Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.jian] | اوجين

Definisi : 1. pemeriksaan utk mengetahui buruk baiknya (keasliannya dll); 2. percubaan utk memeriksa (mengetahui, memastikan, dsb) sesuatu hal dll (dlm bidang sains dll): membuat suatu ~ supaya gas dapat dilihat; 3. peme-riksaan utk mengetahui kebijakan (kecerdikan dll), peperiksaan: apabila dia lulus dlm ~ yg berat itu, barulah dia boleh mengharapkan apa yg dikehendakinya; 4. sesuatu yg dilaku-kan utk mencuba atau menduga kesungguhan (kebenaran, kesetiaan, dll), cubaan: ~ kesetiaan; 5. yg digunakan utk atau ketika menguji; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.jian] | اوجين

Definisi : 1 peperiksaan yg diadakan utk mengetahui kebijakan (kecerdikan dll) seseorang: Dlm ~ itu, banyak juga murid yg gagal. 2 percubaan utk mengetahui sesuatu hal (dlm bidang sains): ~ makmal. 3 pemeriksaan utk mengetahui baik buruknya (tulen tidaknya dll) sesuatu. 4 sesuatu yg dialami utk menguji; dugaan; cubaan. ~ darah analisis sampel darah utk mengetahui atau mengenal pasti sesuatu jenis penyakit: ~ darah terpaksa dilakukan terhadap pesakit itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
uji
Kata Terbitan : menguji, teruji, ujian, pengujian, penguji,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
ujian pranatalprenatal testingUjian semasa mengandung yang terdiri daripada ujian rutin, ujian saringan dan ujian diagnosis.Menengah Atas
ujian iodiniodine testUjian untuk mengesan kehadiran kanji. Ujian dilakukan dengan mencampurkan satu atau dua titik larutan iodin ke dalam sampel yang akan diuji. Pembentukan warna biru tua menunjukkan kehadiran kanji dalam sampel tersebut.Menengah Rendah
ujian MillonMillon’s testUjian untuk menguji kehadiran protein. Mendakan putih terbentuk apabila protein ditambahkan dengan reagen Millon. Kemudian, mendakan putih bertukar menjadi merah bata apabila campuran dipanaskan.Menengah Rendah
ujian BenedictBenedict’s testUjian untuk mengesan kehadiran gula penurunan seperti glukosa, fruktosa dan maltosa. Mendakan merah bata terbentuk apabila larutan yang mengandungi gula penurunan dipanaskan bersama larutan Benedict.Menengah Rendah
eksperimenexperimentUjian atau penyelidikan yang dijalankan untuk membuktikan sesuatu hipotesis.Sekolah Rendah

Kembali ke atas