Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ji] | اوجي

Definisi : percubaan utk menentukan buruk baiknya (betul tidaknya, murni tidaknya, dll); bahan ~ bahan kimia yg digunakan utk meng-uji; batu ~ sj batu yg digunakan utk mengetahui mutu emas; tabung ~ sj alat atau bekas drpd kaca yg digunakan dlm makmal (utk melaku-kan percubaan kimia dll); tahan ~ (akan) terbukti atau ternyata keasliannya (kebaikan-nya dll kalau dicuba atau diperiksa), terjamin; beruji mengadakan percubaan utk menentu-kan mana yg lebih baik (handal, kuat, dll), mengadu kekuatan (kepandaian dll); menguji 1. memeriksa mutu emas dgn meng-gunakan batu uji; 2. memeriksa sesuatu utk mengetahui keadaannya yg sebenar (kekuatan-nya, kebaikannya, dll): dia mengambil la­ding pusaka itu serta ~-uji ketajaman matanya dgn belakang kuku; dia benar-benar hendak ~ cakap saya; 3. menduga kepandaian (ke-cekapan, kecerdasan, dll), memeriksa (supaya mengetahui sesuatu), menduga (perasaan sese-orang dll): memberi­kan markah itu hanya berguna kalau guru hendak ~ kanak-kanak dlm sesuatu perkara; akhbar-akhbar ini banyak ~ perasaan para pembaca melalui liputan yg agak berani; diuji sama merah, ditahil (dikati) sama berat prb sudah sepadan benar (suami isteri); teruji (telah) diuji utk mengetahui kemampu-annya dsb: pemain-pemain muda yg belum begitu ~; ujian 1. pemeriksaan utk mengetahui buruk baiknya (keasliannya dll); 2. percubaan utk memeriksa (mengetahui, memastikan, dsb) sesuatu hal dll (dlm bidang sains dll): membuat suatu ~ supaya gas dapat dilihat; 3. peme-riksaan utk mengetahui kebijakan (kecerdikan dll), peperiksaan: apabila dia lulus dlm ~ yg berat itu, barulah dia boleh mengharapkan apa yg dikehendakinya; 4. sesuatu yg dilaku-kan utk mencuba atau menduga kesungguhan (kebenaran, kesetiaan, dll), cubaan: ~ kesetiaan; 5. yg digunakan utk atau ketika menguji; bahan ~ Id soalan utk peperiksaan; batu ~ batu uji; keujian 1. Mn telah diketahui (kejahatannya dll), kelihatan, ketahuan; sekali lancung ~, seumur hidup orang tak percaya prb sekali ketahuan perangai yg tidak baik, selama-lama-nya orang tidak percaya; 2. sl gagal dlm sesuatu ujian, mendapat kekalahan dlm pertandingan dll: maka sangatlah sukacita baginda men­dengarkan serta memuji-muji kepandaian dan kebijaksanaan ahli nujum Pak Belalang itu, belum pernah ~ lagi, yakni tiada mendapat malu olehnya; pengujian perihal menguji, pemeriksaan; penguji 1. orang yg menguji, pemeriksa; 2. alat utk menguji; 3. sesuatu yg menguji: hijrah adalah ~ iman yg sebenar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ji] | اوجي

Definisi : ; menguji 1 menduga kecerdasan (kepandaian, kecekapan dll) seseorang; memeriksa: Beliau telah ~ kepandaian murid-murid dlm Matematik. 2 menyelidik atau memeriksa sesuatu utk mengetahui keadaan sebenarnya: Ia ~ kereta itu dahulu sebelum membelinya. 3 memeriksa mutu emas dgn menggunakan batu uji. 4 menduga kecekalan hati dsb: Bencana ini seolah-olah ~ ketabahan hati kita. ujian 1 peperiksaan yg diadakan utk mengetahui kebijakan (kecerdikan dll) seseorang: Dlm ~ itu, banyak juga murid yg gagal. 2 percubaan utk mengetahui sesuatu hal (dlm bidang sains): ~ makmal. 3 pemeriksaan utk mengetahui baik buruknya (tulen tidaknya dll) sesuatu. 4 sesuatu yg dialami utk menguji; dugaan; cubaan. ~ darah analisis sampel darah utk mengetahui atau mengenal pasti sesuatu jenis penyakit: ~ darah terpaksa dilakukan terhadap pesakit itu. pengujian perbuatan (hal, cara dsb) menguji. penguji 1 orang yg menguji. 2 alat utk menguji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
uji
Kata Terbitan : menguji, teruji, ujian, pengujian, penguji,

