Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[um.mah] | اومة

Definisi : Ar umat (biasanya dimaksudkan umat Islam): sistem dan ideologi sekular mesti terjadi bukan sahaja dlm diri individu tetapi juga di kalangan ~ kerana Islam tidak meng-iktiraf pemisahan kehidupan agama drpd kehidupan sekular. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[um.mah] | اومة

Definisi : umat (biasanya dimaksudkan umat Islam): Kita hendaklah merapatkan silatulrahim sesama ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ummah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
terangkan apakah maksud ummah?Ummah merupakan sebutan dalam bahasa Arab. Biasanya kita menyebutkannya sebagai umat yang bermaksud 1. Para pemeluk atau penganut sesuatu agama (biasanya dimaksudkan umat Islam). 2. Seluruh rakyat atau orang banyak. 3. Segolongan manusia atau bangsa.Makna04.10.2002
i. “Memperkukuh Organisasi, Membangun Khairu Ummah" ii. “Memperkukuh Organisasi, Membangun khaira Ummah" Khaira @ Khairu?Cadangan kami, “Memperkukuh Organisasi, Memajukan Ummah".Tatabahasa03.04.2017
Saya ingin kepastian tentang tajuk Buku yang saya cadangkan seperti ini: ASAS MEMACU EKONOMI UMMAH: SATU PANDANGAN' ADAKAH TERDAPAT KESILAPAN PADA TAJUK BUKU BERKENAAN. jika ada mohon cadangkan tajuk baru. MOHON PENJELASAN. SEKIAN, TERIMA KASIH.Kami cadangkan tajuk tersebut dipinda kepada "Pemacu Ekonomi Ummah: Satu Pandangan", lazimnya tajuk buku atau artikel dibuat dalam bentuk kata nama. 
Kami memohon maaf atas masalah teknikal yang berlaku dan soalan ini memakan masa yang lama untuk dijawab oleh pihak kami.
Lain-lain31.10.2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya cuba cari makna ummatic tapi tak jumpa Harap bole bantu sayaUmmatic merupakan kata adjektif bagi perkataan "ummah". Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "ummah" bermaksud  "umat" atau "komuniti" bergantung pada konteks dan kesesuaian ayat.Makna29.12.2021
Minta Kepastian semakan penggunaan Tema sesuatu program tanggungjawab sosial korporat, contohnya:- 1. "Buku Perangsang Minda" ("Books for mind stimulant") 2. "Kamus Perangsang Tatabahasa" (Dictionary for vacabulary stimulant" 3. "Masjid Perangsang Ummah" (Mosque for society stimulant"

'Buku Perangsang Minda' dan 'Masjid Perangsang Ummah' betul dan boleh diterima. Walau bagaimanapun, 'Kamus Perangsang Tatabahasa' tidak tepat kerana tatabahasa dalam bahasa Inggeris ialah grammar bukan vocabulary. Vocabulary merujuk kepada perbendaharaan kata. Kamus memberi makna perkataan dan tidak memberikan maklumat tentang tatabahasa.

Lain-lain13.04.2011
Saya ingin mengetahui adakah betul/tepat perkataan/kosa kata yang digunakan dalam ayat yang berikut : "Mengukuhkan pengurusan institusi Mal yang bertadbiruruskan terbaik selaras dengan syariah dalam meningkatkan taraf sosio-ekonomi ummah"Cadangan kepada soalan yang dikemukakan - Mengukuhkan pengurusan Institusi Mal yang mempunyai tadbir urus terbaik selaras dengan syariah dalam meningkatkan taraf ekonomi ummah.Tatabahasa11.06.2007
Penggunaan tunggak dan tonggak Wasatiyyah _________ kesatuan ummah. Apa perbezaan tunggak dan tonggak?Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, tonggak bermaksud 1 kayu yang panjang dan dipasang tegak (seperti tiang telegraf). 2 pangkal batang kayu yang masih tegak berdiri; tunggul. 3 asas atau dasar se­suatu kepercayaan, pegangan dll.

