Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.lung] | اولوڠ

Definisi : bp sulung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.lung] | اولوڠ

Definisi : 1. (yg) telah lama melakukan sesuatu (pekerjaan dll), telah lama berkhidmat (ber-bakti): Allahyarham Tun Razak negarawan ~; 2. = terulung banyak pengalamannya, cekap, mahir, pandai, terbaik: beliau seorang tokoh kebangsaan yg ~, anak Melayu yg disegani, dan disanjung tinggi; projek ini ada-lah langkah ~ yg amat membanggakan; 3. cerdik lagi sangat licin (bkn pencuri dll), banyak tipu muslihatnya, pintar: beliau dianggap sbg ejen mereka yg ~ dan dipercayai sepenuh-nya dapat melaksanakan tugas yg diper-tanggungjawabkan; keulungan perihal ulung, kebijaksanaan, kecerdikan, kepintaran: ~nya terletak pd ke-tajaman penanya dlm berpolemik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.lung] | اولوڠ

Definisi : 1 telah lama berkecimpung dlm sesuatu bidang (pekerjaan dll). 2 berpengalaman; cekap; terbaik: Beliaulah pejuang kemerdekaan Melayu yg ~. 3 banyak tipu muslihatnya; licin (bkn pencuri, penjahat dll). 4 mula-mula sekali; sulung: akar ~; tunas ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ulung
Kata Terbitan : terulung, keulungan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
METCHNIKOFF, ELIE

Metchnikoff, Elie (1845–1916) ialah pakar

biologi ulung Rusia. Dia melakukan kajian penting

terhadap fungsi fagosit. Fagosit ialah sel darah

putih yang menyerang kuman. Para doktor pada

awalnya menentang teori berkenaan fagosit, tetapi

idea Metchnikoff ini secara amnya diterima umum

sebelum kematiannya. Metchnikoff berkongsi

Hadiah Nobel tahun 1908 untuk bidang perubatan.

UMUM 
REYNOLDS, SIR JOSHUA

Reynolds, Sir Joshua (1723–1792), pelukis

potret Inggeris yang ulung. Potret lukisan Reynolds

menunjukkan kemahirannya menghidupkan subjek

dan juga kefahaman yang mendalam tentang sifat

dan tabiat manusia. Antara karya Reynolds

termasuklah potret Hon. Augustus Keppel (1754),

William Robertsen (1772), dan Sarah Siddons as the

Tragic Muse (1784). Reynolds menulis 15 esei

tentang pendidikan seni yang dikenali sebagai

Discourses yang menekankan kepentingan

kehebatan kesenian dan keperluan menjalankan

latihan akademik yang tegar.

UMUM 
MUSSORGSKY, MODEST

Mussorgsky, Modest (1839–1881) ialah salah

seorang komposer Rusia yang ulung dalam

sejarah. Opera yang bertenaga Boris Godunov

(1874) merupakan gubahan yang paling baik. Opera

ini berasaskan kehidupan tsar, mencerminkan

tarikan minat kepada tema tentang Rusia yang

dalam hampir kesemua muzik Mussorgsky.

UMUM 
DIDEROT, DENNIS

Diderot, Dennis (1713–1784) ialah ahli falsafah

Perancis yang ulung dalam gerakan intelektual

yang dikenali sebagai Zaman Ketaakulan. Karyanya

melampaui bidang falsafah dan termasuklah

bidang cereka, drama, seni dan kritikan sastera.

UMUM 
TIFFANY, LOUIS COMFORT

Tiffany, Louis Comfort (1848–1933) ialah pereka

bentuk kaca berwarna yang ulung pada akhir tahun

1800-an dan awal tahun 1900-an. Dia merupakan

tokoh penting Amerika dalam penciptaan gaya seni

antarabangsa yang dikenal sebagai art nouveau .

Gaya ini berkembang dari tahun 1890-an hingga

lebih kurang tahun 1910 (lihat Art nouvean ).

Tiffany lahir di New York City. Bapanya, Charles

Lewis Tiffany, memulakan perniagaan barang kemas

yang terkenal. Tiffany memulakan kerjayanya

sebagai pelukis, tetapi kemudian meminati seni

hiasan, terutama kaca berwarna. Pada tahun 1879,

dia menubuhkan syarikat perkongsian dengan

beberapa pelukis moden. Syarikat ini mengkhusus

kepada reka bentuk dan hiasan dalaman sezaman.

Pada tahun 1880, Tiffany memohon paten untuk kaca

berwarna yang iridesen – iaitu yang bertukar warna

jika dilihat dari sudut berlainan. Pada tahun 1885, dia

memulakan syarikat kacanya sendiri. Pada tahun

1894, dia mendaftarkan nama Favrile untuk hasil

kerja kaca iridesen buatan tangannya.

Lihat juga Kaca (gambar; Tingkap kaca berwarna).

UMUM 
SUBBULAKSHMI, M.S.

Subbulakshmi, M.S. (1916–2004) ialah penyanyi

muzik klasik India yang ulung. Dia memperkenalkan

muzik India Selatan ke India Utara dan kemudian ke

Eropah dan Amerika Syarikat.

UMUM 
REINER, FRITZ

Reiner, Fritz (1888–1963) ialah salah seorang

pemimpin orkestra simfoni dan opera yang ulung

pada zamannya. Dia dikenali kerana keistimewaan

persembahan muziknya, hasil gubahan komposer

Eropah Tengah. Orkestra yang dilatih oleh Reiner

menjadi masyhur kerana mutu persembahannya.

UMUM 
MARKOVA, DAME ALICIA

Markova, Dame Alicia ( 1910–2004), dianggap

sebagai penari balet Inggeris pertama yang ulung.

Semasa berumur 14 tahun, dia menyertai Sergei

Diaghilev’s Ballets Russes dan menjadi penari solo.

UMUM 
SUBKIY, TAJ AL-DIN AL-

Subkiy, Taj al-Din al- (727–771 H. / 1327–1370

M.), ahli sejarah yang ulung, yang sangat mahir

dalam ilmu fiqh dan usul fiqh al-Syafi’i. Nama

penuhnya ialah ‘Abd al-Wahab ibn Ali ibn ‘Abd al-

Kafiy al-Subkiy. Al-Subkiy diambil sempena nama

Subuk, iaitu salah sebuah perkampungan dalam

wilayah al-Manufiah di Mesir. Al-Subkiy juga adalah

saudara kandung Baha al-Din. Di digelar sebagai

Ketua Kadi Taj al-Din. Al-Subkiy lahir di Kaherah dan

menuntut ilmu daripada alim ulama di sana.

Kemudian, dia mengembara ke Damsyik bersama

ayahnya. Di Damsyik, al-Subkiy menuntut ilmu

daripada ulama-ulama besar antaranya ialah ayahnya

sendiri Ali ibn ‘Abd al-Kafiy, al-Hafiz al-Mazziy dan

al-Dhahabiy. Shamsu al-Din ibn al-Naqib telah

mengizinkannya untuk mengeluarkan fatwa.

Walaupun ketika itu usianya belum mencapai 18

tahun, al-Subkiy telahpun mengeluarkan fatwa.

Jawatan terakhir yang disandang ialah ketua kadi di

Syam. Dia telah mengarang beberapa buah kitab.

Antaranya ialah Sharh Mukhtasar Ibn al-Hajib, Sharh

Minhaj al-Baydawiy tentang Usul Fiqh yang

dinamakan al-Ibhaj Sharh al-Manhaj, Al-Qawa‘id al-

Mushtamalah ‘ala al-Ashbah wa al-Naza ‘ir Tabaqat

al-Shafi‘iyyah al-Kubra wa al-Wusto wa al-Sughra-al-

Tarshih fi-Ikhtiyarat Walidihi Jam‘u al-Jawami` Fi Usul

al-Fiqh dan syarahnya dinamakan Man‘a al-Mawani’.

Al-Subkiy meninggal dunia di Damsyik.

UMUM 
MORAVIA, ALBERTO

Moravia, Alberto (1907–1990), penulis Itali. Dia

mungkin penulis novel dan penulis cerpen Itali

yang paling ulung pada tahun 1900-an. Karyanya

mempunyai gambaran dan dialog yang realistik,

gaya penulisan yang bebas dan jelas serta

memberikan pandangan yang tajam mengenai

gelagat manusia. Dalam penulisannya, Moravia

mengkritik keruntuhan moral di Itali dan

menggambarkan watak-watak yang terasing dari

masyarakat dan ketandusan emosi. Dia juga

menggambarkan seks tanpa cinta yang sia-sia dan

perkahwinan sebagai jalan keluar dari penyakit

sosial.

UMUM 
12

Kembali ke atas