Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ulat (kata nama)
Bersinonim dengan berengga, olong-olong, larva, beluncas, ulat bulu;,
Kata Terbitan : berulat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Seorang 'ulat bilik' berusia 31 tahun nyaris maut selepas ditikam oleh sekumpulan lelaki kerana cuba memonopoli semua bilik sebuah hotel di pusat peranginan Genting Highlands semalam. - Mstar online Apakah maksud 'ulat bilik' ? Terima kasih.Contoh penggunaan kata ulat yang  selalu digunakan dalam frasa ialah ulat buku yang bermaksud seseorang yang sangat rajin membaca buku. Manakala bagi contoh yang membawa maksud negatif ialah seseorang yang menjalankan kegiatan tidak mengikut peraturan yang betul seperti ulat teksi. Dalam contoh ayat yang diberikan, gambaran  ulat bilik  tidak ada dalam rujukan kami. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mendapatkan maklumat lanjut.Makna03.09.2009
1. Pekebun menyemburkan ubat serangga (pada , kepada , di ) sayur-sayuran. 2. Saya menangkap ulat yang ( pada , di ) sayur-sayuran. Apakah kata sendi nama yang betul dalam kedua-dua ayat ini ? Terima kasih.1. pada 2. ada pada. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 274. Tatabahasa26.10.2010
Berikut adalah bahan bacaan untuk kanak-kanak. Sila semak ejaan dan penggunaan bahasa sesuai atau tidak. *Ini raga. *Ini raga Rafi. *Raga Rafi ada tali. *Di dalam raga ada ubi. *Rafi beri ibu lima ubi. *Ibu cuci ubi. *Aaaa... ubi itu ada ulat! *Itu nuri. *Itu nuri Zul. *Zul ada dua nuri. *Nama nuri ini Lili. *Nama nuri itu Lulu. *Lili suka ciku. *Lulu suka nasi. *Zul suka Lili dan Lulu.Jika saudara sedang membuat buku kanak-kanak atau seumpamanya, mohon rujuk Kamus Dewan dan juga buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan lebih perincian kerana pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan penyuntingan karya, kecuali saudara menghantar karya untuk diterbitkan di DBP.Lain-lain27.12.2016

Kembali ke atas