Manakala tunggak dalam Kamus Dewan Edisi Empat bermaksud 1. bahagian batang kayu yang masih tinggal dalam tanah sesudah ditebang atau patah, tunggul; 2. = tunggakan kerja yang masih belum dihabiskan; 3. ki asas, tunjangan, penunjang, pendukung.

Berdasarkan maksud tersebut, kedua-dua boleh digunakan. Walau bagaimanapun, penggunaan yang lazim ialah tonggak.
Tatabahasa17.01.2014
Salam sejahtera, saya terjumpa frasa "di kalangan" dalam contoh ayat perkataan "ummah" di Kamus Dewan Edisi Keempat. Minta penjelasan sama ada frasa tersebut masih boleh diguna pakai atau tidak. Terima kasih.Frasa "di kalangan" boleh digunakan. Walau bagaimanapun merujuk panduan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, frasa yang gramatis ialah "dalam kalangan"  kerana kata sendi nama "dalam" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak (kalangan). Sementara kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.Tatabahasa20.09.2021
VISI Rangkaian Kedai Barangan Elektrik & Digital Terkemuka Di Malaysia. Menawarkan Penyelesaian Sehenti Yang Efisien. Menyumbang Kepada Gaya Hidup Berkualiti. MISI 1. Kami adalah rangkaian kedai barangan elektrik dan digital. Kami juga pembekal kepada jabatan kerajaan dan swasta 2. Kami menawarkan penyelesaian sehenti untuk barangan elektrik dan digital yang memenuhi keperluan berbeza pengguna. Kami mempunyai pusat servis sendiri berpengalaman lebih 30 tahun. 3. Kami menyediakan pusat jualan yang selesa dan menarik bersama kakitangan yang profesional dan mesra pelanggan. Melaksanakan proses jualan dan perkhidmatan dengan cekap dan sistematik. Menjanjikan pengalaman manis kepada setiap pelanggan. 4. Kami komited menjadikan entiti bisnes ini juga sebagai pusat pembangunan modal insan dan dakwah yang islami. Menyumbang kepada kemajuan ekosistem Ummah.Soalan tuan tidak difahami. Adakah pihak tuan ingin mendapatkan pengesahan bahasa bagi iklan perniagaan? Jika ya, sila mohon melalui laman web dbpsahbahasa.my, daftar akaun pelanggan, masukkan maklumat iklan dan buat pembayaran terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut, pihak tuan boleh merujuk panduan pendaftaran pengguna pada laman web seperti yang dinyatakan di atas.Lain-lain09.02.2022
VISI Rangkaian Kedai Barangan Elektrik & Digital Terkemuka Di Malaysia. Menawarkan Penyelesaian Sehenti Yang Mengagumkan. Menyumbang Kepada Gaya Hidup Berkualiti. MISI 1. Kami adalah rangkaian kedai barangan elektrik dan digital. Kami juga pembekal kepada jabatan kerajaan dan swasta 2. Kami menawarkan penyelesaian sehenti untuk barangan elektrik dan digital yang memenuhi keperluan berbeza pengguna. Kami mempunyai pusat servis sendiri berpengalaman lebih 30 tahun. 3. Kami menyediakan pusat jualan yang selesa dan menarik bersama kakitangan yang profesional dan mesra pelanggan. Melaksanakan proses jualan dan perkhidmatan dengan cekap dan sistematik. Menjanjikan pengalaman manis kepada setiap pelanggan. 4. Kami komited menjadikan entiti bisnes ini juga sebagai pusat pembangunan modal insan dan dakwah yang islami. Menyumbang kepada kemajuan ekosistem Ummah.
Soalan tuan tidak difahami. Adakah pihak tuan ingin mendapatkan pengesahan bahasa bagi iklan perniagaan? Jika ya, sila mohon melalui laman web dbpsahbahasa.my, daftar akaun pelanggan, masukkan maklumat iklan dan buat pembayaran terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut, pihak tuan boleh merujuk panduan pendaftaran pengguna pada laman web seperti yang dinyatakan di atas.
Lain-lain09.02.2022
12

Kembali ke atas