Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ung.ka.pan] | اوڠکڤن

Definisi : 1. susunan kata yg digunakan dlm percakapan (tulisan), frasa atau rangkai kata yg tertentu susunan katanya: kemarahannya sering tenggelam dlm ~ yg indah dan sedap-sedap; 2. gabungan (kelompok) kata yg khusus (tertentu) utk menyatakan sesuatu maksud, simpulan bahasa; 3. = ~ muka perubahan air muka (menggambarkan perasaan hati); 4. (Mat) gabungan fungsi, pemalar, pemboleh ubah, dll; 5. (Komp) rumusan matematik yg dikodkan dlm bentuk suruhan atur cara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ung.ka.pan] | اوڠکڤن

Definisi : 1 susunan kata yg mempunyai maksud tertentu dan digunakan dlm tulisan dan juga dlm pertuturan. 2 simpulan bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ungkapan (kata nama)
1. Bersinonim dengan rangkaian kata: susunan kata, kata-kata, frasa, frasa kata,

2. Bersinonim dengan simpulan bahasa: peribahasa, ucapan bahasa, pepatah, bidalan, ujar-ujaran.,



Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
ungkapan kuadratikquadratic expressionUngkapan dalam bentuk am ax² + bx+ c, dengan a, b dan c ialah pemalar dan a ≠ 0.Menengah Atas
ungkapan algebraalgebraic expressionUngkapan yang menggabungkan nombor, pemboleh ubah atau entiti matematik lain dengan operasi. Contohnya, 2ab + 3c, 5a + 2b - 3c.Menengah Rendah
ungkapan linearlinear expressionLihat ungkapan algebra linear.Menengah Rendah
ungkapan algebra linearlinear algebraic expressionGabungan dua atau lebih ungkapan algebra yang kuasa pemboleh ubahnya ialah satu. Contohnya, 7x + 3y.Menengah Rendah
faktorfactorNombor, sebutan atau ungkapan algebra yang membahagi dengan tepat suatu nombor, sebutan atau ungkapan yang diberi. Contohnya, 4 ialah salah satu faktor bagi 12, 4x ialah salah satu faktor bagi 12x² dan (x + 1) ialah salah satu faktor bagi (x² – 1).Menengah Atas
sebutantermBahagian dalam sesuatu ungkapan atau siri yang dipisahkan oleh tanda + atau -, atau bahagian-bahagian dalam satu jujukan yang dipisahkan oleh tanda koma. Contohnya, dalam ungkapan 5a³ - 2xy + 3, sebutannya terdiri daripada 5a³, -2xy, dan 3, dalam jujukan 2, 5, 8, sebutannya terdiri daripada 2, 5 dan 8.Menengah Atas
ungkapanexpressionPernyataan yang menggabungkan nombor dan/atau pemboleh ubah menggunakan operasi matematik. Contohnya, 6 + 8 - (3 + 2) dan a + b - c.Menengah Rendah
trinomialtrinomialUngkapan algebra yang hanya terdiri daripada tiga sebutan yang dihubungkan dengan operasi + atau - . Contohnya, 5x + 3y - 7.Menengah Atas
polinomialpolynomialUngkapan yang berbentuk seperti berikut: a0xn + a1xn-1 + ... + anx + an dengan a0, a1, a2, ..., an merupakan nombor tertentu, n merupakan integer positif dan x ialah pemboleh ubah.Menengah Atas
monomialmonomialUngkapan algebra yang hanya mengandungi satu sebutan seperti 2, x, 4xy, 3a²b.Menengah Atas
1234

Kembali ke atas