Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öum.rah] | عمرة

Definisi : Ar ibadat yg mengandungi beberapa perbuatan (ihram, tawaf, sai, dan tahalul) tanpa wukuf dan wajib-wajib haji, haji kecil; berumrah mengerjakan umrah: ~ ke Mekah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öum.rah] | عمرة

Definisi : ibadat sunat yg terdiri drpd niat dan beberapa perbuatan (spt ihram, tawaf dan sai) tetapi tidak melakukan rukun dan wajib haji; haji kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata umrah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Apakah kesalahan tatabahasa bagi ayat di bawah: 1. Pak Cik Tahir sekeluarga mendirikan umrah pada cuti persekolahan bulan Mac depan. Terima kasihAyat yang betul, Pak Cik Tahir sekeluarga mendirikan umrah pada cuti sekolah bulan Mac ini.Tatabahasa11.01.2018
Antara dua ayat berikut, yang manakah yang betul dan apakah penjelasannya? A. Aku akan pulang ke kampung minggu hadapan kerana ayah dan ibu sudah mendapat tarikh berlepas menunaikan umrah. B. Aku akan pulang ke kampung minggu hadapan kerana ayah dan ibu sudah dapat tarikh berlepas menunaikan umrah.

Kami mencadangkan jawapan A dengan sedikit penambahbaikan

A. Aku akan pulang ke kampung pada minggu hadapan kerana ayah dan ibu sudah menerima/mengetahui tarikh berlepas menunaikan umrah. Pemilihan perkataan yang dicadangkan lebih tepat.
Tatabahasa17.04.2023
9) Van yang membawa pekerja kilang itu tersengguk-sengguk kerana hampir kehabisan minyak. 10) Ayah telah membeli beberapa tangkai tasbih semasa mengerjakan umrah di Mekah.1. Perkataan tersengguk-senguk tidak sesuai kerana perkataan tersebut bermaksud terangguk-angguk(orang mengantuk).2. Perkataan tangkai tidak sesuai kerana perkataan ini bermaksud i.gagang pada buah ii. penjodoh bilangan untuk bunga.Tatabahasa22.07.2008
Manakah yang betul antara "muhrim" dan "mahram"?Kedua-dua perkataan tersebut betul. Muhrim bermaksud orang yang sedang berihram ketika melakukan haji dan umrah, manakala mahram ialah lelaki dan perempuan yang haram dinikahi kerana ada hubungan dari segi keturunan, perkahwinan dan susuan.Makna30.11.2021
Apakah perbezaan antara 'harap' dan 'berharap' dari segi penggunaannya dalam ayat? Terima kasih"Berharap" bermaksud  ingin utk mendapat sesuatu atau supaya terjadi sesuatu. Contoh:  Kami berharap pada tahun 2021, kami dapat menunaikan umrah bersama-sama ahli keluarga yang lain.

"Harap" merupakan kata perintah iaitu perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan, atau permintaan. Contoh: Harap jelaskan hutangmu secepat mungkin. 
Lain-lain05.10.2020
Salam dan selamat sejahtera. Apakah gelaran bagi mutawif perempuan dalam kosa kata yang betul? Mutawifah ke atau Mutawwifah?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) mutawif ialah orang yang membimbing dan menjadi rujukan kepada jemaah semasa mengerjakan haji atau umrah. Ejaan yang dicadangkan bagi mutawif perempuan ialah mutawifahEjaan02.04.2024
Merujuk Kamus Dewan, perkataan "mahram" = Ar orang (lelaki ataupun perempuan) yg haram dinikahi (mengikut hukum Islam) kerana hubungan kekeluargaan yg rapat, hu­bungan susuan dsb (spt ibu, anak susuan, adik beradik dsb).; dan perkataan "muhrim" = Ar 1. orang yg dlm ihram semasa ibadah haji atau umrah; 2. mahram. Persoalan: mengapa perlu ada makna kedua bagi perkataan "muhrim" yang diertikan sebagai "mahram"? Bukankah "muhrim" dan "mahram" mempunyai makna yang amat berbeda?Pendapat tuan mengenai muhrim dan mahram adalah betul. Muhrim dan mahram mempunyai maksud yang berbeza seperti dalam Kamus Dewan. Untuk makna kedua bagi muhrim, iaitu  perkataan mahram digunakan dalam bahasa percakapan. Tuan boleh merujuk Kamus Pelajar yang ditandai dengan bp mahram. Bahasa percakapan tidak digalakkan untuk tujuan rasmi.Tatabahasa11.09.2013
Mohon semakan bagi penggunaan perkataan signboard syarikat kami..sebelum tempahan dibuat....

Berdasarkan visual iklan yang dilampirkan, terdapat beberapa pembetulan yang perlu dilaksanakan, iaitu:

1.Betulkan teks dan pindahkan kedudukan di bawah nama syarikat yang berdaftar dengan SSM: ZIARAH, HAJI DAN UMRAH

2.Potong latar belakang yang tidak berkaitan dan kekalkan visual iklan sahaja

3.Masukkan titik: SDN. BHD.

Untuk permohonan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.my.

Lain-lain11.12.2023

Kembali ke atas