Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[um.pan] | اومڤن

Definisi : 1. sesuatu yg dilekatkan pd kail (di bubuh pd perangkap dll) utk memikat atau menangkap ikan (binatang dll): kalau mengail ikan sembilang, gunakanlah ~ anak kerengga; 2. makanan (beras, padi, dll) utk binatang ternakan: ~ apa yg engkau berikan kpd ayam engkau ini, semuanya gemuk-gemuk; 3. makanan yg diberikan kpd orang lain; 4. habuan, mangsa: tinggallah bangsa kita yg tiada bersenjata menjadi ~ tentera Jepun; 5. ki sesuatu yg dilakukan utk meme-rangkap (mem-perdaya) orang: langkah tiga sapu ini boleh juga dikatakan langkah ~ atau boleh juga disebut langkah tiga mengeliru-kan lawan; ~ alir umpan yg digunakan utk menangkap buaya; ~ api sesuatu yg mudah terbakar digunakan utk menyalakan api; ~ golok (keris, peluru) (akan) mati menjadi sasaran golok (keris, peluru); ~ harimau mangsa harimau; ~ hawa nafsu sesuatu utk memuaskan hawa nafsu; ~ tekak makanan utk membangkitkan selera makan; ~ habis, ikan tak dapat = habis ~ kerong-kerong tak dapat prb perbuatan atau usaha yg tidak memberi hasil, hanya mendatangkan rugi dan lelah sahaja; ~ seumpan, kail sebentuk prb perbuatan yg sia-sia (kerana tidak mem-punyai persediaan yg cukup); berumpankan menggunakan sesuatu sbg umpan: taburan berbagai-bagai janji manis yg semuanya ~ wang; mengumpan 1. memikat binatang dgn meng-gunakan umpan: apa yg elok digunakan utk ~ ikan haruan? 2. = mengumpani memberi umpan (makanan dll) kpd; 3. ki melakukan sesuatu supaya orang terpikat (terjebak, ter-pedaya), mengenakan (menipu, memperdaya) orang dgn sesuatu: orang itu mudah disuap dan diumpan dgn barang-barang mewah; mengumpankan menggunakan sesuatu sbg umpan, melekatkan (meletakkan) umpan pd: apa yg engkau umpankan dlm jebak itu? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[um.pan] | اومڤن

Definisi : 1 sesuatu, spt cacing, yg dilekatkan pd mata kail dll dan digunakan utk memancing atau utk menangkap binatang: ~ habis, ikan tak dpt. 2 ki sesuatu yg dilakukan utk memerangkap atau utk memperdaya orang. 3 mangsa: menjadi ~ harimau. ~ api bahan mudah terbakar yg digunakan utk menyalakan api. mengumpan 1 menangkap atau memikat binatang dgn menggunakan umpan. 2 ki melakukan sesuatu supaya orang terpedaya atau terpikat; mengenakan tipu daya. mengumpankan menggunakan sesuatu sbg umpan; melekatkan umpan pd sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umpan (kata nama)
1. Bersinonim dengan pemikat: denak, makanan penawan,

2. Bersinonim dengan mangsa: habuan, sasaran, korban,

Kata Terbitan : mengumpan, mengumpankan,

Puisi
 

Umpan mari kulit duku,
     Orang mengail jauh ke laut;
Kalau nyawaku di hujung kuku,
     Nyawa kau juga di hujung rambut.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Umpan habis,
     ikan tak kena (= dapat).

Bermaksud :

Usaha yang sia-sia dan mendatangkan kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cocktail baitumpan pelbagaiPerikananTiadaGabungan pelbagai jenis umpan yang dilekatkan pada mata kail, termasuk umpan berenga, umpan cacing, umpan biji-bijian dan umpan serangga. Umpan pelbagai berkesan untuk menarik perhatian ikan daripada jenis omnivor dan karnivor.
trolling baitumpan kerekPerikananTiadaUmpan tiruan atau asli yang digunakan untuk menarik perhatian dan menimbulkan keinginan ikan pemangsa untuk memakan umpan. Umpan ini kelihatan seperti ikan atau sotong hidup.
baitumpanPerikananTiadaBahan yang dilekatkan pada kail untuk menarik perhatian ikan. Umpan terbahagi kepada dua jenis, iaitu umpan segar dan umpan tiruan. Umpan segar terdiri daripada bahan semula jadi seperti anak-anak ikan, cacing atau serangga, manakala umpan tiruan diperbuat daripada pelbagai jenis bahan termasuklah kepingan logam, getah atau kayu yang diubah bentuk menjadi seakan-akan ikan, udang, sotong atau serangga.
umpanumpan (Sepak Takraw)SukanTiadaTiada
castingmengilatPerikananTiadaTeknik memancing secara lontaran atau melemparkan umpan tiruan (umpan palsu) yang kemudiannya ditarik (karau) agar umpan bergerak bagi menarik perhatian ikan untuk menyambarnya.
deadbait legeringpembenaman umpanPerikananTiadaKaedah memancing menggunakan umpan semula jadi dengan membenamkan umpan ke dasar sungai atau tasik. Melalui kaedah ini, pemberat gerak digunakan untuk menetapkan kedudukan umpan.
fishing on the dropsambar jatuhPerikananTiadaTeknik memancing dengan menggunakan umpan yang jatuh secara perlahan-lahan ke dalam air. Ikan yang mempunyai tabiat menyambar akan menyambar umpan sebelum umpan jatuh ke dasar air.
tube flyumpan tiubPerikananTiadaUmpan serangga tiruan yang mempunyai tiub logam atau plastik, yang dianyam bersama-sama bulu serangga. Umpan tiub berfungsi sebagai penambah berat dan saiz umpan.
acoustic baitumpan akustikPerikananTiadaUmpan yang boleh mengeluarkan pelbagai jenis bunyi yang boleh menarik perhatian ikan atau haiwan lain. Umpan ini berfungsi dengan menggunakan bateri atau kuasa elektrik. Umpan ini digunakan untuk menarik atau mengumpul pelbagai spesies ikan dan haiwan lain supaya boleh ditangkap dengan lebih mudah.
fly baitumpan serangga tiruanPerikananTiadaUmpan tiruan berbentuk serangga yang dianyam daripada pelbagai bahan seperti bulu, sabut atau benang. Umpan serangga tiruan boleh terdiri daripada pelbagai jenis serangga, sama ada serangga air atau serangga darat. Umpan jenis ini digunakan untuk memancing ikan di sungai atau tasik.
12345678910...

Kembali ke atas