Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahan yg tidak dapat dipecah-pecahkan menjadi bahan yg lebih ringkas (sederhana) dgn cara kimia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
unsur (kata nama)
1. Bersinonim dengan bahagian: bahan asal, zat, elemen, komponen,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan anasir, bahana, gejala, tanda-tanda, punca, sebab, penyebab, petanda, ciri,

Kata Terbitan : berunsur,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
biogeochemical cyclekitar biogeokimiaBiologiEkologiKitaran juzuk kimia melalui sistem biologi, yang melibatkan pengitaran unsur-unsur kimia seperti nitrogen, karbon dan sulfur daripada sekitaran kepada bahan-bahan organik, dan balik ke sekitaran. Misalnya, kitar karbon dan kitar nitrogen.
chemical features (soils and sediments)unsur kimiaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBahan yang tidak boleh dibahagi atau ditukar kepada bahan lain dengan kaedah kimia biasa. Unsur kimia seperti karbon dan radiasi yang diperoleh daripada artifak dan tapak arkeologi dapat digunakan untuk menentukan umur sesuatu budaya. Contohnya, arang dan tembikar. Unsur kimia juga boleh digunakan untuk menentukan elemen sesuatu artifak. Contohnya, gendang gangsa yang mengandungi elemen timah, timah hitam dan besi.
inorganic originasal mula tak organikKejuruteraanPetroleumKonsep yang membawa pengertian bahawa minyak mentah/gas asli terjadi melalui proses tindak balas kimia antara unsur-unsur kimia tak organik yang sedia wujud dalam bumi. Di bawah pengaruh tekanan serta suhu yang tertentu, unsur karbon (C) dapat berpadu dengan unsur hidrogen (H) untuk membentuk sebatian hidrokarbon.
chemical elementunsur kimiaKejuruteraanTiada1. Bahan yang mempunyai nombor atom yang sama.,2. Campuran isotop tabii yang mempunyai nombor atom yang sama.,3. Kelas atom yang mempunyai nombor atom tertentu.
chemical elementunsur kimiaKimiaTiada1. Bahan yang mempunyai nombor atom yang sama.
nascent statekeadaan nasenFizikNanoteknologiSatu keadaan aktif suatu unsur kimia selepas dibebaskan hasil daripada tindak balas kimia. Unsur akan berada pada keadaan atom untuk beberapa ketika sebelum bertindak balas untuk menghasilkan molekul. Dalam masa tersebut, atom sangat mudah bertindak balas. Contoh nasen hidrogen terdiri daripada atom hidrogen bebas yang tidak terikat seperti molekul hidrogen biasa.
molybdenummolibdenumKejuruteraanTiada2. Unsur kimia, simbol MO, nombor atomnya 42 berat atom 95.95.
assimalationasimilasiBotaniTiadaPenggabungan unsur kimia dalam bentuk bukan organik kepada bentuk organik. Contohnya, dalam ekologi tumbuhan, berlaku asimilasi karbon dioksida semasa proses fotosintesis bagi membentuk karbohidrat. Begitu juga dengan asimilasi nitrat (NO3), ammonium (NH4) dan sulfat (SO2) yang membentuk asid amino. Dalam analisis pertumbuhan, kadar asimilasi bersih diperoleh melalui fungsi yang spesifik, seperti kadar perubahan jirim biologi.
conjugatekonjugatPerubatanTiadaHasil penggabungan dua unsur kimia seperti penggabungan bilirubin dengan glukoronida.
samarium (Sm)samarium (Sm)FizikAtom dan NuklearUnsur kimia yang mempunyai nombor atom 62 dan ditemui oleh Paul Emil Lecoq de Boisbandran pada tahun 1879 dalam oksida tak tulen galian samarskite. Bahan ini digunakan sebagai rod pengawal dalam reaktor nuklear dan sebagai perisai neutron kerana mempunyai keratan rentas serapan yang tinggi terhadap neutron terma.
12345678910...

Kembali ke atas