Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[um.pan] | اومڤن

Definisi : 1. sesuatu yg dilekatkan pd kail (di bubuh pd perangkap dll) utk memikat atau menangkap ikan (binatang dll): kalau mengail ikan sembilang, gunakanlah ~ anak kerengga; 2. makanan (beras, padi, dll) utk binatang ternakan: ~ apa yg engkau berikan kpd ayam engkau ini, semuanya gemuk-gemuk; 3. makanan yg diberikan kpd orang lain; 4. habuan, mangsa: tinggallah bangsa kita yg tiada bersenjata menjadi ~ tentera Jepun; 5. ki sesuatu yg dilakukan utk meme-rangkap (mem-perdaya) orang: langkah tiga sapu ini boleh juga dikatakan langkah ~ atau boleh juga disebut langkah tiga mengeliru-kan lawan; ~ alir umpan yg digunakan utk menangkap buaya; ~ api sesuatu yg mudah terbakar digunakan utk menyalakan api; ~ golok (keris, peluru) (akan) mati menjadi sasaran golok (keris, peluru); ~ harimau mangsa harimau; ~ hawa nafsu sesuatu utk memuaskan hawa nafsu; ~ tekak makanan utk membangkitkan selera makan; ~ habis, ikan tak dapat = habis ~ kerong-kerong tak dapat prb perbuatan atau usaha yg tidak memberi hasil, hanya mendatangkan rugi dan lelah sahaja; ~ seumpan, kail sebentuk prb perbuatan yg sia-sia (kerana tidak mem-punyai persediaan yg cukup); berumpankan menggunakan sesuatu sbg umpan: taburan berbagai-bagai janji manis yg semuanya ~ wang; mengumpan 1. memikat binatang dgn meng-gunakan umpan: apa yg elok digunakan utk ~ ikan haruan? 2. = mengumpani memberi umpan (makanan dll) kpd; 3. ki melakukan sesuatu supaya orang terpikat (terjebak, ter-pedaya), mengenakan (menipu, memperdaya) orang dgn sesuatu: orang itu mudah disuap dan diumpan dgn barang-barang mewah; mengumpankan menggunakan sesuatu sbg umpan, melekatkan (meletakkan) umpan pd: apa yg engkau umpankan dlm jebak itu? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[um.pan] | اومڤن

Definisi : 1 sesuatu, spt cacing, yg dilekatkan pd mata kail dll dan digunakan utk memancing atau utk menangkap binatang: ~ habis, ikan tak dpt. 2 ki sesuatu yg dilakukan utk memerangkap atau utk memperdaya orang. 3 mangsa: menjadi ~ harimau. ~ api bahan mudah terbakar yg digunakan utk menyalakan api. mengumpan 1 menangkap atau memikat binatang dgn menggunakan umpan. 2 ki melakukan sesuatu supaya orang terpedaya atau terpikat; mengenakan tipu daya. mengumpankan menggunakan sesuatu sbg umpan; melekatkan umpan pd sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umpan (kata nama)
1. Bersinonim dengan pemikat: denak, makanan penawan,

2. Bersinonim dengan mangsa: habuan, sasaran, korban,

Kata Terbitan : mengumpan, mengumpankan,

Puisi
 

Umpan mari kulit duku,
     Orang mengail jauh ke laut;
Kalau nyawaku di hujung kuku,
     Nyawa kau juga di hujung rambut.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Umpan habis,
     ikan tak kena (= dapat).

Bermaksud :

Usaha yang sia-sia dan mendatangkan kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
baitn (lit. & fig.) umpan: to use worms as ~, menggunakan cacing sbg umpan; she was used as ~ to trap the kidnappers, dia digunakan sbg umpan utk memerangkap penculik itu; /rise to, swallow/ the ~, memakan umpan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
decoyn 1. (animal ) denak, umpan: a ~ duck, itik denak; 2. (fig. ) umpan: the fishing boat was used as a ~, bot nelayan itu digunakan sbg umpan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
baitvt 1. put bait on, in (st) membubuh umpan /pd, di dlm/: to ~ a hook with worms, membubuh umpan cacing pd mata kail; to ~ a mousetrap, membubuh umpan di dlm perangkap tikus; 2. torment, tease (person) menyeksa jiwa: the older students ~ed the new ones unmercifully, penuntut lama menyeksa jiwa penuntut baru tanpa belas kasihan; 3. harrass (chained animal) with dogs, menyeksa: the dogs were let loose to ~ the chained bear, anjing-anjing itu dilepaskan utk menyeksa beruang yg dirantai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
take2. (of fish) bite, tdk mahu makan umpan: she’s been fishing for hours but the fish didn’t seem to be taking, dia telah berjam-jam memancing tetapi nampaknya ikan tdk mahu makan umpan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bitevi 1. seize or attack with the teeth, sting, etc, menggigit; (of snake) mematuk, menggigit: the monkey looks fierce but doesn’t ~, monyet itu nampak garang tetapi tdk menggigit; 2. take bait, makan umpan: the fish aren’t biting today, ikan tdk makan umpan hari ini; 3. be taken in by a ploy, termakan (umpan): he knew it was a mistake but he bit just the same, dia tahu itu suatu kesilapan tetapi dia termakan umpan juga; 4. take firm hold of, grip, mencengkam: the car wheels would not ~ on the icy road, roda kereta itu tdk mencengkam di jalan yg berselaput ais; 5. cause to smart, a. (of words etc) menusuk hati: his words bit deeply into me, kata-katanya sangat menusuk hatiku; b. (of food, drink), [various translations]: the mustard really ~s, sos biji sawi itu benar-benar terasa pedar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cannon-foddern umpan peluru.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fly-fishingn memancing dgn umpan tiruan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bite/have, get/ a ~, (angling) umpan mengena; his bark is worse than his ~, (colloq) mulut saja bising, hatinya baik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gambitn 1. (chess) langkah umpan; 2. a. opening remark, pembuka kata; b. manoeuvre, calculated move, muslihat: he was not prepared for his rival’s ~, dia tdk bersedia utk menghadapi muslihat pesaingnya; conversational ~, pembuka /kata, perbualan/; opening ~, langkah pembukaan; (verbal) pembuka kata.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slimy ~ worms were used as bait, cacing-cacing yg lembik dan melekit digunakan sbg umpan; they found it hard to keep their footing on the ~ stepping stones, mereka mendapati sukar utk berpijak pd batu loncatan yg licin berlumut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas