Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.lat] | اولت

Definisi : 1. sj binatang kecil yg umumnya lembut dan banyak kakinya (akan menjelma menjadi kepompong dan seterusnya kupu-kupu); 2. segala macam anak serangga yg masih lembut badannya (spt berenga, lundi, dll); macam ~ ki terlalu banyak (bkn orang yg berhimpun di sesuatu tempat dsb); 3. (Komp) sj atur cara yg memadamkan data drpd ingatan komputer secara perlahan-lahan; ~ bulu a) ulat yg berbulu badannya; b) orang (lelaki) yg gatal; ~ bulu laut sj ulat yg diguna-kan utk racun, Chloeria flava; ~ daun sj ulat yg memakan daun-daunan; ~ gading = ~ layar sj ulat yg merosakkan batang padi; ~ kecar lotong sj ulat, Atopos maximus; ~ ratus sj ulat yg memakan daun dan batang padi, Spodoptera spp.; ~ sutera sj ulat yg mengeluar-kan benang utk dijadikan sutera, Bombyx mori; bagai ~ nangka terhempas ke batu prb orang yg jahat itu tidak berasa serik oleh kesusahan drpd kejahatannya; bagai melihat ~ prb sangat benci (meluat) melihat sesuatu; korek lubang ~ prb sengaja mencari perselisihan; menggeletik-geletik bagai ~ nangka = menggeletik-geletik bagai ~ cempedak = terloncat-loncat bagai ~ pinang prb a) orang yg gelisah; b) perangai yg tidak tetap dan tidak sungguh ketika duduk (berjalan); c) anak gadis yg lincah perangainya; berulat ada ulat(nya), buruk (rosak) kerana dimakan ulat: buah yg manis itu acapkali ~; ~ mata melihat prb sangat benci atau meluat melihat sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.lat] | اولت

Definisi : ® ulet. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.lat] | اولت

Definisi : berbagai-bagai jenis binatang kecil yg banyak kakinya serta lembut badannya dan akan menjelma menjadi kupu-kupu; berbagai-bagai jenis anak serangga yg masih lembut badannya (spt berenga, lundi). ~ bulu ulat yg berbulu badannya. ~ daun ulat yg suka memakan daun. ~ gonggok ulat spt lipan tetapi banyak kakinya dan mudah bergelung jika disentuh, Trigoniulus lumbricinus. ~ inti daun ulat halus yg memakan tisu daun dan menyebabkan daun menjadi bertompok-tompok perang. ~ sutera ulat yg mengeluarkan benang utk dijadikan sutera, Bombyx mori. ~ tanah ulat spt cacing yg berwarna kelabu kehitam-hitaman dan kelihatan spt berlilin (sering merosakkan tanam-tanaman). berulat busuk atau buruk kerana terdapat ulat di dlmnya (bkn buah-buahan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ulat (kata nama)
Bersinonim dengan berengga, olong-olong, larva, beluncas, ulat bulu;,
Kata Terbitan : berulat,

Puisi
 

Sakit gigi dimakan ulat,
     Tinggal sebatang dua batang;
Tuan benci aku meluat,
     Tuan kasih aku sayang.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Ulat dalam batu pun hidup juga.

Bermaksud :

Orang yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ayat yang betul untuk pergerakan ulat. Contoh Ulat bergerak seperti jari tangan menjengkal. Adakah ini benar?Jikalau salah, apakah pergerakan ulat bulu yang benar?Kami mencadangkan perkataan yang sesuai untuk pergerakan ulat bulu ialah merayap.Lain-lain27.10.2021
Yang manakah betul "seperti ulat lupakan daun atau seperti ulat lupa akan daun"? Kami DBP tulis seperti ulat lupakan daun tetapi cikgu kata seperti ulat lupa akan daun.Kedua-duanya boleh digunakan.
"Seperti ulat lupakan daun" ialah  sebutan mengikut peribahasa yang ditinggalkan sejak turun-temurun dalam bentuk lisan. "Seperti ulat lupa akan daun" disebut oleh guru mengikut tatabahasa yang betul.  Perkataan "kan" pada "lupakan" itu bermaksud "akan" 
Sastera05.09.2016
Seorang 'ulat bilik' berusia 31 tahun nyaris maut selepas ditikam oleh sekumpulan lelaki kerana cuba memonopoli semua bilik sebuah hotel di pusat peranginan Genting Highlands semalam. - Mstar online Apakah maksud 'ulat bilik' ? Terima kasih.Contoh penggunaan kata ulat yang  selalu digunakan dalam frasa ialah ulat buku yang bermaksud seseorang yang sangat rajin membaca buku. Manakala bagi contoh yang membawa maksud negatif ialah seseorang yang menjalankan kegiatan tidak mengikut peraturan yang betul seperti ulat teksi. Dalam contoh ayat yang diberikan, gambaran  ulat bilik  tidak ada dalam rujukan kami. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mendapatkan maklumat lanjut.Makna03.09.2009
Etimologi istilah beluncas yang mengganti istilah ulat bulu.Beluncas tidak menggantikan ulat buluBeluncas ialah sejenis ulat bulu yang suka memakan daun-daun kayu; larva serangga. Ulat bulu ialah ulat yang berbulu badannya.Istilah20.10.2018
Apakah yang dimaksudkan dengan gendang besar dan ulat naik daun? Adakah kedua-duanya merupakan simpulan bahasa?"Gendang besar" ialah frasa nama yang bermaksud gendang yang besar. Ungkapan "ulat naik daun" tidak ada dalam sumber rujukan kami. dan tidak ada juga dalam senarai peribahasa. Untuk maklumat lanjut lihat ulat+&d=11">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ulat+&d=11 dan klik Kamus dan Istilah serta Peribahasa.Makna19.06.2012
apakah maksud umpama ulat dalam batu?Peribahasa yang betul ialah Ulat dalam batu pun Hidup Juga, bermaksud orang yang rajin berusaha tidakakan mati kelaparan.Makna23.06.2008
Kain sutera itu diperbuat daripada ulat sutera atau Kain sutera itu diperbuat dari ulat sutera, mana satu betul ?Ayat yang betul ialah "Kain sutera itu diperbuat daripada sutera"Tatabahasa25.03.2023
Selamat pagi. apakah maksud peribahasa ulat makan daun ? Terima kasih.Peribahasa seperti ulat lupakan daun bermakna, orang yang tidak menghargai jasa atau pertolongan orang lain.Makna13.05.2005
Salam sejahtera, Adakah nama bagi teknik-teknik seni sulaman contohnya Bullion, French knot dan Lazy daisy perlu ditulis dengan huruf besar? Contoh ayat, Sulaman bunga lavender menggunakan teknik French knot / french knot.Nama  teknik sulaman haruslah menggunakan huruf kecil kecualai "French knot" kerana "French" ialah nama negeri.  Terdapat  istilah dalam bahasa Melayu untuk teknik sulaman ini jika puan ingin menulisnya dalam bahasa Melayu.
French knot  = simpul Perancis
lazy daisy  =  jahit bunga padi
bullion  =  jahit ulat-ulat
Ejaan21.09.2017
Salam Sejahtera, Wujudkah peribahasa "ulat bulu naik daun" atau ia merupakan bahasa percakapan sahaja? Jika wujud mohon jelaskan maskudnya. Terima kasih.Frasa tersebut tidak wujud dalam peribahasa bahasa Melayu.Tatabahasa14.09.2012
12

Kembali ke atas