Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.jian] | اوجين

Definisi : 1. pemeriksaan utk mengetahui buruk baiknya (keasliannya dll); 2. percubaan utk memeriksa (mengetahui, memastikan, dsb) sesuatu hal dll (dlm bidang sains dll): membuat suatu ~ supaya gas dapat dilihat; 3. peme-riksaan utk mengetahui kebijakan (kecerdikan dll), peperiksaan: apabila dia lulus dlm ~ yg berat itu, barulah dia boleh mengharapkan apa yg dikehendakinya; 4. sesuatu yg dilaku-kan utk mencuba atau menduga kesungguhan (kebenaran, kesetiaan, dll), cubaan: ~ kesetiaan; 5. yg digunakan utk atau ketika menguji; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.jian] | اوجين

Definisi : 1 peperiksaan yg diadakan utk mengetahui kebijakan (kecerdikan dll) seseorang: Dlm ~ itu, banyak juga murid yg gagal. 2 percubaan utk mengetahui sesuatu hal (dlm bidang sains): ~ makmal. 3 pemeriksaan utk mengetahui baik buruknya (tulen tidaknya dll) sesuatu. 4 sesuatu yg dialami utk menguji; dugaan; cubaan. ~ darah analisis sampel darah utk mengetahui atau mengenal pasti sesuatu jenis penyakit: ~ darah terpaksa dilakukan terhadap pesakit itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
uji
Kata Terbitan : menguji, teruji, ujian, pengujian, penguji,


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
Student Newman Keul's test (SNK test)uji Student Newman Keul (ujian SNK)ujian Student Newman Keul (ujian SNK)ujian Student Newman Keul (ujian SNK)Biologi
achievement testtest hasil belajarujian pencapaianujian prestasi; ujian pencapaianPendidikan
live testingujian sesinarnyaujian sebenarujian sebenarAeroangkasa
regression testingujian regresiujian regresiujian regresiTeknologi Maklumat
lifting testingujian angkatujian mengaangkatujian mengangkatPerubatan
aptitude testujian kecerdasanujian kecerdasanujian kebolehan/kecerdasanSains Politik
achievement testsuji/ujian prestasiujian prestasiujian prestasiSosiologi
test patternpola ujianpola ujianpola ujianKomunikasi Massa
trimethylamine (TMA) testujian trimetilaminujian trimetilaminujian trimethyleminPerikanan
aircraft material testingujian bahan pesawatujian bahan pesawatujian bahan pesawatKejuruteraan Kapal Terbang
12345678910...

Kembali ke atas