Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ni.ver.si.ti] | اونيۏرسيتي

Definisi : institusi atau pusat pengajian tinggi yg memberikan ilmu dlm pelbagai bidang, menjalankan penyelidikan ilmiah, dan meng-anugerahkan pelbagai peringkat ijazah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ni.ver.si.ti] | اونيۏرسيتي

Definisi : badan tempat memberi pelajaran tinggi dlm berbagai-bagai bidang serta mengadakan penyelidikan ilmiah; sekolah tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata universiti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Istilah "dekan pengasas" digunakan secara luas di universiti-universiti, namun tiada rujukan yang dapat diperoleh dari laman PRPM berhubung dengan istilah ini. Apakah maksud benar bagi istilah ini? Muhammad Qamarul Akmal bin Abd Wahab Institut Terjemahan & Buku Malaysia BerhadUntuk makluman, istilah "dekan pengasas" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Istilah tersebut digunakan oleh pihak universiti dan mungkin dicipta oleh pihak universiti. Kami mencadangkan tuan menghubungi universiti yang menggunakan istilah tersebut untuk mendapatkan maksud "dekan pengasas".Istilah04.02.2013
Salam... Benarkah kata pinjaman perlu disebut mengikut bunyi kata asal, bukannya secara sebutan baku? Contohnya: London (disebut Landen), bank (disebut beng), universiti (disebut yuniversiti) ?Dalam sistem bahasa Melayu baku, stiap perkataan disebut seperti ejaan termasuklah bank (bank, bukan benk) dan universiti (universiti, bukan yuniversiti). Walau bagaimanapun nama tempat lazimnya disebut seperti asal kecuali telah diberi nama/sebutan dalam bahasa Melayu. Contohnya London kekal dengan sebutannya dan Phillipine disebut dalam teks Melayu sebagai Filipina.Tatabahasa03.08.2012
Selamat petang tuan. Mengapakah universiti dalam bahasa Melayu tidak dinamai "pusat pengajian tinggi", seperti Pusat Pengajian Tinggi Malaya, Pusat Pengajian Tinggi Sains Malaysia? Mengapakah dinamakan "universiti"? Kata "universiti" kata yang dipinjam daripada bahasa Inggeris dan telah melalui penyesuaian ejaan yang sedikit sahaja, jadi bunyi bahasa Inggeris "university" itu tampak sangat. Ini yang dikatakan kata pinjaman bahasa Melayu yang keinggerisan. Dalam bahasa Melayu, sudah sedia ada frasa "pusat pengajian tinggi" untuk menunjukkan sekolah mahasiswa, oleh itu, mengapakah kata "university" daripada bahasa Inggeris dipinjam lagi untuk menjadi "universiti"? Frasa "pusat pengajian tinggi" kata bahasa Melayu jati!Perkataan "universiti" telah lama diterima dalam bahasa Melayu dan telah mantap penggunaannya.Istilah28.11.2016
dimana dan bagaimanakah cara untuk saya belajar bahasa melayu klasik?terima kasih atas peluang yang diberikan untuk bertanya.Silrujuk  Fakulti Bahasa di pusat pengajian tinggi awam (IPTA) seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Universiti Putra Malaysia untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan kursus Bahasa Melayu Klasik. Lain-lain02.03.2008
Yang mana satukah yang betul? a. PRAUNIVERSITI b. PRA-UNIVERSITI c. Pra-Universiti d. Prauniversiti e. Pra Universiti Mohon bantuan pihak tuan. Sekian dan terima kasih.Ejaan yang betul ialah PRAUNIVERSITI dan prauniversiti.Ejaan18.06.2015
Nurkhuzaizah binti Ismawi 1221 Jalan A43, Precint 4 Taman Warisan Puteri 70400 Seremban Negeri Sembilan. Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Menara DBP Jalan Dewan Bahasa 50460 Kuala Lumpur. Tuan, PAKAR LARAS BAHASA INSTRUMEN KAJIAN Saya Nurkhuzaizah Ismawi adalah pelajar; Program: Master Tajaan: HLP Bahagian Tajaan, Kementerian Pendidikan Malaysia Universiti: Universiti Putra Malaysia Fakulti: Pendidikan Bidang: Kurikulum dan Pengajaran ingin memohon jasa bakti pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menyemak penggunaan perkataan atau laras bahasa yang digunakan dalam borang soal selidik yang akan diberikan kepada responden kajian. Untuk makluman, kajian rintis akan mula dijalankan pada 11 April 2022. Saya berharap selepas mendapat semakan dan pengesahan daripada pihak DBP, soal selidik tersebut akan lebih berkualiti dan dapat difahami oleh responden yang terlibat. Bersama ini saya lampirkan beberapa borang soal-selidik untuk dinilai dan disemak. Kerjasama daripada pihak DBP, saya ucapkan jutaan terima kasih. "Berilmu Berbakti" Nurkhuzaizah Ismawi Hp: 011-10399863Pelanggan telah dihubungi melalui panggilan telefon.Penyemakan dan penterjemahan04.04.2022
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan mengadakan Perutusan Naib Canselor dan didalam proses penyediaan tema, Naib Canselor telah memilih tema "Sepakat Ihsan, Persada Gemilang". Persoalannya, adakah ayat "Sepakat Ihsan, Persada Gemilang" tersebut merupakan sebuah ayat yang betul dan sesuai digunakan sebagai tema?Penggunaan "Sepakat Ihsan, Persada Gemilang" kurang tepat. Cadangan kami Warga Sepakat, Persada Gemilang.Tatabahasa11.01.2017
Universiti saya akan mengadakan majlis perutusan Naib Canselor kami. Jadi saya ingin bertanya adakah ayat ini sesuai untuk digunapakai sebagai tema majlis tersebut. Ayatnya ialah SEPAKAT IHSAN, PERSADA GEMILANG. Adakah ayat tersebut daripada segi maknanya sesuai untuk digunakan? Mohon bantuan DBP untuk memberi cadangan dari segi bahasa. Sekian, terima kasihUntuk makluman, penggunaan perkataan untuk tema yang dipilih kurang sesuai. Berikut makna bagi setiap perkataan:

