Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ul.tra] | اولترا-

Definisi : awalan asing teramat sangat, keterlalu-an, terlampau, berlebih-lebihan, mis ultra-konservatif dan ultramoden. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ul.tra] | اولترا-

Definisi : (awalan yg bererti) teramat sangat; keterlaluan; berlebih-lebihan, mis ultra- moden. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ultra-


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Apa yang dimaksudkan dengan 'ultra vires'? Contoh yang boleh di ambil mengenai 'ultra vires' di Malaysia pada peringkat kerajaan tempatan iaitu pihak berkuasa tempatan ialah..... Terima Kasih.

Saudara Luqman,

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksudnya ialah  melampaui atau di luar kuasa atau autoriti yg sah seseorang, sesebuah badan dsb: sebaliknya, jika pihak berkuasa bertindak secara melangkaui kekuasaan atau ~, maka pihak yg terjejas akan mendapat penghakiman yg sewajarnya. Untuk mendapatkan contoh atau keterangan lanjut dari segi penggunaannya dalam konteks kerajaan tempatan, saudara bolehlah menghububgi pihak berkuasa tempatan di tempat  saudara atau merujuk makalah undang-undang tentang perkara ini.   

Makna23.07.2009
Salam, bagaimana mahu terjemah ayat ini? Nikon ultra-wide PC Nikkor 19mm f/4E ED tilt-shift lens Terima kasih.DBP tidak mempunyai istilah bahasa Melayu yang khusus untuk perkataan yang diberikan. Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "Nikon ultra-wide PC Nikkor 19mm f/4E ED tilt-shift lens ialah Lensa ultraluas PC Nikkkor 19mm f/condong-anjak 4E ED Nikon.Istilah04.11.2016
Apakah terjemahan bagi "Ultrasound-aided batter mixing"?Untuk makluman, tidak ada istilah khusus untuk ultra-sound aided batter mixing. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu untuk istilah batter mixing ialah pengadunan bater, ultrasound ialah ultrabunyi dan aided ialah berbantukan atau terbantu. Oleh itu, cadangan istilah bahasa Melayu ialah pengadunan bater berbantukan ultrabunyi.Istilah04.07.2011
Ramo Omran Sep 3rd, 8:08pm kebanyakan setesen radio tempatan bebas x amalkan budaya daulatan bahasa melayu . contoh siaran lagu Inggeris cecah 50%. kadang menyedihkan. contoh : ultra, thr...suria..tolong pekenalkan lagu2 melayu kepada penghuni negara ini. kan dah ada siaran bahasa Inggeris, tamil, mandrin,......bahasa melayunya diNodanya.Kami ambil maklum pandangan tuan. Untuk makluman, kandungan siaran radio termaktub di bawah peraturan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). DBP sentiasa bekerjasama dengan SKMM demi menambah baik mutu siaran radio tempatan dalam lingkungan undang-undang/peraturan yang berkuat kuasa.Lain-lain03.09.2015

Kembali ke atas