Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[un.di] | اوندي

Definisi : 1. sesuatu utk memilih atau menentukan sesuatu (mis siapa yg akan mendapat sesuatu, memulakan sesuatu permainan, dll); buah ~ ark dadu; buang ~ = membuang ~ menentu-kan (memilih) dgn undi; kena ~ menang dlm undi (terpilih dll); kertas ~ kertas yg ditandakan sbg menunjukkan pilihan; main ~ a) main loteri; b) ark bermain dadu; men-cabut ~ menentukan sesuatu dgn mencabut atau menarik kertas dsb undi; 2. = undian pemilihan seseorang atau penentuan sesuatu dgn penandaan pd kertas undi (pungutan suara dsb): ~ kaum wanita merupakan 50% drpd seluruh ~ negara; berundi sedang memilih (menentukan dll) dgn undi; mengundi 1. menentukan (memilih dll) dgn membuang undi; baiklah kita ~ siapa yg me-musingkannya dahulu; 2. = ~ suara memutuskan sesuatu dgn mengira undi (memungut suara dll), memilih (menentukan dll) sesuatu dgn membuang undi: setelah diundi, beliau telah terpilih menjadi Yang Dipertua Persatuan itu lagi; Peguam Negara boleh di-lantik menjadi ahli jawatankuasa Parlimen, tetapi dia tidak boleh ~; memperundikan menentukan (membahagi-kan, memberikan, menetapkan, dll) dgn cara diundi: lapangan tempat meletak kereta akan diperundikan antara mereka yg berkereta; undian 1. sesuatu yg diundi, loteri; ~ wang loteri (wang); menarik ~ mendapat hadiah dlm undian wang dll, menang loteri; 2. hasil mengundi, pemilihan undi: pd hari ini, ter-paksalah wakil-wakil dilantik dgn ~ ramai; 3. ki cubaan (utk menentukan sesuatu), ujian; pengundian perihal (perbuatan, proses, dsb) mengundi, pemilihan dgn cara mengundi: pengumuman keputusan ~ memilih pucuk pimpinan UMNO; pengundi 1. orang yg mengundi: bilangan ~ yg berdaftar di seluruh Tanah Melayu dijangka meningkat hingga tiga juta orang; ~ hantu pengundi tidak berdaftar yg muncul dgn tiba-tiba saja dlm sesuatu pengundian (pilihan raya dsb); 2. sesuatu yg digunakan utk mengundi (kertas, surat, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[un.di] | اوندي

