Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ni.sél] | اونيسيل

Definisi : (unisél) (Bio) satu sel (merujuk pd organisma spt ameba). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ni.sél] | اونيسيل

Definisi : /unisél/ ist (bkn organisma) mempunyai satu sel (mis protozoa). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata unisel


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan perkataan uniselular atau unisel yang lebih tepat bagi merujuk satu sel?Perkataan yang betul bagi merujuk satu sel ialah unisel.Ejaan15.02.2020
Rosdy Lainsin Apr 8th, 1:46am Salam. Bila nak datang unisel?? Buat la pertandingan mendeklamasikan sajak di unisel bestari jaya.Sebarang program bahasa dan sastera diuruskan oleh Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran. Hubungi bahagian berkenaan melalui talian 03-21479000 untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain08.04.2015
Tuan, Mohon penjelasan bagi penggunaan frasa 'MENJOLOK MATA' di dalam ayat berikut. Adakah tepat atau perlu ditukar kepada 'MENCOLOK MATA':- Staf UNISEL (lelaki dan wanita) TIDAK DIBENARKAN memakai pakaian yang menjolok mata dan mestilah berpakaian kemas. Sekian. Terima kasih.Menjolok mata antara maksudnya ialah memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya), manakala mencolok mata merupakan kata kiasan yang bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Untuk makluman, perkataan yang diterima pakai untuk konteks yang diberikan ialah mencolok mata untuk menggambarkan perbuatan yang boleh menimbulkan rasa meluat kepada yang melihat kerana berlebih-lebihan.Makna10.04.2012
Assalam.Saya nak minta khidmat tuan/puan untuk semak bahasa ini. "Tema yang diaplikasikan pada konvokesyen kali ke-12 ini memberi penekanan terhadap aspek 'Kualiti Akademik'. Ia direalisasikan menerusi butiran permata yang melambangkan ciri-ciri akademik yang berkualiti tinggi. Justeru , ia menjadi nilai tambah yang amat berharga dari aspek pendidikan demi melahirkan pelajar serta insan yang cemerlang. Penekanan terhadap akademik yang berkualiti menjadikan UNISEL sebagai hub pendidikan tumpuan dunia yang begitu bernilai."Pertanyaan saudara tidak jelas. Sila nyatakan dengan lebih terperinci maksud pertanyaan saudara bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam perkara ini.  Tatabahasa11.10.2017

Kembali ke atas