Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahan yg tidak dapat dipecah-pecahkan menjadi bahan yg lebih ringkas (sederhana) dgn cara kimia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
unsur (kata nama)
1. Bersinonim dengan bahagian: bahan asal, zat, elemen, komponen,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan anasir, bahana, gejala, tanda-tanda, punca, sebab, penyebab, petanda, ciri,

Kata Terbitan : berunsur,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NATRIUM

Natrium ialah unsur kimia dengan simbol Na. Ia

adalah logam berwarna putih keperakan yang

mempunyai banyak kegunaan penting. Ia adalah

logam yang lembut dan mudah dibentuk atau

dipotong dengan pisau. Natrium tergolong dalam

kumpulan unsur kimia yang dikenali sebagai logam

alkali .

UMUM 
SAMARIUM

Samarium ialah unsur kimia dengan simbol Sm.

Ia adalah satu daripada logam nadir bumi. Nombor

atomnya ialah 62 dan berat atomnya ialah 150.36.

Ketumpatannya ialah 7.536 gram per sentimeter

padu pada 25 ° C (lihat Ketumpatan ). Ia dinamakan

sempena nama jurutera Rusia Kolonel Samarski.

Paul Émile Lecoq de Boisbaudran dari Perancis

menemui samarium pada tahun 1879. Samarium

paling baik dipisahkan daripada lain-lain nadir bumi

melalui proses pertukaran ion atau proses ekstraksi

pelarut. Samarium berwarna perak dan mengoksida

dengan perlahan dalam udara. Oksida biasa, Sm 2 O 3 ,

berwarna kuning pucat dan larut dengan cepat

dalam kebanyakan asid. Logam ini melebur pada

1074 ° C dan mendidih pada 1794 ° C. Aloi samarium

dan kobalt adalah bahan magnet yang sangat baik

dan mempunyai banyak kegunaan komersial.

Lihat juga Bumi nadir; Unsur kimia.

UMUM 
KITAR BIOGEOKIMIA

Kitar biogeokimia, perkitaran unsur-unsur kimia atau nutrien daripada persekitaran kepada organisma, dan kemudian balik kepada persekitaran.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
ARGON

Argon, unsur kimia, ialah gas yang merupakan 0.94

peratus daripada atmosfera bumi. Kebanyakan

mentol lampu biasa diisi dengan argon dan sedikit

nitrogen. Argon juga digunakan sebagai gas

pelindung dalam kimpalan arka untuk melindungi

logam daripada oksigen di udara. Gas ini ditemui

pada tahun 1894 oleh Lord Rayleigh dan Sir William

Ramsay.

UMUM 
ANTIMONI

Antimoni, unsur kimia, ialah logam yang rapuh,

berwarna putih kebiru-biruan. Ia digunakan untuk

mengeraskan dan menguatkan plumbum. Aloi

antimoni – plumbum digunakan dalam sesetengah

kabel elektrik, bateri, dan logam huruf taip dalam

percetakan. Sebatian yang mengandungi antimoni

digunakan untuk menghasilkan bahan-bahan yang

digunakan dalam peti sejuk, penyaman udara,

penyembur aerosol, cat, dan agen pengalis api.

UMUM 
STRONTIUM

Strontium, unsur kimia, ialah logam lembut,

berwarna keperakan. Ia wujud sebagai bilangan

isotop (atom yang sama nombor atomnya tetapi

berbeza beratnya). Strontium 90 ialah isotop

radioaktif yang berbahaya yang terdapat pada

guguran (serpihan radioaktif di udara) daripada

beberapa letupan nuklear. Keradioaktifan

isotopnya memusnahkan tisu yang menghasilkan

darah pada manusia dan haiwan.

UMUM 
NITROGEN

Nitrogen ialah unsur kimia yang wujud dalam

alam semula jadi terutamanya sebagai gas.

Simbolnya ialah N. Nitrogen dalam udara adalah

kira-kira 78 peratus mengikut isi padu. Daniel

Rutherford, doktor Scotland, menemui nitrogen

pada tahun 1772.

UMUM 
TANTALUM

Tantalum ialah unsur kimia dengan simbol Ta. Ia

adalah logam nadir. Pada suhu normal, lapisan

tantalum oksida terbentuk pada permukaan

tantalum dan melindunginya daripada kakisan.

Industri elektronik menggunakan tantalum dalam

pembuatan kapasitor kerana lapisan tantalum

oksida adalah penebat yang baik.

UMUM 
TITANIUM

Titanium ialah unsur kimia dengan simbol Ti : Ia

adalah logam yang ringan, berwarna kelabu perak.

Nombor atomnya ialah 22, dan berat atomnya ialah

47.88. Ketumpatan titanium adalah antara ketumpatan

aluminium dengan keluli tahan karat. Ia melebur

pada 1667 ° C ( _ 10 ° C) dan mendidih pada 3287 ° C.

Titanium tahan terhadap kakisan atau karat air laut

atau udara laut dan juga sebaik platinum dan lebih

baik daripada keluli tahan karat. Banyak asid dan

alkali yang mengakis tidak menjejaskan titanium.

UMUM 
TIMAH

Timah ialah unsur kimia dengan simbol Sn. Ia

adalah logam putih yang telah digunakan oleh

manusia sejak zaman dahulu. Kegunaan timah

paling awal yang diketahui adalah pada lebih

kurang tahun 35 000 S.M. di kota Ur di selatan

Mesopotamia (kini Iraq). Penduduk Ur membuat

barang daripada gangsa, iaitu aloi timah dan

tembaga. Kini, timah digunakan terutamanya dalam

pengeluaran plat timah, yang terdiri daripada keluli

bersalut timah yang benar-benar nipis di kedua-dua

belahnya. Kebanyakan plat timah dijadikan tin

timah untuk pembungkusan makanan dan

keluaran-keluaran lain.

UMUM 
12345678

Kembali ke atas