Definisi : 1 apa-apa yg digunakan utk menentukan sesuatu (siapa yg akan mendapat sesuatu, siapa yg akan bermain dahulu dll). 2 = undian suara (dlm sesuatu pilihan raya dll): Calon Barisan Nasional telah menang dgn kelebihan 3,600 ~. ~ percaya undi yg menunjukkan majoriti menyokong seseorang atau orang tertentu, spt pemimpin atau ketua. ~ pos undi yg dihantar melalui pos apabila pengundi berada di luar kawasan undi pilihan raya berkenaan. ~ sulit undi dlm pemilihan atau penentuan yg dilakukan secara sulit, biasanya dgn menandakan pilihan atau keputusan seseorang pd kertas undi. ~ tak percaya undi yg menunjukkan majoriti tidak menyokong seseorang atau orang tertentu, spt pemimpin atau ketua. mengundi 1 memilih atau menentukan sesuatu dgn membuang undi; memungut suara: Banyak orang kampung yg mahu keluar ~ sekarang. 2 memutuskan sesuatu dgn membuang undi. pengundian perbuatan (cara dsb) mengundi. pengundi 1 orang yg mengundi. 2 sesuatu (spt kertas) yg digunakan utk mengundi. ~ hantu pengundi tidak berdaftar yg muncul dgn tiba-tiba dlm sesuatu pilihan raya, pengundian dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
undi
Kata Terbitan : mengundi, undian, pengundian, pengundi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Saya ingin menyemak, adakah betul penggunaan istilah 'membuang undi' atau 'pembuangan undi'. Adakah ini betul atau diterima pakai? Kenapa undi perlu dibuang? Saya merasakan ini adalah terjemahan langsung dari Bahasa Inggeris 'cast a vote'. Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, "membuang undi" dan "pembuangan undi" membawa maksud menentukan sesuatu dengan undi. Dalam bidang Sains Politik, "pembuangan undi" atau "pengundian"  diambil daripada istilah sumbernya iaitu "Voting".Istilah15.12.2021
Assalamualaikum. (1) Yang mana betul: "Undi anda adalah rahsia" atau "Undi anda ialah rahsia"? (2) Dalam soalan nombor 1, penggunaan perkataan yang mana betul: adakah "undi" atau "undian"? Atau boleh digunakan kedua-duanya? Terima kasih.1. Undi anda adalah rahsia.
2. Perkataan undi lebih tepat.
Tatabahasa03.04.2013
Ingin merujuk penggunaan perkataan ahli dan anggota. mana lebih sesuai ahli kesatuan sekerja atau anggota kesatuan sekerja. Keahlian Kesatuan atau keanggotaan Kesatuan. Penggunaan Perkataan Undi Sulit atau Undi Rahsia. Jabatan dalam usaha untuk menyeragamkan perkataan-perkataan di atas dalam Buku Perlembagaan Kesatuan Sekerja. Sekiranya boleh mohon untuk mendapat jawapan sebelum jam 9 pagi 28/9/2012. Jutaan Terima kasih atas kerjasama.Dalam Kamus Dewan ahli sama dengan anggota bagi persatuan, pertubuhan dan sebagainya. Maka ahli kesatuan sekerja atau anggota kesatuan sekerja, kedua-duanya betul. Begitu juga dengan sulit sama maksudnya dengan rahsia. Maka tiada kesalahan penggunaan undi sulit atau undi rahsia.Tatabahasa27.09.2012
Salam, Apakah padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk kata "upvote" dan "downvote"?
Padanan yang sesuai bagi "upvote" ialah undi diterima manakala "downvote" ialah undi ditolak.
Lain-lain23.01.2020
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan bagi "referenda"? Konteks berkaitan politik (undi). Terima kasih.Tiada padanan makna referenda dalam Kamus Dewan.Makna29.03.2014
Slm Sejahtera.. apakah maksud perkataan "cula" dalam ayat ini "En Abu mencula undi di kampungnya."Maksud perkataan cula dalam ayat tersebut ialah “Hitungan yang dibuat untuk mengetahui banyaknya sokongan terhadap sesorang atau sesuatu pada sesuatu masa. (Kamus Dewan PerdanaLain-lain18.04.2022
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan bagi "eu referendum"? Konteks ini berkaitan dengan politik (undi). Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempt, referendum bermakna pungutan suara rakyat. "eu" pula kependekan kepada kesatuan Eropah.  Jadi eu referendum bermaksud referendum kesatuan Eropah.Makna29.03.2014
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai untuk "regional election"? Konteks berkaitan dengan politik (undi). Terima kasih.Salam, sila kemukakan soalan ini kepada Persatuan Penterjemah Malaysia atau Institut Penterjemahan Negara untuk mendapat terjemahan yang lebih tepat dan betul. Walau bagaimanapun, terjemahkan secara literal ialah "Pilihan Raya Serantau".Penyemakan dan penterjemahan29.03.2014
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai untuk "regional referendum"? Konteks berkaitan dengan politik (undi). Terima kasih.Terjemahan bagi "regional referendum" ialah pungutan suara wilayah. Wilayah merujuk kepada negeri, kawasan yang dibuat sempadan zon seperti zon utara, zon selatan, zon timur dan zon barat, atau daerah.Penyemakan dan penterjemahan29.03.2014
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai untuk "province"? Adakah "wilayah"/"daerah" sesuai digunakan? Konteks berkaitan dengan politik (undi) dan digunakan untuk menghubungi wakil dilantik. Contoh ayat: contact province or call province. Terima kasih.
"Province" bermaksud wilayah. Wilayah merujuk kepada negeri, kawasan yang dibuat sempadan zon seperti zon utara, zon selatan, zon timur dan zon barat, atau daerah. Berdasarkan ayat contoh yang diberikan, boleh diterjemahkan kepada "menghubungi wakil wilayah".

Penyemakan dan penterjemahan29.03.2014
12

Kembali ke atas