Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) hari jadi (lahir); b) hari perayaan (tiap-tiap tahun) utk menyam-but kemerdekaan negara (sesuatu peristiwa penting); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ulang (kata kerja)
Bersinonim dengan sekali lagi, lagi sekali, melakukan kembali;,
Kata Terbitan : berulang, berulang-ulang, mengulang, ulangan, ulang alik, berulang alik,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
PENGGUNAAN PERKATAAN HARI. PADA AYAT HARI ULANG TAHUN SAMBUTAN KEMERDEKAAN. ATAU HARI ULANG TAHUN BANDAR RAYA JITRA @ PENGUNAAN HARI INTU XPERLU. MOHON PANDANGANAyat yang betul ialah Ulang tahun sambutan kemerdekaan dan Ulang tahun bandar raya Jitra. Perkataan hari tidak perlu kerana ulang tahun sudah bermaksud hari jadi atau hari lahir dan hari perayaan bagi sesuatu peristiwa penting yang disambut setiap tahun seperti kemerdekaan negara.Tatabahasa07.10.2021
Ulang Tahun ke-40 atau ulang tahun ke 40 ?Sekiranya frasa ini sebagai tajuk, maka cara penulisan yang betul, contohnya Ulang Tahun Syarikat ABC ke-40, sekiranya dalam ayat cara penulisan yang betul ialah Syarikat ABC akan meraikan ulang tahun ke-40 pada 4 Jun 2014.Tatabahasa03.06.2014
PENGUNAAN PERKATAAN HARI DALAM AYAT SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN BANDAR RAYA JITRA KE 34 ATAU HANYA SAMBUTAN ULANG TAHUN BANDAR RAYA JITRA KE 34. MANA SATU PERKATAAN YANG BETUL?Ayat yang betul ialah Sambutan ulang tahun bandar raya Jitra ke-34.  Perkataan hari tidak perlu kerana ulang tahun sudah bermaksud hari jadi atau hari lahir dan hari perayaan bagi sesuatu peristiwa penting yang disambut setiap tahun seperti kemerdekaan negara.Tatabahasa07.10.2021
Terdapat kekeliruan dalam penggunaan kata sambutan ulang tahun kelahiran dan sambutan hari jadi. Dalam konteks bahasa Melayu, penggunaan kata manakah lebih tepat dan menujurus kepada maksud mengadakan majlis sempena ulang tahun seseorang itu lahir.Frasa ulang tahun kelahiran dan sambutan hari jadi hari boleh digunakan kerana kedua-dua frasa ini bermaksud memperingati lahirnya seseorang.Istilah19.08.2009
Assalamualaikum DBP. Saya ingin kepastian adakah wujud istilah Jubli Baiduri yang merujuk kepada sambutan ulang tahun ke 15?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, "jubli" bermaksud perayaan untuk memperingati ulang tahun sesuatu peristiwa (hari perkahwinan, hari pertabalan raja dan lain-lain). Berdasarkan sumber rujukan kami, hanya tiga "jubli" yang ditemui iaitu "jubli perak" (perayaan memperingati ulang tahun yang kedua puluh lima), "jubli emas" (perayaan memperingati ulang tahun yang kelima puluh), dan "jubli intan" (perayaan mem­peringati ulang tahun yang keenam puluh.) Tidak ada maklumat tentang "jubli baiduri".


Makna22.02.2022
ulang tahun atau ulangtahunulang tahunEjaan15.10.2014
Tuan DBP, hanya nak ucapkan Selamat Ulang Tahun 65Salam sejahtera Darren,

Ucapan Ulang Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka ke-65

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sehubungan dengan itu, warga kerja Dewan Bahasa dan Pustaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak tuan atas ucapan yang diberikan. Teruskanlah menyokong usaha Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memartabatkan bahasa kebangsaan."Bahasa Jiwa Bangsa". 

Sekian, terima kasih.
Lain-lain19.06.2021
Penggunaan perkataan yang betul sebagai tajuk yang mana tidak dieja tulisan besar sepenuhnya. 1. Sambutan Hari Ulang Tahun Kor yang ke-61 atau Sambutan Hari Ulang Tahun Kor yang Ke-61. 2. Kajian Bidang Elektronik Sebagai Asas dalam Kursus di Pusat Latihan atau Kajian Bidang Elektronik Sebagai Asas Dalam Kursus di Pusat LatihanEjaan yang betul:

1. Sambutan Hari Ulang Tahun Kor yang Ke-61
2. Kajian Bidang Elektronik Sebagai Asas dalam Kursus di Pusat Latihan
Ejaan20.09.2018
(Sempena) dengan (ulang tahun) kelahiran ibu kami yang ke-50, (suatu) majlis kesyukuran akan diadakan pada malam ini. kesalahan bahasa adalah di dalam kurungan. saya berpendapat sempena adalah salah. sesuaikah diganti dengan perkataan (selaras)?Bersempena dengan ulang tahun kelahiran ibu kami yang ke-50, suatu majlis kesyukuran akan diadakan pada malam ini. Kata sempena lebih tepat dibandingkan dengan penggunaan kata selaras. Bersempena bermaksud mengambil berkat daripada.Tatabahasa01.08.2008
Saya ingin bertanyakan tentang penggunaan istilah 'ke-' sebagaimana contoh Hari Sambutan Ulang Tahun Ke-53. Adakah penggunaannya menggunakan 'Ke-53' atau 'ke-53'? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah "Sambutan Ulang Tahun ABC ke-53".Ejaan31.03.2015
123456

Kembali ke atas