Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ung.ka.pan] | اوڠکڤن

Definisi : 1. susunan kata yg digunakan dlm percakapan (tulisan), frasa atau rangkai kata yg tertentu susunan katanya: kemarahannya sering tenggelam dlm ~ yg indah dan sedap-sedap; 2. gabungan (kelompok) kata yg khusus (tertentu) utk menyatakan sesuatu maksud, simpulan bahasa; 3. = ~ muka perubahan air muka (menggambarkan perasaan hati); 4. (Mat) gabungan fungsi, pemalar, pemboleh ubah, dll; 5. (Komp) rumusan matematik yg dikodkan dlm bentuk suruhan atur cara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ung.ka.pan] | اوڠکڤن

Definisi : 1 susunan kata yg mempunyai maksud tertentu dan digunakan dlm tulisan dan juga dlm pertuturan. 2 simpulan bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ungkapan (kata nama)
1. Bersinonim dengan rangkaian kata: susunan kata, kata-kata, frasa, frasa kata,

2. Bersinonim dengan simpulan bahasa: peribahasa, ucapan bahasa, pepatah, bidalan, ujar-ujaran.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan, Saya ada beberapa kemusykilan tentang penggunaan ungkapan-ungkapan / perkataan-perkataan tertentu. 1. Dari segi atau daripada segi 2. dari aspek atau daripada aspek 3. dari sudut atau daripada sudut 4. kata alu-aluan atau kata-kata aluan Harap tuan dapat perjelaskan. Sekian, terima kasih.

Frasa yang betul ialah:

1. Dari segi

2. Dari aspek  

3. Dari sudut

4. Kata alu-aluan

Tatabahasa21.02.2010
Adakah penggunaan rungkap "sebab mengapa" di tengah-tengah ayat gramatis? Bolehkah saudara/ri beri ungkapan-ungkapan lain yang setaraf dengan "sebab mengapa" berlatarkan konotasi "because"/ "for the reasons" / "due to" .... Terima kasih.Ungkapan "sebab mengapa" adalah tidak gramatis kata kerana sebab digunakan dalam ayat penyata, manakala kata mengapa digunakan dalam ayat tanya.Tatabahasa25.09.2011
Dahulu saya menggunakan ungkapan “perkara berikut”. Ungkapan ini dikatakan tidak tepat. Ungkapan yang tepat ialah “perkara yang berikut”. Saya sudah menggunakan ungkapan ini. Cuma saya tidak mampu menjelaskan sebab perkataan “yang” perlu ada dalam ungkapan ini. Mohon pencerahan.'Yang' ialah kata hubungan pancangan relatif yang menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain.Tatabahasa21.01.2013
Adakah ungkapan “antara sama satu lain” merupakan ungkapan baharu ciptaan DBP? Ungkapan itu terdapat pada halaman 2 Dewan Siswa keluaran Mac 2009.

Sdr. Miarmgo, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Terima kasih atas teguran yang diberi. Ini bukan ungkapan baharu tetapi kesilapan pihak kami sendiri. Yang betul ialah antara satu sama lain.

Tatabahasa19.03.2009
Ketepatan penggunaan penanda wacana dalam karangan/esei kadang kala mengelirukan. Mohon jasa baik DBP memberikan panduan. tk.

Saudara,

Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat  lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi, Bahasa dalam Komunikasi oleh Asmah Hj. Omar.  

Lain-lain04.11.2009
Murid akan dapat: (i) mengenal pasti ungkapan kuadratik. (ii) membentuk ungkapan kuadratik. (iii) menyelesaikan masalah yang melibatkan ungkapan kuadratik. Soalan saya: "Adakah betul saya memulakan setiap pernyataan (i), (ii) dan (iii) dengan huruf kecil dan menamatkan dengan noktah? Bolehkah saya mulakan dengan huruf besar?" Sekian. Terima kasih.

Pengejaan tanda baca yang betul adalah seperti yang berikut:

Murid akan dapat:

(i) Mengenal pasti ungkapan kuadratik.

(ii) Membentuk ungkapan kuadratik.

(iii) Menyelesaikan masalah yang melibatkan ungkapan kuadratik.

- Menggunakan huruf besar pada setiap permulaan ayat dan diakhiri dengan noktah.

Ejaan28.01.2010
Ungkapan cerdik pandai, hamba abdi, ilmu pengetahuan dan sebagainya dianggap sebagai kelewahan yang dibenarkan. Berdasarkan ungkapan ini, mungkinkah ungkapan inti sari, isi kandungan, mara ke hadapan dan yang seumpamanya dikategorikan sebagai kelewahan yang dibenarkan? Terima kasih.Ungkapan cerdik pandai, hamba abdi, ilmu pengetahuan, inti sari dan sebagainya telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Tidak ada penerangan tentang kelewahan yang dibenarkan dalam buku Tatabahasa Dewan. Secara prinsipnya kelewahan bukanlah suatu kesalahan tetapi unsur yang berlebih-lebihan. Contohnya kata terbitan diperbuat  yang dianggap lewah bagi dibuat.Tatabahasa29.05.2012
Saya pernah terbaca iklan yang menggunakan ungkapan rumah berbandung. Ungkapan ini belum tercatat dalam Kamus Dewan. Adakah ungkapan ini sesuai digunakan?Frasa Rumah Berbandung tiada di dalam Kamus Dewan tetapi frasa yang tepat ialah Rumah Sebandung, iaitu dua buah rumah yang dijadikan (bercantum menjadi) satu.Tatabahasa10.01.2013
Assalamualaikum. contoh penggunaan perkataan asmaradanta,asmaradana dan asmaraloka.Adakah perkataan tersebut hanya digunakan sebagai penanda wacana dalam sesuatu ayat?Waalaikumussalam...
Perkataan tersebut bukan digunakan sebagai penanda wacana. Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat  lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, edisi Ketiga. 
Tatabahasa15.08.2020
apakah yang dimaksudkan dengan 'penanda wacana' dan apakah contoh-contohnya?
Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat  lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi, Bahasa dalam Komunikasi oleh Asmah Hj. Omar.  
Lain-lain05.11.2010
12345678910...

Kembali ke atas