Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öun.sur]/[un.sur] | عنصور

Definisi : 1. bahagian (yg terkecil) drpd sesuatu benda, bahagian benda yg tidak dapat dibahagi-bahagikan lagi (dgn sebarang proses kimia), bahan (zat) asal: ~ boleh dibahagi kpd dua kumpulan utama, logam dan bukan logam; ~ nadir bumi (Kim) unsur dlm siri lantanid; ~ surih (Kim) unsur dan sebatiannya yg diperlu-kan oleh organisma hidup pd kadar yg sangat kecil; 2. ki bahan, anasir: buku-buku sejarah yg ada masih penuh dgn ~-~ subjektif yg kurang penting; beliau juga membawa ~-~ yg memberi semangat kpd rakyat di samping lagu cinta dan kasih sayang; berunsur mempunyai unsur, bersifat: cerita pendek dan rencana Salim ~ cercaan dan sindiran; berunsurkan mengandungi (mempunyai, berasaskan, dsb) unsur-unsur tertentu: pan-dangan-pandangan mereka yg ~ Barat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öun.sur]/[un.sur] | عنصور

Definisi : 1 bahagian drpd sesuatu benda yg tidak dpt dibahagi-bahagikan lagi dgn sebarang proses kimia; bahagian drpd sesuatu benda; bahan atau zat asal: ~ surih unsur(-unsur) kimia yg amat kecil jumlahnya dlm organisma dll dan penting utk proses biokimia dsb. 2 ki sifat atau keadaan. ~ data ist butiran asas, spt nama, jantina dan umur, bagi data tertentu dlm suatu kumpulan data. berunsur mempunyai unsur; bersifat: Cerita itu ~ agama Hindu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
unsur (kata nama)
1. Bersinonim dengan bahagian: bahan asal, zat, elemen, komponen,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan anasir, bahana, gejala, tanda-tanda, punca, sebab, penyebab, petanda, ciri,

Kata Terbitan : berunsur,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
silikonsiliconUnsur separa logam yang bergabung dengan unsur-unsur lain untuk membentuk sebatian seperti pasir dan kuarza.Menengah Rendah
lantanidalanthanideUnsur-unsur nadir bumi yang bernombor proton antara 58 hingga 71.Menengah Atas
kumpulangroupUnsur-unsur yang mempunyai sifat kimia yang serupa dan membentuk turus tegak dalam jadual berkala. Contohnya, kumpulan gas adi dan kumpulan halogen.Menengah Atas
halogenhalogenUnsur-unsur yang tergolong dalam kumpulan 17 jadual berkala, terdiri daripada fluorin, klorin, bromin, iodin, dan astatin.Menengah Atas
hidrokarbonhydrocarbonSebatian organik yang mengandungi unsur-unsur karbon dan hidrogen. Contohnya, petroleum, gas asli dan bahan berlilin seperti naftalena dan nafta.Menengah Rendah
ikatan kimiachemical bondDaya yang mengikat unsur-unsur atom dalam sebatian.Menengah Rendah
karbohidratcarbohydratesKumpulan sebatian organik yang terdiri daripada unsur-unsur karbon, hidrogen dan oksigen yang membekalkan tenaga dalam badan.Menengah Rendah
hidrokarbonhydrocarbonSebatian organik yang hanya terdiri daripada unsur-unsur karbon dan hidrogen sahaja. Hidrokarbon terbahagi kepada hidrokarbon tepu dan hidrokarbon tak tepu. Contohnya, alkana dan alkena.Menengah Atas
sistem suriasolar systemSatu sistem yang terdiri daripada matahari sebagai pusat sistem dan unsur-unsur lain seperti planet, satelit semula jadi, asteroid, komet dan meteor. Lihat RajahSekolah Rendah
unsur peralihantransition elementUnsur logam yang terletak dalam kumpulan 3 hingga 12 dalam jadual berkala. Kebanyakan peralihan unsur mempunyai lebih daripada satu nombor pengoksidaan, kebanyakan sebatiannya mempunyai warna dan membentuk ion kompleks.Menengah Atas
123456

Kembali ke atas