Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
umpama (kata tugas)
Bersinonim dengan ibarat, misal, laksana, seperti, macam, amsal, sebagai, bak;,
Kata Terbitan : seumpama, mengumpamakan, perumpamaan,

Peribahasa

Umpama burung di dalam sangkar,
     mata lepas badan terkurung.

Bermaksud :

Anak gadis dalam pingitan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kawan I1. kumpulan (binatang), kelompok, gerombolan (penjahat, pengganas, dll): Panglima Hitam melihat ~ ikan berenang-renang di air jernih; datanglah kpd saya se~ muda-mudi; 2. sahabat, teman (dlm pergaulan sehari-hari), rakan: hendak tahu akan baik orang, tanyalah kpd ~nya yg karib; aku dgn beberapa orang ~ telah mengungsi ke Merbuk; 3. orang yg bersama-sama melaku­kan sesuatu (terlibat dlm kegiatan, pekerjaan, dll yg sama), teman: ~ sekerja; 4. bp ahli rumah tangga (suami atau isteri), teman hidup: bakal menantuku sudah ada, ~ hidupmu yg ibu idam-idamkan sudah tersedia; 5. pema­kan, jodoh; ~ sirih apa yg dimakan dgn sirih; 6. Jh, bp kata ganti diri pertama, aku, saya: ~ harap bila ayah ~ pindah rumah nanti, awak boleh datang; ~ berbuat Id orang yg berserta melakukan kejahatan; ~ berlumba saingan (berlari); ~ sekelas budak (teman) yg sama kelasnya; umpama burung tumpang beramai dgn ~ banyak prb perihal orang dagang yg tidak sungguh dan tidak tetap hatinya di negeri orang; berkawan 1. = berkawan-kawan, berka­wanan berkelompok-kelompok atau ber­kumpulan-kumpulan (bkn binatang atau manusia), beramai-ramai, bergerombolan: dia terpandang-pandang ikan kecil dan besar berkawan-kawan; orang telah ramai datang berpasang-pasang, berkawan-kawan; burung pipit yg berterbangan berkawanan dr dahan ke dahan; 2. bergaul dan berbaik-baik dlm hubungan sehari-hari, menjadikan (meng­anggap atau melayani sbg) kawan, bersahabat, berteman: tidak pernah ia menolak orang-orang yg mahu ~ dengannya; tak usah ~dgn dia; 3. mempunyai pasangan hidup (suami atau isteri), sudah berkawan (bersuami atau beristeri); mengawan melakukan perhubungan jenis (bkn haiwan), bersetubuh (bkn haiwan): katak biasanya kembali ke air utk ~ dan bertelur; mengawani menemani: seorang dua adiknya boleh dibawanya tinggal bersama-sama utk ~nya apabila Kamal terpaksa meninggalkan rumah; memperkawan 1. menganggap (mengambil) sbg kawan, membuat kawan dgn; 2. minta pertolongan kpd; memperkawankan 1. mengusahakan supaya berkawan atau bersahabat (bkn orang yg belum kenal-mengenal, orang yg bermusuhan, dll); 2. Mn mengahwinkan (anak perempuan); kawanan sekumpulan binatang, segerom­bolan penjahat, pengganas, dsb: spt seekor lembu di tengah-tengah ~ kambing; pengawanan perbuatan atau proses menga­wan: proses ~ itu berlaku utk menghasilkan baka lembu yg berkualiti.Kamus Dewan Edisi Keempat
umpama2 = seumpama sama halnya dgn; tak ada bezanya dgn: Hidupnya ~ burung dlm sangkar.Kamus Pelajar
umpama1 sesuatu yg dijadikan perbandingan; ibarat. 2 = seumpama sama halnya dgn; tak ada bezanya dgn: Hidupnya ~ burung dlm sangkar. umpamanya, umpamakan jika sekiranya; andai kata: ~ dia marah, bagaimana? mengumpamakan 1 menganggap sama dgn; menjadikan sbg ibarat; mengibaratkan: Ia ~ pengkhianat itu sbg sampah masyarakat. 2 memberi hormat spt yg sepatutnya: Jika kita tidak ~ orang, orang juga tidak akan ~ kita. perumpamaan 1 sesuatu yg dianggap sama dgn; ibarat. 2 peribahasa yg berupa perbandingan dgn sesuatu yg lain dan umumnya berisi pengajaran.Kamus Pelajar Edisi Kedua
burung I1. binatang berbulu, berkaki dua, bersayap (biasanya dapat terbang), unggas: ~ berkik; ~ dara; ~ gereja; ~ hantu; 2. ki kemaluan laki-laki (biasanya dipakai utk kanak-kanak); ~ bedil Kl pelatuk (alat penjentik peluru); ~ beo Id a) tiung; b) orang yg bercakap menurut kata orang; ~ pemangsa burung yg makan binatang lain; (bagai) ~ serindit dikatakan kpd orang yg memakai pakaian yg sangat hijau; ~ timang Kl anak kesayangan; ~ gagak itu jikalau dimandikan dgn air mawar sekalipun, tiada akan menjadi putih warnanya prb orang yg sudah bertabiat jahat tidak dapat dibaiki lagi; ~ terbang dipipiskan lada prb belum tentu lagi diperoleh sesuatu, sudah direka-reka akan gunanya; ~ yg liar jangan dilepaskan, khabar yg mustahil jangan didengarkan prb jangan dipercayai khabar yg tidak diketahui dgn sah kebenarannya; dengarkan cerita ~, anak di pangku dilepaskan prb meninggalkan urusan sendiri utk mengurus hal orang lain; harapkan ~ terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan prb kerana mengharapkan keuntungan besar yg tidak tentu, keuntungan kecil yg sudah pasti dilepaskan; ibarat ~, mata lepas badan terkurung prb walaupun terpelihara baik, tetapi tidak mempunyai kebebasan; ibarat ~, mulut manis jangan dipakai prb kata yg manis-manis selalu mengandungi semu (orang yg bodoh lekas terpengaruh olehnya); kuat ~ kerana sayap prb tiap-tiap orang mempunyai kekuatannya sendiri; laksana ~ diam dlm sangkar prb hal seseorang yg tiada bebas; membadai ~ atas langit, merendah diharap jangan prb janganlah mengharap-harap benda yg susah didapat itu; satu sangkar dua ~ prb dua orang perempuan memperebutkan seorang laki-laki; umpama ~, tumpang beramai kawan yg banyak prb orang dagang itu tiadalah tetap hatinya di negeri orang;burung-burungan burung buatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
sarang I1. tempat diam burung dll (tempat berteduh, bertelur, memelihara anak, dll): ~ tempua; ~ lebah; ~ tikus; 2. ki tempat per-sembunyian (lanun, perompak, samseng, dll): di sini juga banyak ~ pengganas; ~ buaya a) tempat kediaman (banyak) buaya; b) blok kayu atau tembaga utk mengecap kain batik; ~ gagak tempat melihat (pd tiang seri kapal layar); ~ nanah tempat nanah dlm bisul; ~ pipit a) sarang burung pipit; b) lesung pipit; umpama orang memelihara dirinya dlm ~ lebah prb mempertahankan diri di tengah-tengah musuh; bersarang 1. membuat sarang (burung, serangga, binatang kecil, dll), mempunyai sarang: burung tiung ~ di hujung terap; 2. bertempat utk bersembunyi (perompak, penyamun, dll): perompak-perompak itu ~ di dlm sebuah gua; 3. ki mengambil tempat di, menetap di: penyakit malaria sudah ~ dlm tubuhnya; dia tidak berani membiarkan perasaan yg buruk-buruk itu ~ dlm kepalanya; 4. ki duduk dgn senang di: ia ~ dgn leganya di atas sebuah kerusi; 5. kena (pukulan dll), masuk (tikaman, peluru, dll), tembus, lut: kerisnya ~ dlm dada musuh yg menyerangnya; 6. Id masuk gol (dlm permainan bola sepak); 7. = bersarang-sarang berlubang-lubang, banyak lubangnya: saya tengok ~ tengkoraknya bekas peluru; betung bulat tak bersegi, pipit jantan tak ~ prb anak bujang yg bebas berjalan ke mana-mana; bersarang-sarang 1. banyak sarangnya; 2. berlubang-lubang (ditembusi peluru dll), ber-kerawang.Kamus Dewan Edisi Keempat
kepayangsj tumbuhan (pokok) yg bijinya me­mabukkan, buah keluak, Pangium edule; ~ air a) sj tumbuhan (pokok), Crataeva lophosperma (membranifolia); b) sj tumbuh­an (pokok), kelat tanduk, medang ketukuk, meroyan, Ixora fluminalis; c) sj tumbuhan (pokok renek), jarum merah, mata pelanduk, sepati, Ixora arguta; d) sj tumbuhan (pokok), jambu batu paya, sempedu burung, Gardenia carinata; e) sj tumbuhan (pokok renek), jambu air, jenjarum, Gardenia tentaculata; ~ hantu sj tumbuhan (pokok), kelembai, kemantu hitam; ~ ipil sj tumbuhan (pokok), kepayang air, sempedu burung; akar ~ a) sj tumbuhan (pokok memanjat), kelempayang, Hodgsonia capniocarpa; b) sj tumbuhan (pokok menjalar), akar lokan, kayu keleka singga, sentuh, Trichosanthes tricuspidata; mabuk ~ a) mabuk kerana makan kepayang; b) ki hilang ingatan atau lupa akan dirinya (kerana jatuh cinta dll); umpama buah ~, dimakan mabuk dibuang sayang prb sesuatu yg disayangi tetapi merosakkan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas