Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ung.gas] | اوڠݢس

Definisi : segala jenis burung: sekalian ~ yg terbang pun habis menaruh sayang kasihan belas akan Raja Jawa itu; ~ angkasa burung yg terbang tinggi di angkasa; ~ dewata burung di syurga; ~ puding sj burung; lepas ~ besar sekali; mengunggas; ~ puding Mn lari (kerana ketakutan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ung.gas] | اوڠݢس

Definisi : segala jenis burung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata unggas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
feather fibregentian bulu unggas/serat bulu unggasKesenianTiadaTiada
fowl plaguewabak unggasBiologiMikrobiologilih. sampar unggas.
avian spirochitosisspirokitosis unggasPerubatanTiadaJangkitan spiroket Borrelia anserina pada unggas.
fowl pest/fowl phaguesampar unggasBiologiMikrobiologiWabak menular dan akut pada unggas yang disebabkan oleh virus. Gejala wabak ini ialah demam, edema di bahagian kepala, rembesan air hidung, dan boleh membawa maut. Wabak ini juga merangkumi penyakit Newcastle.
broodingdidikanVeterinarTiadaTempoh unggas dipelihara selepas menetas hingga ia boleh hidup sendiri tanpa bantuan haba. Dalam tempoh ini, anak unggas dipelihara secara berkumpulan di dalam ruang tertutup yang diberi sumber haba. Suhu di dalam ruang ini ialah 37° C dan tempoh yang diperlukan ialah selama dua minggu selepas menetas. Alat pemanas yang digunakan ialah sama ada mentol berfilamen karbon atau mentol elektrik biasa, pemanas gas atau lampu ribut. Dalam tempoh tersebut, makanan yang diberikan mengandungi 3000 kcal/kg tenaga dan 22% protein. Dalam tempoh ini juga pemvaksinan dijalankan.
oil glandkelenjar minyakVeterinarPraklinikalKelenjar yang terletak di pangkal ekor dan dorsal badan unggas. Kelenjar ini merembeskan minyak yang disebarkan ke bulu semasa unggas menyelisik bulu untuk melembutkan kulit dan mencegah bulu dan sisik daripada menjadi rapuh. Sinonim preen gland.
preen glandkelenjar selisikVeterinarPraklinikalKelenjar yang terletak di pangkal ekor dan dorsal badan unggas. Kelenjar ini merembeskan minyak yang disebarkan ke bulu semasa unggas menyelisik bulu untuk melembutkan kulit dan mencegah bulu dan sisik daripada menjadi rapuh. Sinonim oil gland.
contour featherbulu pelepah konturBiologiHistologi dan SitologiBulu berbarbul yang merupakan bulu terbang atau bulu ekor unggas dan menjadi kan keseluruhan bulu unggas tersebut tampak licin serta berkontur; pluma.
quadrate bonetulang kuadratVeterinarPraklinikalTulang tengkorak yang terletak di sebelah kaudal dan hujung bawah rahang atas unggas. Tulang ini berhubung dengan tulang sendi pada rahang bawah. Persendian ini membolehkan unggas menganga luas.
avesunggasVeterinarTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas