daun ulam raja | daun ulam raja | Kesenian | Tiada | Motif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk daun ulam raja. |
antioxidant | antioksidan | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang digunakan untuk menambah atau mencegah molekul dalam badan daripada teroksida. Contohnya, daun cekur (Kaempferia galanga), ulam raja (Cosmos caudatus) dan pelbagai jenis buah limau yang bersifat antioksidan. |
flavonol | flavonol | Herba | Fitokimia | Sebatian flavon yang mempunyai kumpulan hidroksi pada C-3. Contohnya, kaempferol dalam pokok sambung nyawa (Gynura procumbens) dan kuersetin dalam pokok ulam raja (Cosmos caudatus). |
rhamnoside | ramnosida | Herba | Fitokimia | Sebatian glikosida yang mengandungi sekurang-kurangnya satu unit gula ramnosa. Contoh sebatian ini ialah kuersetin ramnosida, bahan antioksida yang terdapat dalam daun ulam raja (Cosmos caudatus). |
aurone | auron | Herba | Fitokimia | Sebatian flavonoid yang dicirikan dengan unit benzilidin yang terikat kepada C-2 unit benzo-3-furanon. Contoh sebatian ini ialah sulfuratin seperti dalam pokok ulam raja berbunga kuning (Cosmos sulphureus). |
Fresh vegetable | Ulaman | Pertanian | Tiada | Merujuk kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah bersama hidangan utama dan biasanya dimakan bersama sambal belacan. Ulaman juga mempunyai khasihat untuk kesihatan badan dan melindungi daripada penyakit. Contoh ulaman ialah pegaga, ulam raja, selom, ubi kayu, cekur, putat dan sebagainya. |