SEPAKAT - setuju, sependirian dan seia sekata

IHSAN - perbuatan yang baik, kemurahan hati dan kebaikan

PERSADA - tempat Tanah tumpah darah dan taman tempat bersuka-sukaan/berehat-rehat

GEMILANG - bercahaya terang-benderang DAN cemerlang

Kami mencadangkan supaya pihak puan memilih tema dengan perkataan yang tepat.
Lain-lain10.01.2017
Universiti dan institusi pengajian tinggi merupakan tunggak utama sistem pendidikan negara. Kedua-dua organisasi ini merupakan sumber peringkat tertinggi bagi menghasilkan anggota masyarakat berpendidikan yang menjadi teras 'survival' negara. Dalam kehidupan hari ini, negara-negara yang memiliki lebih ramai cerdik pandai yang mengetuai bidang-bidang penting dalam masyarakat seperti politik, ekonomi dan sosial akan lebih berpontensi untuk meneruskan kelangsungan masyarakat negara tersebut dalam menghadapi cabaran-cabaran dunia moden.Bincangkan.Jawapan untuk pertanyaan seperti ini memerlukan kajian, penyelidikan,rujukan dan pembacaan yang meluas. Saudara dinasihati membuat rujuka di Pusat Dokumentasi Melayu atau di perpustakaan ipt atau perpustakaan awam.Lain-lain23.06.2008
Ayat mana betul atau lebih tepat, ' Pihak universiti dengan ini merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan puan di universiti ini' atau 'Dengan ini, pihak universiti merakamkan ucapan terima kasih di atas khidmat dan sumbangan yang telah puan berikan sepanjang perkhidmatan di universiti ini'.Ayat kedua yang gramatis, 'Dengan ini, pihak universiti merakamkan ucapan terima kasih atas khidmat dan sumbangan yang telah puan berikan sepanjang berkhidmat di universiti ini'.Tatabahasa25.02.2011
12345678910...

Kembali ke atas