Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ni.ver.si.ti] | اونيۏرسيتي

Definisi : institusi atau pusat pengajian tinggi yg memberikan ilmu dlm pelbagai bidang, menjalankan penyelidikan ilmiah, dan meng-anugerahkan pelbagai peringkat ijazah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ni.ver.si.ti] | اونيۏرسيتي

Definisi : badan tempat memberi pelajaran tinggi dlm berbagai-bagai bidang serta mengadakan penyelidikan ilmiah; sekolah tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata universiti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
competitive benchmarkingpenandaarasan sainganPengurusanPerancanganProses membandingkan aktiviti dan prestasi organisasi dengan tujuan untuk meneladani dan mengikuti amalan terbaik dalam kalangan pesaing dalam industri atau skop pengurusan yang sama. Contoh penandaarasan saingan ialah tindakan universiti di Malaysia menetapkan piawai pengukuran prestasi cemerlang dengan membandingkan tahap pengukuran prestasi universiti-universiti ternama di dunia. Contoh penandaarasan saingan dalam skop pengurusan pula adalah seperti pendekatan perkhidmatan pelanggan dalam sektor perbankan yang mengambil teladan kejayaan perkhidmatan pelanggan dalam sektor penerbangan. Lihat juga penandaarasan.
chairkursiPendidikanTiadaJawatan dalam pengajaran dan penyelidikan yang cemerlang di sesebuah universiti atau di institusi pengajian yang lain. Contohnya Kursi ZaÆba di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Kursi Tun Abdul Razak di Universiti Ohio, Athens.
e-universitye-universitiTeknologi MaklumatTiadaUniversiti yang menggunakan internet sebagai saluran pengajaran dan pembelajaran.
university of the airuniversiti awanganPendidikanTiadaUniversiti terbuka yang melaksanakan pengajarannya melalui siaran radio dan televisyen jarak jauh.
calendar (University)buku panduan (Universiti)SejarahTiadaBuku yang memberikan maklumat tentang universiti seperti tenaga akademik, bidang pengajian, jangka masa kursus dan sebagainya.
chair (university)kerusi (universiti)SejarahTiadaKedudukan tertinggi yang rasmi dan berautoriti di universiti yang disandang oleh seseorang.
strategic allianceperikatan strategikPengurusanPerancanganPendekatan yang diambil oleh organisasi untuk bekerjasama dan menggembleng tenaga dengan organisasi lain untuk mencapai prestasi yang lebih baik dalam persaingan. Contohnya, perikatan strategik antara Universiti Awam dengan syarikat penerbangan yang menjalin kerjasama untuk mencapai kepentingan antara kedua-dua pihak. Pihak syarikat penerbangan dapat menjadikan universiti sebagai pelanggan korporat, manakala pihak universiti pula dapat menjadikan syarikat penerbangan tersebut sebagai tempat latihan industri dan kajian kes untuk rujukan penyelidikan kepada pelajar dan staf universiti.
open universityuniversiti terbukaPendidikanTiadaSistem pendidikan tinggi yang menggunakan kaedah pendidikan jarak jauh untuk mendemokrasikan pendidikan dan menggalakkan pendidikan seumur hidup.
university collegekolej universitiPendidikanTiadaTiada
chair (university)kerusi (universiti)PendidikanTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas