Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.nik] | اونيک

Definisi : tidak sama dgn yg lain, lain drpd yg lain, tersendiri, luar biasa, istimewa: justeru inilah yg membuat revolusi Indonesia itu satu revolusi yg ~; dlm setiap tamadun ini, ter-dapat cara-cara yg ~ bagaimana manusia pd zaman itu menyimpan akaun dan mem-buat aritmetik; keunikan perihal unik, sifat unik: salah satu ciri kegemilangan tamadun Islam ialah ~ sistem ekonomi Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.nik] | اونيک

Definisi : tidak menyerupai sesuatu yg lain; hanya satu-satunya; tersendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
unik (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan lain daripada yang lain, tersendiri, luar biasa, istimewa;,
Kata Terbitan : keunikan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
UIDL (unique ID listing)UIDL (penyenaraian ID unik)Teknologi MaklumatTiadaFungsi pelayan mel POP3 yang mengumpukkan satu nombor unik bagi setiap mesej mel yang tiba. Ini membenarkan mel ditinggalkan di dalam pelayan selepas ia dimuat turun oleh pengguna. Kedua-dua klien dan pelayan POP mel mestilah menyokong sifat ini.
control sectionbahagian kawalanHidrologiTiada(1) Ruas sesuatu alur sungai yang padanya terdapat suatu perhubungan luah-tahap yang unik. (CID) (2) Bahagian saluran terbuka atau sungai luahannya ditentukan secara unik oleh paras air yang terdekat di hulunya.
personalitypersonalitiPsikologiPsikologi UmumPola tingkah laku, pemikiran dan emosi individu yang unik dan biasanya agak stabil merentasi masa. Konsep ini juga dikatakan sebagai satu gabungan khusus bakat, nilai, harapan, emosi dan tabiat yang menjadikan seseorang individu unik berbanding orang lain. Beberapa terminologi atau teori digunakan untuk menjelaskan personaliti seperti trait yang mewakili kualiti tertentu individu yang stabil dalam kebanyakan situasi. Contohnya, trait imiginatif yang tinggi dalam kalangan individu biasanya akan memperlihatkan sifat-sifat seperti kreatif, inovatif, bijak dan mempunyai daya ingin tahu yang tinggi. Menurut teori pembelajaran sosial pula, individu boleh berbeza antara satu sama lain mengikut proses sosialisasi, jangkaan dan proses mental mereka.
IP numbernombor IPTeknologi MaklumatTiadaSistem penomboran unik berasaskan protokol Internet yang terdiri daripada 4 set nombor yang setiap satunya di antara 0 dengan 255. Setiap set nombor ini diasingkan dengan titik.Contohnya, 201.0.57.254. Setiap komputer yang dihubungkan dengan Internet mempunyai nombor IP yang unik untuk mengenalinya. Sinonim alamat IP
unique selling propositionsaranan jualan unitKomunikasiKorporatKaedah pemujukan mesej yang unik dalam pengiklanan. Melalui kaedah ini, mesej barangan atau perkhidmatan yang diperagakan perlu memiliki ciri eksklusif dan boleh menggambarkan pulangan faedah yang menarik serta istimewa, yang tidak didapati sebelum ini. Faedah tersebut biasanya berbeza dengan barangan atau perkhidmatan lain kerana kepentingannya kepada khalayak sasaran. Dalam pengiklanan, seseorang pengarah kreatif perlu bertanggungjawab memilih pendekatan persembahan iklan yang mempunyai ciri tersebut bagi memastikan peringkat keberkesanan penyampaian mesej yang tinggi. Keunikan inilah yang menjadi tema mesej sesuatu iklan. Contohnya, syampu jenis A mempunyai ciri keistimewaan yang sama dengan syampu jenis B. Walau bagaimanapun, pengiklan akan menggunakan kaedah saranan jualan unik bagi menonjolkan keistimewaan syampu jenis A dari segi keharumannya yang kekal lebih lama berbanding syampu lain di pasaran. Oleh itu, keistimewaan keharuman yang terdapat pada syampu jenis A dianggap sebagai sesuatu yang eksklusif dan unik.
sustainable competitive advantagekelebihan saingan mampanPengurusanPerancanganKeupayaan unik sesebuah organisasi yang sukar ditandingi oleh pesaing, dan kelebihan ini boleh membawa kepada penguasaan pasaran bagi tempoh masa yang panjang. Kelebihan saingan mampan hanya mampu dicapai apabila organisasi berupaya menjamin penghasilan keuntungan secara konsisten. Contohnya, syarikat global pengeluar minuman ringan mempunyai kelebihan saingan mampan di pasaran minuman ringan melalui formula rahsianya yang berjaya menghasilkan citarasa yang nyata berbeza dan unik berbanding minuman kola yang lain.
uniqueunikFizikTiadaTiada
uniqueunikKesusasteraanTiadaTersendiri dalam bentuk mahupun jenisnya.
uniqueunikMatematikTiadaTiada
uniqueunikSejarahTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas