Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.lat] | اولت

Definisi : 1. sj binatang kecil yg umumnya lembut dan banyak kakinya (akan menjelma menjadi kepompong dan seterusnya kupu-kupu); 2. segala macam anak serangga yg masih lembut badannya (spt berenga, lundi, dll); macam ~ ki terlalu banyak (bkn orang yg berhimpun di sesuatu tempat dsb); 3. (Komp) sj atur cara yg memadamkan data drpd ingatan komputer secara perlahan-lahan; ~ bulu a) ulat yg berbulu badannya; b) orang (lelaki) yg gatal; ~ bulu laut sj ulat yg diguna-kan utk racun, Chloeria flava; ~ daun sj ulat yg memakan daun-daunan; ~ gading = ~ layar sj ulat yg merosakkan batang padi; ~ kecar lotong sj ulat, Atopos maximus; ~ ratus sj ulat yg memakan daun dan batang padi, Spodoptera spp.; ~ sutera sj ulat yg mengeluar-kan benang utk dijadikan sutera, Bombyx mori; bagai ~ nangka terhempas ke batu prb orang yg jahat itu tidak berasa serik oleh kesusahan drpd kejahatannya; bagai melihat ~ prb sangat benci (meluat) melihat sesuatu; korek lubang ~ prb sengaja mencari perselisihan; menggeletik-geletik bagai ~ nangka = menggeletik-geletik bagai ~ cempedak = terloncat-loncat bagai ~ pinang prb a) orang yg gelisah; b) perangai yg tidak tetap dan tidak sungguh ketika duduk (berjalan); c) anak gadis yg lincah perangainya; berulat ada ulat(nya), buruk (rosak) kerana dimakan ulat: buah yg manis itu acapkali ~; ~ mata melihat prb sangat benci atau meluat melihat sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.lat] | اولت

Definisi : ® ulet. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.lat] | اولت

Definisi : berbagai-bagai jenis binatang kecil yg banyak kakinya serta lembut badannya dan akan menjelma menjadi kupu-kupu; berbagai-bagai jenis anak serangga yg masih lembut badannya (spt berenga, lundi). ~ bulu ulat yg berbulu badannya. ~ daun ulat yg suka memakan daun. ~ gonggok ulat spt lipan tetapi banyak kakinya dan mudah bergelung jika disentuh, Trigoniulus lumbricinus. ~ inti daun ulat halus yg memakan tisu daun dan menyebabkan daun menjadi bertompok-tompok perang. ~ sutera ulat yg mengeluarkan benang utk dijadikan sutera, Bombyx mori. ~ tanah ulat spt cacing yg berwarna kelabu kehitam-hitaman dan kelihatan spt berlilin (sering merosakkan tanam-tanaman). berulat busuk atau buruk kerana terdapat ulat di dlmnya (bkn buah-buahan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ulat (kata nama)
Bersinonim dengan berengga, olong-olong, larva, beluncas, ulat bulu;,
Kata Terbitan : berulat,

Puisi
 

Sakit gigi dimakan ulat,
     Tinggal sebatang dua batang;
Tuan benci aku meluat,
     Tuan kasih aku sayang.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Ulat dalam batu pun hidup juga.

Bermaksud :

Orang yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Ulat buku, bukan ulat bulu!Nazmi YaakubBerita Harian07.05.2009
UlatA Rahman CMBerita Harian01.11.2008
Ulat sastera dalam batang pokok rimbunA. Ghani AbdullahHarian Nasional08.07.1984
Ulat buku pun boleh kecundangTiadaUtusan Malaysia23.05.1996
Ulat buku belum jadi kenyataanIhsan NoorzaliBerita Harian21.08.1997
'Ulat buku' dan 'lebai kecil'Siti Rohayah AttanUtusan Malaysia23.12.1994
Ulat Dalam TebuKamaludin Mohd TahirMingguan Malaysia12.06.2005
Ulat buku serbu PWTCZaitie SatibiHarian Metro25.04.2005
Ulat buku gembira rebat RM500Jaafar Abdul RahimUtusan Malaysia31.10.2000
Ribuan 'ulat buku' ke pestaTiadaBerita Harian28.04.2007
12

Kembali ke atas