Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.jian] | اوجين

Definisi : 1. pemeriksaan utk mengetahui buruk baiknya (keasliannya dll); 2. percubaan utk memeriksa (mengetahui, memastikan, dsb) sesuatu hal dll (dlm bidang sains dll): membuat suatu ~ supaya gas dapat dilihat; 3. peme-riksaan utk mengetahui kebijakan (kecerdikan dll), peperiksaan: apabila dia lulus dlm ~ yg berat itu, barulah dia boleh mengharapkan apa yg dikehendakinya; 4. sesuatu yg dilaku-kan utk mencuba atau menduga kesungguhan (kebenaran, kesetiaan, dll), cubaan: ~ kesetiaan; 5. yg digunakan utk atau ketika menguji; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.jian] | اوجين

Definisi : 1 peperiksaan yg diadakan utk mengetahui kebijakan (kecerdikan dll) seseorang: Dlm ~ itu, banyak juga murid yg gagal. 2 percubaan utk mengetahui sesuatu hal (dlm bidang sains): ~ makmal. 3 pemeriksaan utk mengetahui baik buruknya (tulen tidaknya dll) sesuatu. 4 sesuatu yg dialami utk menguji; dugaan; cubaan. ~ darah analisis sampel darah utk mengetahui atau mengenal pasti sesuatu jenis penyakit: ~ darah terpaksa dilakukan terhadap pesakit itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
uji
Kata Terbitan : menguji, teruji, ujian, pengujian, penguji,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana satukah di antara istilah berikut yang betul,untuk digunakan dalam penulisan kajian tindakan ilmiah: i) ujian pra atau pra ujian ii)ujian pos atau pos ujian Terima kasih.

Frasa yang betul ialah i)praujian ii)  ujian pos 

Istilah05.07.2009
Saya ingin bertanya tentang penggunan istilah: 1. Ujian Lisan 2. Ujian Lisan Bertutur 3. Ujian Lisan Mendengar Adakah istilah 2 dan 3 wujud sedangkan Lisan bermakna bertutur dan mendengar.Lisan bermaksud sesuatu yang diucapkan, frasa Ujian Lisan telah merangkumi maksud bertutur dan pemeriksa mendengar apa yang diucapkan.Tatabahasa17.07.2014
munsyi, ujian memandu atau ujian pemanduan? TKUjian memandu.Lain-lain23.05.2013
Assalamualaikum, Tuan, Dalam sesebuah kajian, antara kaedah yang digunakan iala Ujian Pra dan Ujian Pasca. Apakah pandangan DBP tentang penggunaan frasa Ujian Pra dan Ujian Pasca dari segi binaan morfologi?Ejaan yang betul ialah praujian dan pascaujian. Awalan asing "pra" dan  "pasca" yang digabungkan dengan kata nama am hendaklah dieja bercantum dengan perkataan yang mengikutinya. Contoh lain ialah prasiswazah dan pascasiswazah.Ejaan22.05.2013
Mana satu betul i) pengayaan atau pengkayaan ii) Ujian pemahaman atau ujian kefahaman

i) Yang betul ialah pengayaan

ii) Kedua-duanya boleh digunakan, iaitu ujian pemahaman dan ujian kefahaman yang bermaksud perihal memahami atau apa dan sejauh mana sesuatu itu difahami.

Tatabahasa08.08.2009
Assalamualaikum. Mohon pencerahan tentang penvgunaan ujian prakursus atau ujian praSalam sejahtera,

1.  Ujian prakursus betul penggunaannya yang merujuk kepada ujian awal sebelum kursus bermula.
Awalan pra- ialah awalan produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya

2.  Perkataan yang betul ialah "praujian".

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa17.10.2018
Manakah antara berikut adalah betul? (a) Praujian atau ujian pra? (b) Pascaujian atau ujian pasca? Banyak tesis masih menggunakan ujian pra dan ujian pasca walaupun DBP menggunakan praujian dan pascaujian.Yang betul ialah praujian dan pascaujian.Tatabahasa14.10.2010
zul membuat ujianujian apa?Lain-lain27.07.2011
Asalamulaikum Kad Temu Janji Kes Kecemasan Surat Pencen Kad Majikan No Giliran Kad Rawatan Pesakit Borang Ujian Klinikal Ujian Klinikal perkataan diatas nama Am atau nama khas

Saudara Norliza,

Perkataan di atas merupakan kata nama am. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut tentang perkara ini.

Tatabahasa03.08.2009
UJIANSelesai UJIAN BSMMakna25.02.2022
12345678910...

Kembali ke atas