Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[un.tu/] | اونتوق

Definisi : 1. ditentukan (disediakan) bagi, merupa-kan bahagian (seseorang dll): tanah getah yg lima ekar ini ~mu dan tanah sawah yg dua ekar itu ~ adikmu; 2. guna, bagi, buat: wang ~ membeli makanan; ruang ~ bekerja; 3. (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan, supaya menjadi atau dijadikan: ditumbuknya kulit kayu itu halus-halus ~ ubat; dibawanya buluh rencong ~ senjata; 4. (bermaksud) hendak: saya terlalu takut ~ lari; 5. (diberikan, dihantar) kepada: beliau telah mengirim wang RM50.00 ~ ayahnya; 6. (melakukan, mengerjakan sesuatu) supaya, supaya dapat: ~ melihat dgn jelas penyimpangan dr segi bentuk ini, di bawah ini diturunkan dua rangkap permulaan Syair Sinyor Kosta; ~ memahami keadaan yg berlaku sekarang ini, perlu dikaji perkembangan-perkem-bangan sebelumnya; beruntuk 1. (sudah) menerima bahagian masing-masing, (sudah) memiliki bahagian masing-masing; 2. sudah ditetapkan bahagian masing-masing: pusaka itu belum lagi ~; memperuntukkan, menguntukkan mene­­­­­tap­kan, (mencadangkan, menyediakan) bagi, membahagikan atau mengekhaskan (bagi sesuatu tujuan, keperluan, dll): perbelanjaan mengadakan pertandingan itu tahun ini diperuntukkan sebanyak RM60 000; maka kerajaan terpaksa ~ lebih banyak wang utk pertahanan dan keselamatan negara; teruntuk 1. sudah ditetapkan sbg bahagian seseorang (sesuatu keperluan dll); 2. ditetap-kan (dikhususkan) bagi seseorang; peruntukan 1. sesuatu yg telah diuntukkan, bahagian atau jumlah (wang dll) yg ditetapkan (ditentukan) utk: Dewan Rakyat telah me-luluskan ~ utk membina rumah-rumah pemulihan akhlak; 2. syarat atau ketentuan (dlm undang-undang dsb): ~ undang-undang utk membataskan poligami. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[un.tu/] | اونتوق

Definisi : 1 ditentukan atau disediakan bagi…; dikhaskan bagi: Baju dua helai ini ~ kakakmu. 2 buat; guna: tepung ~ membuat kuih. 3 digunakan atau dipakai sbg; dijadikan sbg: Dia telah membawa pisau ~ senjata. 4 bermaksud akan; hendak: Ia ke bandar ~ membeli kasut. beruntuk sudah mempunyai bahagiannya masing-masing; telah ditentukan bahagiannya. menguntukkan menyediakan atau menetapkan bagi: Ayahnya sudah ~ wang tiga ribu ringgit sbg belanja perkahwinannya nanti. peruntukan sesuatu yg diuntukkan; bahagian yg disediakan (utk sesuatu): ~ sudah dibuat utk membina surau itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
untuk (kata tugas)
1. Bersinonim dengan bagi: bahagian, habuan, umpuk, hak,

2. Bersinonim dengan guna: buat, bagi, bakal,

3. Bersinonim dengan sebagai: dijadikan sebagai, digunakan sebagai,

4. Bersinonim dengan supaya: agar, moga,

Kata Terbitan : memperuntukkan, peruntukan,

Puisi
 

Hendak memetik daun palas,
     Buat isi buah berangan;
Berbudi bukan minta balas,
     Hanya untuk kenang-kenangan.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Bertambah semakin kurang.

Bermaksud :

Tentang kawan yang datang bukan untuk membantu, melainkan untuk menambah kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(116)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
protraktorprotractorAlat yang digunakan untuk melukis dan mengukur sudut. Protraktor separuh bulatan digunakan untuk mengukur sudut sehingga 180°, manakala protraktor bulatan digunakan untuk mengukur sudut sehingga 360°. Lihat rajahMenengah Atas
kaedah unitariunitary methodKaedah pengiraan untuk mencari nilai bagi beberapa benda dengan terlebih dahulu mencari nilai untuk satu benda. Lihat ContohSekolah Rendah
sistem 12 jamtwelve-hour systemSistem mengukur masa dalam sehari yang dinyatakan dalam a.m. untuk pagi dan p.m. untuk petang. Contoh, pukul 10:20 a.m. dan 5:30 p.m.Sekolah Rendah
variansvarianceMin untuk penjumlahan kuasa dua sisihan daripada min bagi satu set data. Varians mengukur saiz sebaran sesuatu set data daripada nilai puratanya.Menengah Atas
suhutemperatureUkuran untuk menunjukkan tahap kepanasan atau kedinginan sesuatu bahan. Unit yang digunakan ialah darjah Celsius (°C), darjah Fahrenheit (°F) dan Kelvin (K).Menengah Atas
pengamiranintegrationProses untuk mencari kamiran sama ada kamiran tentu atau kamiran tak tentu dan merupakan proses songsangan bagi pembezaan.Menengah Atas
histogramhistogramCara untuk menggambarkan taburan kekerapan dengan kekerapan dalam setiap kelas diwakili oleh sebuah segi empat tepat yang bersambung. Luas segi empat tepat tersebut berkadaran dengan kekerapannya. Lihat RajahMenengah Atas
suhutemperatureUkuran untuk menunjukkan tahap kepanasan atau kedinginan sesuatu bahan. Unit yang digunakan ialah dalam darjah Celsius (°C), darjah Fahrenheit (°F) dan Kelvin (K).Menengah Rendah
justifikasijustificationPenjelasan untuk menyokong sesuatu jawapan.Menengah Rendah
dozendozenUnit untuk perhitungan bilangan benda atau objek yang bersamaan dengan 12. Contohnya, 12 batang pensel bersamaan dengan 1 dozen pensel.Menengah Rendah
12345678910...

Kembali ke atas