Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.nit] | اونيت

Definisi : 1. kuantiti tertentu yg dijadikan sbg piawai ukuran (sukatan): Ringgit Malaysia ialah ~ mata wang Malaysia; 2. sesuatu yg dianggap sbg entiti tunggal yg lengkap: sebanyak 20 ~ rumah kos rendah sedang dibina; 3. bahagian atau kumpulan yg mempunyai fungsi khas dlm sesuatu organisasi: ~ rawatan jantung; ~ pemprosesan pusat (Komp) bahagian komputer yg berfungsi mengawal perjalanan keseluruhan komputer; ~ rawatan rapi unit di hospital yg memberikan rawatan dan penjagaan rapi yg berterusan kpd pesakit yg berada dlm keadaan kritikal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.nit] | اونيت

Definisi : 1 bahagian terkecil drpd sesuatu yg dpt berdiri sendiri. 2 kadar yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu; satuan. 3 bahagian atau kumpulan yg mempunyai fungsi khas dlm sesuatu organisasi: ~ rawatan jantung. ~ pemprosesan pusat ist bahagian komputer yg berfungsi mengawal perjalanan keseluruhan komputer. ~ rawatan rapi unit atau bahagian di hospital yg memberikan rawatan dan penjagaan rapi yg berterusan kpd pesakit yg berada dlm keadaan kritikal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata unit


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
ergunit utk mengukur tenaga atau kerja. Satu erg bersamaan dgn 10 -⁷jouleKamus Dewan Perdana
enunit cetakan utk mengukur kelebaran taip. Satu en bersamaan dgn setengah emKamus Dewan Perdana
emunit ukuran linear utk mengukur kelebaran saiz taip, yg berdasarkan saiz poin yg digunakan, mis 1 em bagi saiz enam poin bermakna enam poin lebar. Apb em digunakan utk mengukur jarak di antara baris, ukuran em yg sebenar bergantung pd muka taip yg digunakanKamus Dewan Perdana
euro(unit) mata wang tunggal yg digunakan di negara anggota Kesatuan Eropah, antaranya Perancis, Jerman, Sepanyol, Itali, Portugal, Austria, Finland dan GreeceKamus Dewan Perdana
emperunit kediaman mewah yg biasanya terletak pd aras paling tinggi di sesebuah bangunan pencakar langit, spt pangsapuri atau hotel yg dilengkapi lif persendirian dan menjadi tempat penginapan pengurusan tertinggi, pelawat kehormat dsbKamus Dewan Perdana
elaunit utk mengukur panjang atau jarak. Satu ela bersamaan dgn 36 inci atau 91 sentimeterKamus Dewan Perdana
ekarunit utk mengukur keluasan tanah dlm sistem British. Satu ekar bersamaan dgn 4840 ela persegi atau 4046.86 meter persegiKamus Dewan Perdana
euroyen(unit) mata wang Jepun yg didepositkan di bank-bank di Eropah utk tujuan perdaganganKamus Dewan Perdana
escudo(unit) mata wang yg digunakan di Portugal sebelum euro, yg nilainya bersamaan dgn 100 sentavo. Simbol: EscKamus Dewan Perdana
emirateunit mata wang lama yg digunakan di Emiriah Arab Bersatu sebelum dirhamKamus Dewan Perdana
12

Kembali ke atas