Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ung.ku] | اوڠکو

Definisi : gelaran utk orang yg berketurunan raja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ung.ku] | اوڠکو

Definisi : gelaran utk orang yg berketurun­a­n raja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ungku


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah panggilan hormat di dalam surat untuk individu dengan nama YM Ungku? Adakah kandungan surat menggunakan gelaran YM Ungku atau Tuan?Panggilan hormat untuk "Ungku" ialah "YM Ungku" dan perlulah ditulis juga dalam kandungan surat.Lain-lain15.08.2023
YM TAN SRI DATO' UNGKU DR. ZETI AKHTAR BINTI UNGKU ABDUL AZIZYM TAN SRI DATO' UNGKU DR. ZETI AKHTAR BINTI UNGKU ABDUL AZIZLain-lain15.11.2010
Tiada soalan, tapi nak minta bantuan. Tolong beri tajuk buku karya Prof Ungku Aziz tentang Pantun yang diterbitakan oleh DBP

Pantun dan kebijaksanaan akal budi MelayuUngku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid">Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul HamidDewan Bahasa dan Pustaka2011

 

Lain-lain14.09.2011
Kematian Profesor Ungku Abdul Aziz, perlu disertakan penggunaan Allahyarham ataupun Almarhum?, kerana arwah juga adalah keluarga diraja Negeri JohorSekiranya kerabat diraja, penggunaan yang tepat ialah Almarhum. Walau bagaimanapun, Allahyarham boleh juga digunakan.Istilah16.12.2020
Salam tuan, Adakah gelaran Profesor Diraja yang dianugerahkan kepada Ungku Aziz dieja "Diraja" atau "DiRaja"? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah Profesor Diraja Ungku Aziz .Ejaan07.06.2013
SALAM... APAKAH GELARAN UNTUK ENGKU, UNGKU DAN TENGKU. ADAKAH BOLEH DIGUNAKAN Y.M. (YANG MULIA)Merujuk Kamus Dewan, Yang Mulia ialah rujukan kehormat untuk mereka yang bergelar Tengku, Raja, Syed, Engku (Ungku) dan Datu.Tatabahasa19.04.2013
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar

Sila rujuk bahan ini :

1. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan Asean dan masyarakatserumpun | Ungku Zaman Mohd Tahir">Ungku Zaman Mohd Tahir | Jurnal Dewan Bahasa | 01/12/1992

Lain-lain02.02.2008
Muhammad Z Nurdin FRI 13:43 Adakah dibenarkan penggunaan Yang Mulia kepada Ahli Majlis Perbandaran? Berlaku di Tawau, SabahUntuk makluman, mengikut Kamus Dewan, Yang Mulia merupakan rujukan kehormat utk mereka yg bergelar Tengku, Raja, Syed, Engku (Ungku) dan Datu sahaja.Lain-lain17.02.2017
Mohon pencerahan, adakah semua Tengku, Ku, Engku, Syed dikira sebagai kerabat diraja? atau mereka perlu mendaftar sebagai ahli persatuan dan mendapat kad keahlian bagi mendapatkan taraf kerabat diraja?Merujuk Kamus Dewan, Yang Mulia rujukan kehormat untuk mereka yang bergelar Tengku, Raja, Syed, Engku (Ungku); dan Ku ialah kependekan kepada Tengku. Maka, semua gelaran tersebut ialah kerabat diraja.Tatabahasa26.02.2014
assalamualaikum,admin boleh saya bertanyakan mengenai pengunaan darjat kebesaran ? saya sentiasa keliru `perlukah kita meletakkan Tan sri dato seri ahmad albab' ataupun hanya perlu meletakan ~Tan Sri Ahmad Albab~ ini kerana jika sy tidak terkhilaf meletakan perkataan Tan sri sahaja sudah cukup kerna Tan Sri adalah pengurniaan dari yang Di-pertuan Agung ..mohon admin bantu sayaSusunan yang betul mengikut protokol ialah: gelaran (yang tertinggi) - jawatan - nama, contohnya Tan Sri Profesor Dr. Tengku Awang Tengku Salleh. Walau bagaimanapun penerima gelaran dibenarkan untuk memilih yang disukainya sama ada mendahulukan gelaran, jawatan atau namanya, seperti nama YM TAN SRI DATO' UNGKU DR. ZETI AKHTAR BINTI UNGKU ABDUL AZIZ dan Tan Sri Dato' Seri Ahmad Albab.Tatabahasa13.03.2013
12

Kembali ke atas