Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[un.dian] | اوندين

Definisi : 1. sesuatu yg diundi, loteri; ~ wang loteri (wang); menarik ~ mendapat hadiah dlm undian wang dll, menang loteri; 2. hasil mengundi, pemilihan undi: pd hari ini, ter-paksalah wakil-wakil dilantik dgn ~ ramai; 3. ki cubaan (utk menentukan sesuatu), ujian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[un.dian] | اوندين

Definisi : suara (dlm sesuatu pilihan raya dll): Calon Barisan Nasional telah menang dgn kelebihan 3,600 ~. ~ percaya undi yg menunjukkan majoriti menyokong seseorang atau orang tertentu, spt pemimpin atau ketua. ~ pos undi yg dihantar melalui pos apabila pengundi berada di luar kawasan undi pilihan raya berkenaan. ~ sulit undi dlm pemilihan atau penentuan yg dilakukan secara sulit, biasanya dgn menandakan pilihan atau keputusan seseorang pd kertas undi. ~ tak percaya undi yg menunjukkan majoriti tidak menyokong seseorang atau orang tertentu, spt pemimpin atau ketua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
undi
Kata Terbitan : mengundi, undian, pengundian, pengundi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. (1) Yang mana betul: "Undi anda adalah rahsia" atau "Undi anda ialah rahsia"? (2) Dalam soalan nombor 1, penggunaan perkataan yang mana betul: adakah "undi" atau "undian"? Atau boleh digunakan kedua-duanya? Terima kasih.1. Undi anda adalah rahsia.
2. Perkataan undi lebih tepat.
Tatabahasa03.04.2013
Salam, soalan tentang frasa "Cabutan bertuah", jika mahu mengelakkan penggunaan "bertuah", bolehkah dipendekkan kepada "cabutan" sahaja? Adakah membawa maksud yang sama, contoh "Ahmad menang hadiah dalam cabutan yang diadakan."Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud “cabutan bertuah” ialah undian yang dibuat dengan mencabut keratan kertas bernombor secara rambang yang menawarkan hadiah tertentu. 

Ayat yang betul ialah, "Ahmad memenangi hadiah dalam cabutan bertuah yang diadakan."

Oleh yang demikian, perkataan “cabutan bertuah” perlu dieja bersekali bagi menyampaikan makna yang dilambanginya.

Lain-lain20.10.2023
Pelantikan ketua kelas perlu mendapat persetujuan daripada semua rakan sekelas. istilah 'persetujuan' adalah salah. apakah jawapan betul untuk menggantikan istilah tersebut? terima kasih.Apakah pilihan jawapan yang diberi? Bagi pandangan kami ayat tersebut tidak tepat dari segi praktikalnya kerana pelantikan ketua kelas lazimnya dibuat melalui undian.Tatabahasa19.09.2012
Apakah perbezaan di antara salinan dokumen dan cabutan dokumen? Contoh salinan sijil nikah dan cabutan sijil nikah.Menurut data kami, salinan ialah 1. turunan (surat dan lain-lain), halaman atau lembaran yang bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dengan yang asal: hanya ~-~ sijil sahaja yang perlu dihantar; 2. terjemahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat) manakala cabutan bermaksud 1. apa yang (sudah) dicabut, diambil daripada sesuatu; ~ bertuah undian yang dibuat dengan mencabut keratan kertas bernombor secara rambang yang menawarkan hadiah tertentu; 2. petikan (daripada karangan dan sebagainya); (Kamus Dewan Edisi Keempat). Sehungan dengan itu, rangkai kata yang sesuai ialah salinan sijil nikah.Makna27.12.2018
salam sejahtera: untuk pengetahuan tuan,pasukan forum kami berjaya ke peringkat kebangsaan mewakili n.sarawak ke perak.. terima kasih atas nasihat yang diberikan!... soalan seterusnya:adakah pertandingan di peringkat kebangsaan menggunakan tajuk yang sama? sekiranya ada saringan,adakah kami tetap menggunakan tajuk yang sama?? saya berharap kami dapat membawa sesuatu dari sana lebih-lebih lagi ini kali pertama kami masuk ke peringkat kebangsaan..dan pengetua serta seluruh warga sekolah mengharap sesuatu daripada kami.. :0Tahniah kerana pasukan sekolah saudara telah berjaya ke Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2009 mewakili negeri Sarawak. Untuk makluman saudara, tajuk untuk pertandingan peringkat kebangsaan akan menggunakan tajuk yang berlainan, tidak sama dengan tajuk pada peringkat negeri. Tajuk untuk peringkat kebangsaan akan tentukan oleh pihak urus setia melalui undian.Lain-lain14.05.2009

Kembali ke atas