Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.nit] | اونيت

Definisi : 1. kuantiti tertentu yg dijadikan sbg piawai ukuran (sukatan): Ringgit Malaysia ialah ~ mata wang Malaysia; 2. sesuatu yg dianggap sbg entiti tunggal yg lengkap: sebanyak 20 ~ rumah kos rendah sedang dibina; 3. bahagian atau kumpulan yg mempunyai fungsi khas dlm sesuatu organisasi: ~ rawatan jantung; ~ pemprosesan pusat (Komp) bahagian komputer yg berfungsi mengawal perjalanan keseluruhan komputer; ~ rawatan rapi unit di hospital yg memberikan rawatan dan penjagaan rapi yg berterusan kpd pesakit yg berada dlm keadaan kritikal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.nit] | اونيت

Definisi : 1 bahagian terkecil drpd sesuatu yg dpt berdiri sendiri. 2 kadar yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu; satuan. 3 bahagian atau kumpulan yg mempunyai fungsi khas dlm sesuatu organisasi: ~ rawatan jantung. ~ pemprosesan pusat ist bahagian komputer yg berfungsi mengawal perjalanan keseluruhan komputer. ~ rawatan rapi unit atau bahagian di hospital yg memberikan rawatan dan penjagaan rapi yg berterusan kpd pesakit yg berada dlm keadaan kritikal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata unit


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin menggunakan perkataan Bahasa Inggeris 'lodger Unit' di pindah ke BM dalam urusan persuratan saya. Apakah perkataan yang paling sesuai? Bolehkah saya menggunakan perkataan Unit lojer atau pun Unit-unit lodger?Padanan yang tepat bagi 'lodger unit' ialah unit penyewa atau unit isi rumah.Istilah07.05.2007
Selamat Pagi, Saya ingin mengetahui berkenaan nama unit di jabatan saya. Adakah nama unit "Unit Pengurusan Perhubungan Pelanggan" atau "Unit Pengurusan Hubungan Pelanggan" yang betul menurut untuk penggunaan dalam Bahasa Melayu. Semoga pihak tuan/puan dapat menjelaskan berkenaan perkara ini. Sekian, terima kasih.

Kata hubungan dan perhubungan mempunyai makna yang sama, walau bagaimanapun dalam bidang perjawatan ungkapan yang lazim digunakan ialah perhubungan seperti Pegawai Perhubungan Awam dan Pengurusan Perhubungan Pelanggan.

Tatabahasa09.09.2011
saya munee baka sedang belajar bahasa melayu di Universiti Fatoni Selatan Thailand ini bertanya dpb Apakah imbuhan awalan....? terima kasihImbuhan bermaksud unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk seperti awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan bentuk fleksi. Imbuhan awalan merupakan kata dasar yang ditambah imbuhan di hadapannya. Contoh, ber- dalam perkataan berjalan.Tatabahasa22.09.2016
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, bagaimana untuk membuat penomboran pada rajah dan foto (penulisan ilmiah) adakah mengikut unit, contoh: unit 1 - rajah pertama, Rajah 1.1, rajah kedua Rajah 1.2, foto pertama, Foto 1.1 , foto kedua Foto 1.2 unit 2 - rajah pertama, Rajah 2.1, rajah kedua Rajah .22, foto pertama, Foto 2.1 , foto kedua Foto 2.2 Adakah format yang dinyatakan, adalah betul? terima kasihJika setiap unit menggunakan rajah, kami mencadangkan penomboran rajah dibuat mengikut unit bagi mengelakkan kekeliruan. Contohnya, Unit 1 - Rajah 1, dan sub unit - Rajah 1.1, Rajah 1.2 dan Rajah 1.3 dan begitulah pada unit seterusnya.Ejaan29.07.2016
asalamualaikum... apakah proses pembentukan kata?Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan kata perkataan melibatkan pengimbuhan.  Imbuhan dimaksudkan unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong, dan bentuk fleksi. Sila rujuk Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 45-47 dan 303-319.Tatabahasa28.07.2018
REVENUE PROTECTION UNITUNIT PERLINDUNGAN HASILIstilah23.02.2011
Salam, Mohon pengesahan penggunaan istilah yang betul dalam konteks menamakan sesuatu Unit/bahagian dalam sesuatu Jabatan. Unit Komersil atau Unit Komersial? Terima kasih.Penggunaan/ejaan yang betul ialah 'Unit Komersial'.Ejaan29.04.2011
Assalamualaikum, Mana satu yang betul sama ada MENAIK TARAF atau MENAIKTARAF dan UNIT SELENGGARA JALAN atau UNIT SENGGARA JALAN. Terima kasih.Ungkapan yang betul ialah menaik taraf dan unit selenggara jalan.Tatabahasa24.05.2007
Apakah kriteria sesuatu ejaan diguna pakai? Kadang-kadang nampak ketidakseragaman ejaan. Contohnya perkhemahan, perkelahan, Ramadan, Hadhari. Apa fungsi huruf 'h' kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. Contoh lain Khamis, reda, khas dan lain-lain.Sistem ejaan bahasa Melayu ialah sistem yang pada umumnya berdasarkan kaedah fonemik, iaitu unit-unit bunyi yang berfungsi sahaja yang dilambangkan dengan huruf. Sistem ejaan Rumi yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 324 dan buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, halaman 1.Ejaan31.08.2009
Soalan saya. Apakah maksud bahagian, unit dan sekyen. Adakah ada perbezaannya ?Unit =  bahagian atau kumpulan yang mempunyai fungsi khas dalam sesuatu organisasi: Unit rawatan jantung;

bahagian =  unit dalam sesuatu jabatan (syarikat dll) yang menjalankan fungsi tertentu: Bahagian kewangan;

séksyen= bahagian kecil daripada badan yang lebih besar (jabatan, kawasan, dll); 
Tatabahasa09.05.2013
12345678910...

Kembali ke atas