Peribahasa

Laksana barang yang disadur.

Bermaksud :

Tak tahan uji. sadur = lapis tipis pada logam yang lain, sepuh.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
test-retest reliability datadata kebolehpercayaan uji-uji semulaVeterinarTiadaTiada
recharge testuji imbuhHidrogeologiTiadaUji akuifer yang melibatkan imbuhan tersukat perigi suntik dan pengukuran perubahan hulu yang terhasil di dalam akuifer, semasa dan selepas pengimbuhan. Ruj.: Ferris drr. 1962 Sin.: uji suntikan, uji slug
control experimentuji kaji kawalanKimiaTiadaUji kaji yang dilakukan dalam keadaan yang sama dengan uji kaji biasa kecuali keadaan-keadaan yang penting diganti dengan keadaan normal. Uji kaji kawalan digunakan sebagai asas rujukan untuk membandingkan hasil uji kaji yang dijalankan dalam keadaan yang berbeza, supaya penilaian data uji kaji lebih bermakna dan tepat.
tear testuji siat; uji koyakKomunikasi MassaTiadaTiada
tear testuji siat; uji koyakKejuruteraanTiadaTiada
test-retest methodkaedah uji-ulang ujiPsikologiTiadaTiada
test-retest methodkaedah uji dan uji semulaPentadbiranTiadaKaedah menentukan kesahan ujian pemilihan dengan memberi ujian yang sama ada dua kali kepada kumpulan yang sama, dan membuar korelasi keputusan kedua-duanya.
pumping testuji pampaHidrogeologiTiadaUji akuifer yang melibatkan pengukuran luahan air dari perigi pampa dan perubahan hulu yang terhasil di dalam akuifer semasa dan selepas peluahan. Ruj.: Chow 1964 Sin.: uji perigi luah, uji surutan
spray reagentbahan uji semburanHerbaFitokimiaBahan uji yang digunakan dalam analisis kromatografi lapisan nipis untuk mengesahkan kehadiran sesuatu sebatian secara semburan. Ekstrak atau pecahan sesuatu tumbuhan dibuat profil kromatografi lapisan nipisnya dengan menggunakan pelarut yang sesuai. Bahan uji ini disemburkan kepada kromatografi lapisan nipis yang telah dibuat profilnya dan diperhatikan perubahan warna yang berlaku. Terdapat kromatografi lapisan nipis yang perlu dipanaskan sesudah semburan untuk melihat sebarang perubahan warna. Contoh bahan uji semburan ialah bahan uji Dragendorff untuk mengesan kehadiran alkaloid dan ferik klorida untuk mengesan kehadiran sebatian fenolik (tidak perlu dipanaskan), dan bahan uji Bontrager untuk mengesan kehadiran sebatian kumarin dan antrakuinon (perlu dipanaskan sehingga berlaku perubahan warna).
water testuji airHidrogeologiTiadaUji akuifer pada waktu yang tepat yang melibatkan pemampaan keluar atau penyuntikan air dalam masa yang singkat ke dalam lubang gerudi atau terowong, seperti di antara satu penyumbat dan dasar lubang, atau di antara dua penyumbat. Kadangkala diistilahkan sebagai uji penyumbat atau uji batang gerudi.
12345678910...

Kembali ke atas