Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[un.dur] | اوندور

Definisi : = berundur berjalan ke belakang, surut ke belakang, lwn maju: dia ~ dan menjatuh-kan dirinya ke atas kerusi; 2. = ~ dr pergi menjauhkan diri (dr), menghindar (dr), pergi (dr); seorang demi seorang ~ dgn hormat meninggalkan kedai itu; 3. surut (kerana tidak dapat melawan lagi dlm peperangan), mundur: maka Peringgi pun patah perang-nya, dan banyak mati, lalu ~; mengundur 1. bergerak mundur, surut ke belakang: Sidek ~ dan duduk di tanah; 2. ki mengaku kalah, beralah; mengundurkan 1. menggerakkan ke belakang (kereta dll), memundurkan: ia berhenti dan ~ keretanya; jam ini terlalu cepat, undurkan setengah jam; 2. menyuruh undur dr, menarik ke belakang: tentera pihak berikat telah diundurkan ke garisan pertahanan yg lain; 3. menangguhkan hingga ke waktu yg lain, melewatkan, menunda: saya minta tuan ~ keberangkatan dan membantu kami meng-atasi kesukaran-kesukaran di sini; ~ diri a) pergi dr, meninggalkan: ia menjadi bingung melihat keadaan itu lalu ~ dirinya balik ke rumah; b) menarik diri, berhenti dr, meletakkan ja (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[un.dur] | اوندور

Definisi : , = berundur 1 berjalan ke belakang; surut ke belakang. 2 menjauhkan diri dr sesuatu tempat; pergi dr sesuatu tempat: Kerana serangan musuh terlalu kuat, kami terpaksa ~. mengundurkan 1 menggerakkan ke belakang: Ia ~ keretanya. 2 menarik ke belakang; menyuruh berundur: Pasukan keselamatan telah berjaya ~ musuh dr situ. 3 menangguhkan ke waktu yg lain; menunda: Ahmad ~ hari perkahwinannya ke bulan depan. ~ diri a. menarik diri; meletakkan jawatan; berhenti. b. pergi (dr); meninggalkan (sesuatu tempat): Kerana terlalu bising, ia ~ diri dr majlis tari-menari itu. pengunduran perbuatan atau hal mengundurkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
undur
Kata Terbitan : berundur, mengundur, mengundurkan, pengunduran,

Puisi
 

Tajam senjata musuh pun undur,
     Mengertak masuk seperti kuda;
Pejamkan mata tak mahu tidur,
     Rupanya tuan datang menggoda.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Hendak mara bedil bertinak,
     hendak undur gelar telah besar.

Bermaksud :

Keadaan yang serba salah pada orang yang telah diberi pangkat; hendak memelihara tarafnya tiada cukup wangnya, hendak undur malu kerana pangkatnya sudah tinggi. bertinak = tak putus-putus datang, bertubi-tubi; mara = maju.

 

Lihat selanjutnya...(3)