Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öun.sur]/[un.sur] | عنصور

Definisi : 1. bahagian (yg terkecil) drpd sesuatu benda, bahagian benda yg tidak dapat dibahagi-bahagikan lagi (dgn sebarang proses kimia), bahan (zat) asal: ~ boleh dibahagi kpd dua kumpulan utama, logam dan bukan logam; ~ nadir bumi (Kim) unsur dlm siri lantanid; ~ surih (Kim) unsur dan sebatiannya yg diperlu-kan oleh organisma hidup pd kadar yg sangat kecil; 2. ki bahan, anasir: buku-buku sejarah yg ada masih penuh dgn ~-~ subjektif yg kurang penting; beliau juga membawa ~-~ yg memberi semangat kpd rakyat di samping lagu cinta dan kasih sayang; berunsur mempunyai unsur, bersifat: cerita pendek dan rencana Salim ~ cercaan dan sindiran; berunsurkan mengandungi (mempunyai, berasaskan, dsb) unsur-unsur tertentu: pan-dangan-pandangan mereka yg ~ Barat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öun.sur]/[un.sur] | عنصور

Definisi : 1 bahagian drpd sesuatu benda yg tidak dpt dibahagi-bahagikan lagi dgn sebarang proses kimia; bahagian drpd sesuatu benda; bahan atau zat asal: ~ surih unsur(-unsur) kimia yg amat kecil jumlahnya dlm organisma dll dan penting utk proses biokimia dsb. 2 ki sifat atau keadaan. ~ data ist butiran asas, spt nama, jantina dan umur, bagi data tertentu dlm suatu kumpulan data. berunsur mempunyai unsur; bersifat: Cerita itu ~ agama Hindu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
unsur (kata nama)
1. Bersinonim dengan bahagian: bahan asal, zat, elemen, komponen,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan anasir, bahana, gejala, tanda-tanda, punca, sebab, penyebab, petanda, ciri,

Kata Terbitan : berunsur,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
sistem komputer yang digunakan untuk menguatkuasakan dasar keselamatan. Asas ini terdiri daripada semua perkakasan, perisian, sistem pengendalian, prosedur, petua dan amalan yang diguna pakai dalam persekitaran sistem komputer berkenaan. Setiap unsur ini diyakini akan sentiasa berjaya melaksanakan fungsinya dan tidak akan mengambil sebarang tindakan yang boleh menggugat integriti dasar keselamatan yang ingin ditegakkan kerana unsur berkenaan merupakan titik kegoyahan keselamatan sistem. Oleh itu, unsur sistem tersebut perlu dinilai dan diperkukuh supaya kegagalan satu atau lebih unsur tidak menggugat dasar keselamatan sistem secara keseluruhan. aset komputer

Kembali ke atas