Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.la.ngan] | اولڠن

Definisi : 1. sesuatu yg dilakukan lagi, sesuatu yg berlaku berkali-kali, sesuatu yg diulang (diulangi): dlm bait syair ini, penyair mem- buat permainan suara yg berupa ~ suara ‘ut’; 2. Id sj ujian utk mengetahui sejauh mana murid-murid dapat mengikuti pelajaran yg sudah-sudah; ~ umum ujian bkn semua mata pelajaran; 3. perbuatan datang lagi kpd, perbuatan mengulangi: dia terus-menerus juga mengulangi gadis itu dan setiap ~nya mendapat sambutan yg memuaskan; 4. yg diulangi, yg dilakukan (disiarkan dll) utk kali keduanya dan seterusnya: latihan ~; siaran ~ Puspawarna; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.la.ngan] | اولڠن

Definisi : sesuatu yg dilakukan sekali lagi; sesuatu yg diulang: Drama itu ialah siaran ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ulang (kata kerja)
Bersinonim dengan sekali lagi, lagi sekali, melakukan kembali;,
Kata Terbitan : berulang, berulang-ulang, mengulang, ulangan, ulang alik, berulang alik,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RITMA

Ritma ialah ulangan tetap pada rentak, aksen,

atau turun naik dalam tarian, muzik, dan bahasa.

Perkataan ini berasal daripada perkataan Yunani

rhythmos , bermakna pergerakan berukur .

UMUM 
KEGAGAPAN

Kegagapan yang juga dikenali sebagai gagap

ialah suatu bentuk pertuturan yang bersifat

ulangan bunyi atau suku kata dengan cara

mengeluarkan bunyi yang panjang, teragak-agak

atau dengan sekatan kata-kata yang lengkap

apabila tidak ada bunyi dikeluarkan.

UMUM 
RANGKAP BEBAS

Rangkap bebas ialah gaya puisi yang tidak

mengikuti peraturan tradisional mengarang puisi.

Dalam penulisan rangkap bebas, penyair

mengelakkan unsur-unsur tertentu seperti pola

irama atau ritma. Sebaliknya, penyair membezakan

panjang sesuatu rangkap, dan menggunakan

bilangan suku kata luar biasa dalam rangkap, dan

menggunakan tempat berhenti yang ganjil di

penghujung setiap rangkap. Mereka juga

menggunakan pelat dan ritma yang tidak sama dan

skima ritma yang tidak selaras. Tetapi rangkap

bebas tidak bebas daripada semua bentuk. Ia tetap

menggunakan teknik asas puisi sebagai aliterasi

dan ulangan.

UMUM 
SCARLATTI, DOMENICO

Scarlatti, Domenico (1685–1757), penggubah

Itali. Dia menjadi masyhur kerana sonatanya untuk

alat keyboard awal yang dikenali sebagai

hapsikord. Scarlatti menggubah hampir 550 sonata

hapsikord. Dia juga menulis opera, kantata,

konserto, dan fiug. Scarlatti sangat mempengaruhi

permainan keyboard yang terkemudian.

Gubahannya mungkin yang pertama memenuhi

teknik yang masih digunakan kini. Teknik ini

termasuk penyilangan tangan dengan kerap,

arpeggio (turutan pantas not dalam kord), dan

ulangan not dengan cepat.

UMUM 

Kembali ke atas