decree | dekri | Sejarah | Tiada | 1. Titah perintah raja atau pemerintah yang mempunyai kuasa undang-undang.,2. Ordinan yang diputuskan oleh majlis atau mahkamah atau badan keagamaan. |
authorised persons | 1. orang diberi kuasa 2. orang dibenarkan | Undang-undang | Tiada | 1. Orang yang diberi hak untuk bertindak bagi menguatkuasakan peruntukan undang-undang. 2. Orang yang dibolehkan membuat sesuatu untuk dirinya. |
droit administrative | undang-undang pentadbiran | Sejarah | Tiada | 1. Undang-undang pentadbiran di Perancis.,2. Undang-undang pentadbiran di benua Eropah yang mengecualikan badan kerajaan dikenakan sebarang tindakan kecuali oleh tribunal pentadbiran. |
martial law | undang-undang tentera | Sains Politik | Politik Perbandingan | 1. Undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas sesebuah negara oleh golongan tentera yang telah merampas kuasa negara tersebut dari kerajaan awam. Dengan undang-undang ini, semua hak sivil dibataskan, kebebasan politik terhad dan segala keputusan serta penggubalan undang-undang dibuat oleh pemerintah tentera ini. Pemerintahan ini pernah dilaksanakan di Fiji pada tahun 1988. 2. Pelaksanaan undang-undang tentera oleh sebuah kerajaan awam setelah berlaku satu keadaan darurat yang memerlukan campur tangan dan penguatkuasaan undang-undang oleh tentera bagi memelihara keamanan. Kerajaan awam meminta bantuan tentera untuk mengawal keadaan dan pihak tentera menjalankan tanggungjawabnya tanpa melepasi batasan atau merampas kuasa. Apabila undang-undang ini dibubarkan, pemerintahan akan kembali kepada kerajaan awam. Contohnya, penggunaan undang-undang tentera era Marcos di Filipina pada tahun 1971-1981. |
belief | kepercayaan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Pegangan agama atau keyakinan moral seseorang. Pegangan ialah salah satu hak sivil dan politik yang dijamin oleh undang-undang antarabangsa. Piawaian yang mengawal selia kebebasan beragama dan kepercayaan terdapat dalam Perkara 18 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, yang memperuntukkan bahawa �Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berfikir, suara hati dan agama; hak ini termasuklah kebebasan untuk menukar agama atau kepercayaannya, dan kebebasan, sama ada secara bersendirian atau secara berkomuniti dengan orang lain dan di khalayak ramai atau di tempat persendirian, untuk menzahirkan agamanya atau kepercayaannya dalam bentuk ajaran, amalan, penyembahan dan ketaatan.� Walau bagaimanapun, Islam melindungi kebebasan suara hati dan pemikiran manusia dan mengajar penganutnya supaya menghormati dan bertoleransi terhadap semua agama kerana al-Quran dengan jelas menegaskan bahawa �Tidak harus ada sebarang paksaan dalam urusan agama.� [2:257] Ini bermakna, tiada paksaan atau kekangan dalam hal-hal kepercayaan atau ketidakpercayaan. Namun, kedudukan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 tidak selari dengan pandangan Islam yang umum mengenai murtad. Bagi yang sudah pun beriman dengan Islam dan kemudian meninggalkannya, mereka telah melakukan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan. Menurut majoriti besar ulama Islam, perbuatan murtad jatuh di bawah kesalahan hudud yang membawa kepada hukuman mati. |
collective security | keselamatan bersama | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Konsep yang mendasari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang melarang penggunaan kekerasan, yang terkandung dalam Perkara 2(4) Piagam PBB. Berdasarkan konsep ini, negara yang melakukan serangan terhadap negara lain boleh dianggap telah melakukan serangan terhadap semua anggota masyarakat antarabangsa. Oleh itu, tindakan boleh diambil secara bersama menerusi Majlis Keselamatan PBB dengan mengadakan sekatan ekonomi dan komunikasi sebagai langkah permulaan sebelum tindakan ketenteraan dilakukan. Namun, penggunaan kuasa veto dalam Majlis Keselamatan boleh menimbulkan persoalan kesaksamaan dan keberkesanan. |
armed force | kekerasan bersenjata | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan sesebuah negara atau mana-mana pihak yang menggunakan senjata dan kuasa ketenteraan terhadap pihak lawan sama ada di dalam negara atau di luar negara. Penggunaan kekerasan bersenjata oleh sesebuah negara terhadap negara lain dilarang oleh Perkara 2(4) Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu. Larangan tersebut terdapat dalam ungkapan seperti yang berikut, iaitu �semua anggota hendaklah mengelak dalam hubungan antarabangsa mereka daripada mengancam atau menggunakan kekerasan terhadap keutuhan wilayah atau kemerdekaan politik sesebuah negara, atau dengan apa-apa cara lain yang bercanggah dengan Matlamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.� |
contempt of court | penghinaan mahkamah | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | 1. Kegagalan untuk mematuhi suatu perintah mahkamah yang berkedudukan tinggi, atau suatu perbuatan yang menentang atau menghina mahkamah atau hakim. 2. Kelakuan yang mungkin boleh menimbulkan perasaan prasangka terhadap perjalanan sesuatu perbicaraan yang adil terhadap tertuduh, yang boleh dihukum denda atau dipenjara. |
annexation of territory | pengilhakan wilayah | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan sesebuah negara menjadikan wilayah negara lain sebagai wilayahnya secara rasmi setelah negara berkenaan (negara pengilhak) menguasai wilayah tersebut secara penaklukan. Dahulu, pengilhakan yang menyusul selepas penaklukan boleh memberikan hak milik sah ke atas wilayah yang ditakluki kepada negara pengilhak. Kini, penaklukan adalah dilarang dan tidak menjadi kaedah pemilikan wilayah yang sah berdasarkan Perkara 2(4) Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1945. Sinonim aneksasi wilayah. |
Bar | meja peguam | Undang-undang | Tiada | 1. Tempat yang dikhaskan untuk peguam dalam mahkamah.,2. Kumpulan atau badan peguam.,3. Profesyen sebagai peguam.,4.. Menyekat atau melengahkan sesuatu tindakan atau tuntutan dalam kes undang-undang secara bantahan. |