Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ni.ver.si.ti] | اونيۏرسيتي

Definisi : institusi atau pusat pengajian tinggi yg memberikan ilmu dlm pelbagai bidang, menjalankan penyelidikan ilmiah, dan meng-anugerahkan pelbagai peringkat ijazah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ni.ver.si.ti] | اونيۏرسيتي

Definisi : badan tempat memberi pelajaran tinggi dlm berbagai-bagai bidang serta mengadakan penyelidikan ilmiah; sekolah tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata universiti


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Statut ini yang juga dikenali sebagai AUKU ialah undang-undang bertulis yang mengenakan peraturan berkaitan dengan kegiatan pelajar dan hal-hal lain berhubung dengan pentadbiran universiti dan pusat pengajian tinggi.

UNDANG-UNDANGAkta
EJAAN UNIVERSITI MALAYA

EJAAN UNIVERSITI MALAYA, sistem ejaan yang disusun oleh Asmah Haji Omar, Sistem ejaan ini disusun untuk kegunaan ahli Universiti Malaya dalam bidang pentadbiran serta pelajaran kerana memenuhi Dasar Bahasa 1970 yang  menetapkan bahawa semua urusan akan dijalankan dalam bahasa Malaysia. Sistem ini mula dilaksanakan di universiti Malaya pada 1 Januari 1971.

BAHASABahasa
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, universiti kedua dibuka di Malaysia selepas Universiti Malaya.  Universiti Sains Malaysia (USM) bermula pada tahun 1969 dan sehingga tahun 1972, dikenali dengan nama Universiti Pulau Pinang.  Kampus USM terletak di kawasan bukit bertentangan dengan Jabatan Pulau Pinang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
UNIVERSITI MALAYA

UNIVERSITI MALAYA, universiti yang pertama di Malaysia.  Sejarah universiti ini bermula di Singapura dengan percantuman antara dua institusi pendidikan terkenal, Kolej King Edward VII (ditubuhkan pada tahun 1905) dan Kolej Raffles (ditubuhkan pada tahun 1927).  Pada tahun 1959, sebuah kampus cawangan Universiti Malaya telah ditubuhkan di Kuala Lumpur.  Universiti Malaya Kuala Lumpur telah diiktiraf sebagai sebuah universiti secara rasmi pada 1 Januari 1962.  Naib Canselor Universiti Malaya yang pertama ialah Datuk Alexander Oppenheim diikuti oleh Profesor Diraja Ungku Aziz, Dr. Syed Hussein al-Attas, Profesor Datuk Mohd. Taib Osman dan Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi Ahmad.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, universiti keenam di Malaysia.  Universiti ini ditubuhkan pada 16 Februari 1984.  Hasrat utamanya adalah bagi menambahkan tenaga pengurus yang mahir dan menampung bilangan pelajar ke peringkat pengajian tinggi yang sentiasa meningkat.  Kampus sementara Universiti Utara Malaysia (UUM) terletak di Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah.  Walaupun berupa kampus sementara tetapi lengkap dengan berbagai-bagai kemudahan seperti Pusat Komputer, Dewan Besar, kemudahan rekreasi, kompleks sukan dan sebagainya di kawasan seluas 64 ekar.  Kampus sementara UUM sekarang ini diambil alih oleh Institut Perguruan Darul Aman (IPDA).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
JABATAN PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI NASIONAL SINGAPURA

JABATAN PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI NASIONAL SINGAPURA, jabatan yang ditubuhkan untuk memajukan pengajian Melayu pada tahun 1952 di Universiti Nasional Singapura (dahulunya dikenal sebagai Universiti Malaya). Jabatan ini diketuai oleh Haji Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba). Pada tahun 1960, Jabatan Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura (JPMUNS) telah dipindahkan ke Kuala Lumpur apabila kampus baharu Universiti Malaya dibuka. Oleh itu, di Universiti Malaya, Singapura tidak ada Jabatan Pengajian Melayu hingga tahun 1967 apabila sebuah jabatan baharu ditubuhkan dan diketuai oleh Profesor Syed Hussein Alatas.

BAHASAInstitusi/Organisasi
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, universiti kebangsaan pertama dalam sejarah pendidikan negara yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.  Universiti ini ditubuhkan pada 18 Mei 1970 bertempat di bangunan bekas Maktab Perguruan Persekutuan Lembah Pantai, Kuala Lumpur.  Seramai 190 orang pelajar telah diambil memulakan pengajian tahun pertama dengan 73 orang tenaga pengajar.  Dr. Rashdan Baba dari Kolej Pertanian Serdang (Malaya) telah dilantik sebagai Naib Canselor pertama universiti ini.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, universiti pertama khusus untuk bidang sains dan teknologi.  Sejarah awal Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bermula dengan pembukaan Sekolah Teknik pada tahun 1904.  Objektif utama mewujudkan sebuah sekolah teknik ketika itu adalah untuk melatih tenaga pekerja bagi mengendalikan pembangunan prasarana seperti jalan kereta lembu dan jalan kereta api yang menghubungkan pusat-pusat perlombongan ke bandar pesisiran Selat Melaka seperti Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban.  Oleh itu, bagi menampung keperluan yang mendesak ini sebuah sekolah teknik amat diperlukan.  Sebuah dana permulaan yang berjumlah $300 000 daripada seorang dermawan telah diwujudkan pada tahun 1904 untuk tujuan pembinaan sekolah tersebut di Kuala Lumpur.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA, universiti antarabangsa yang pertama di Malaysia.  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditubuhkan pada 10 Mei 1983, setelah kerajaan Malaysia mendapat persetujuan beberapa kerajaan negeri Islam serta Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk menjadi penaja bersama.  Negeri-negeri itu ialah Republik Maldives, Republik Rakyat Bangladesh, Republik Islam Pakistan, Republik Islam Turki, Jamahiriyah Sosialis Rakyat Libya, Kerajaan Arab Saudi dan Republik Arab Mesir.  Walau bagaimanapun, UIAM dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
JABATAN PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

JABATAN PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA, pusat pengajian dan pengajaran bahasa, sastera dan kebudayaan Melayu yang tertua di negara ini. Ditubuhkan pada 5 Oktober 1953 di Universiti Malaya Singapura atas kesedaran, desakan dan pengorbanan guru – guru sekolah Melayu. Mereka yang mengusahakan penubuhan jabatan ini telah sanggup menghulurkan sumbangan demi kepentingan kesarjanaan Melayu, walaupun pihak pemerintah Kolonial pada masa itu memandang sepi terhadap penubuhan jabatan ini. Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya (JPMUM) berpindah ke Kuala Lumpur berikutan dengan penubuhan Universiti Malaya Kuala Lumpur pada Januari 1959.

BAHASAInstitusi/Organisasi
12345678910...

Kembali ke atas