Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[um.pan] | اومڤن

Definisi : 1. sesuatu yg dilekatkan pd kail (di bubuh pd perangkap dll) utk memikat atau menangkap ikan (binatang dll): kalau mengail ikan sembilang, gunakanlah ~ anak kerengga; 2. makanan (beras, padi, dll) utk binatang ternakan: ~ apa yg engkau berikan kpd ayam engkau ini, semuanya gemuk-gemuk; 3. makanan yg diberikan kpd orang lain; 4. habuan, mangsa: tinggallah bangsa kita yg tiada bersenjata menjadi ~ tentera Jepun; 5. ki sesuatu yg dilakukan utk meme-rangkap (mem-perdaya) orang: langkah tiga sapu ini boleh juga dikatakan langkah ~ atau boleh juga disebut langkah tiga mengeliru-kan lawan; ~ alir umpan yg digunakan utk menangkap buaya; ~ api sesuatu yg mudah terbakar digunakan utk menyalakan api; ~ golok (keris, peluru) (akan) mati menjadi sasaran golok (keris, peluru); ~ harimau mangsa harimau; ~ hawa nafsu sesuatu utk memuaskan hawa nafsu; ~ tekak makanan utk membangkitkan selera makan; ~ habis, ikan tak dapat = habis ~ kerong-kerong tak dapat prb perbuatan atau usaha yg tidak memberi hasil, hanya mendatangkan rugi dan lelah sahaja; ~ seumpan, kail sebentuk prb perbuatan yg sia-sia (kerana tidak mem-punyai persediaan yg cukup); berumpankan menggunakan sesuatu sbg umpan: taburan berbagai-bagai janji manis yg semuanya ~ wang; mengumpan 1. memikat binatang dgn meng-gunakan umpan: apa yg elok digunakan utk ~ ikan haruan? 2. = mengumpani memberi umpan (makanan dll) kpd; 3. ki melakukan sesuatu supaya orang terpikat (terjebak, ter-pedaya), mengenakan (menipu, memperdaya) orang dgn sesuatu: orang itu mudah disuap dan diumpan dgn barang-barang mewah; mengumpankan menggunakan sesuatu sbg umpan, melekatkan (meletakkan) umpan pd: apa yg engkau umpankan dlm jebak itu? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[um.pan] | اومڤن

Definisi : 1 sesuatu, spt cacing, yg dilekatkan pd mata kail dll dan digunakan utk memancing atau utk menangkap binatang: ~ habis, ikan tak dpt. 2 ki sesuatu yg dilakukan utk memerangkap atau utk memperdaya orang. 3 mangsa: menjadi ~ harimau. ~ api bahan mudah terbakar yg digunakan utk menyalakan api. mengumpan 1 menangkap atau memikat binatang dgn menggunakan umpan. 2 ki melakukan sesuatu supaya orang terpedaya atau terpikat; mengenakan tipu daya. mengumpankan menggunakan sesuatu sbg umpan; melekatkan umpan pd sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umpan (kata nama)
1. Bersinonim dengan pemikat: denak, makanan penawan,

2. Bersinonim dengan mangsa: habuan, sasaran, korban,

Kata Terbitan : mengumpan, mengumpankan,

Puisi
 

Umpan mari kulit duku,
     Orang mengail jauh ke laut;
Kalau nyawaku di hujung kuku,
     Nyawa kau juga di hujung rambut.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Umpan habis,
     ikan tak kena (= dapat).

Bermaksud :

Usaha yang sia-sia dan mendatangkan kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Umpan seumpan, kail sebentuk.Melakukan sesuatu usaha tanpa persediaan yang cukup.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpan habis, ikan tak kena (= dapat).Usaha yang sia-sia dan mendatangkan kerugian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Besar umpan besar ikannya.Tiap sesuatu hendaklah dipadankan dengan tarafnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar ikan hendaklah besar umpannya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Habis umpan kerong-kerong tak dapat.Perbuatan dan usaha yang mendatangkan rugi. kerong-kerong = ikan laut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kecil umpan besar ikan.Dengan usaha yang sedikit dapat menghasilkan pekerjaan yang besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pancing makan umpan.Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Sokong membawa rebah, c. Telunjuk mencocok [= merosok, menikam] mata, d. Tongkat membawa rebah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Walaupun ada umpan, belum tentu ada ikan.Sesuatu pekerjaan itu walaupun telah ada persediaan yang cukup tetapi belum tentu akan berhasil dengan baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpan habis pancing putus, punca terlepas daripada tangan.Usaha yang sia-sia dan mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Umpan habis, ikan tak kena [= dapat]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mati ikan kerana umpan, mati sahaya kerana budi.Mendapat bencana kerana bujukan atau kerana sesuatu yang menyenangkan. sahaya = hamba.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Niat hati hendak memancing ikan, tak mahu membuang umpan.Mahu mendapat keuntungan tetapi tidak mahu berugi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas