Umpan seumpan, kail sebentuk. | Melakukan sesuatu usaha tanpa persediaan yang cukup. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpan habis, ikan tak kena (= dapat). | Usaha yang sia-sia dan mendatangkan kerugian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Besar umpan besar ikannya. | Tiap sesuatu hendaklah dipadankan dengan tarafnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar ikan hendaklah besar umpannya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Habis umpan kerong-kerong tak dapat. | Perbuatan dan usaha yang mendatangkan rugi. kerong-kerong = ikan laut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kecil umpan besar ikan. | Dengan usaha yang sedikit dapat menghasilkan pekerjaan yang besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pancing makan umpan. | Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Sokong membawa rebah, c. Telunjuk mencocok [= merosok, menikam] mata, d. Tongkat membawa rebah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Walaupun ada umpan, belum tentu ada ikan. | Sesuatu pekerjaan itu walaupun telah ada persediaan yang cukup tetapi belum tentu akan berhasil dengan baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpan habis pancing putus, punca terlepas daripada tangan. | Usaha yang sia-sia dan mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Umpan habis, ikan tak kena [= dapat]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati ikan kerana umpan, mati sahaya kerana budi. | Mendapat bencana kerana bujukan atau kerana sesuatu yang menyenangkan. sahaya = hamba. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Niat hati hendak memancing ikan, tak mahu membuang umpan. | Mahu mendapat keuntungan tetapi tidak mahu berugi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |