Sekolah Malaysia diterbitkan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan istilah ini digunakan untuk peperiksaan di sekolah. Sekiranya istilah ini digunakan pada peringkat sekolah, kami syorkan istilah 'kayu uji membara'.

Istilah29.11.2011
123

Kembali ke atas