Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[un.dur] | اوندور

Definisi : = berundur berjalan ke belakang, surut ke belakang, lwn maju: dia ~ dan menjatuh-kan dirinya ke atas kerusi; 2. = ~ dr pergi menjauhkan diri (dr), menghindar (dr), pergi (dr); seorang demi seorang ~ dgn hormat meninggalkan kedai itu; 3. surut (kerana tidak dapat melawan lagi dlm peperangan), mundur: maka Peringgi pun patah perang-nya, dan banyak mati, lalu ~; mengundur 1. bergerak mundur, surut ke belakang: Sidek ~ dan duduk di tanah; 2. ki mengaku kalah, beralah; mengundurkan 1. menggerakkan ke belakang (kereta dll), memundurkan: ia berhenti dan ~ keretanya; jam ini terlalu cepat, undurkan setengah jam; 2. menyuruh undur dr, menarik ke belakang: tentera pihak berikat telah diundurkan ke garisan pertahanan yg lain; 3. menangguhkan hingga ke waktu yg lain, melewatkan, menunda: saya minta tuan ~ keberangkatan dan membantu kami meng-atasi kesukaran-kesukaran di sini; ~ diri a) pergi dr, meninggalkan: ia menjadi bingung melihat keadaan itu lalu ~ dirinya balik ke rumah; b) menarik diri, berhenti dr, meletakkan ja (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[un.dur] | اوندور

Definisi : , = berundur 1 berjalan ke belakang; surut ke belakang. 2 menjauhkan diri dr sesuatu tempat; pergi dr sesuatu tempat: Kerana serangan musuh terlalu kuat, kami terpaksa ~. mengundurkan 1 menggerakkan ke belakang: Ia ~ keretanya. 2 menarik ke belakang; menyuruh berundur: Pasukan keselamatan telah berjaya ~ musuh dr situ. 3 menangguhkan ke waktu yg lain; menunda: Ahmad ~ hari perkahwinannya ke bulan depan. ~ diri a. menarik diri; meletakkan jawatan; berhenti. b. pergi (dr); meninggalkan (sesuatu tempat): Kerana terlalu bising, ia ~ diri dr majlis tari-menari itu. pengunduran perbuatan atau hal mengundurkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
undur
Kata Terbitan : berundur, mengundur, mengundurkan, pengunduran,

Puisi
 

Tajam senjata musuh pun undur,
     Mengertak masuk seperti kuda;
Pejamkan mata tak mahu tidur,
     Rupanya tuan datang menggoda.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Hendak mara bedil bertinak,
     hendak undur gelar telah besar.

Bermaksud :

Keadaan yang serba salah pada orang yang telah diberi pangkat; hendak memelihara tarafnya tiada cukup wangnya, hendak undur malu kerana pangkatnya sudah tinggi. bertinak = tak putus-putus datang, bertubi-tubi; mara = maju.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ant lionundur-undurPerhutananTiadaTiada
ant-lionundur-undurBiologiEntomologiLarva serangga bersayap dalam famili Myrmeleontidae dan order Neuroptera. Larva berahang besar ini mengorek lubang ke dalam pasir dan menunggu mangsa, seperti semut dan serangga lain, di dalam lubang dengan rahang terbuka. Larva ini memakan banyak mangsanya sebelum menjadi pupa dan serangga dewasa.
asternundur; asternKejuruteraanTiada1. Undur: Pergerakan ke belakang disebabkan putaran kipas.
backspace keykekunci undur ruangPentadbiran PerniagaanTiadaKekunci untuk undur.
retreating coastpinggir laut undurGeografiTiadaGaris pesisir yang undur ke daratan akibat hakisan ombak.
drop backundurSukanTiadaMelepaskan diri daripada pihak lawan dengan mara dan undur secara tiba-tiba untuk mendapatkan bola.
reverse lightlampu undurKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLampu putih yang terletak di belakang kenderaan, yang akan menyala apabila sistem penghantaran dianjak ke kedudukan gear undur.
setbackundur ;anjak belakang ;kegagalanGeografiTiadaTiada
backspaceundur ruangKejuruteraanTiadaTiada
backspaceundur ruangPentadbiran PerniagaanTiadaBergerak ke belakang.
12345678910

Kembali ke atas